Jumaat, 16 September 2016

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus! Tiada lagi lubang audio




Seperti yang dijangka, Apple telah pun memperkenalkan kepada dunia telefon pintar terbaharu mereka, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (Nampaknya tiada iPhone 7 Pro)

Dengan kebanyakan daripada khabar angin yang tepat, tiada lagi lubang audio bagi earphone, rekaan bentuk yang sama dan juga kebolehan untuk kalis air, ayuh kita mengimbas keluaran terbaharu Apple ini.
iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mempunyai dimensi yang lebih kurang sama dengan iPhone yang sebelum mereka. Perbezaan ketara hanya ada pada garisan antena belakang dan saiz kamera.

Daripada menjalur lurus dibelakang telefon, garisan antena kali ini melekuk ke atas dan kebawah iPhone. Masih terlalu awal bagi saya untuk menyatakan samada rekabentuk ini lebih bagus atau lebih buruk.







Beralih kepada ciri yang ramai nanti-nantikan, terdapat kamera baharu yang kali ini amat berbeza pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Untul kali pertama juga dalam sejarah iPhone, kedua-dua kamera pada kedua-dua iPhone berbeza. iPhone 7 mendapat kamera 12MP iSight f/1.8 yang lebih besar deng sementara iPhone 7 Plus mendapat dua kamera 12MP dimana satu adalah kamera biasa lensa luas sementara lagi satu merupakan lensa telephoto.




Dengan ini, ia membolehkan iPhone 7 Plus untuk mempunyai 2X optical zoom, membolehkan anda untuk menangkap objek yang jauh sedikit dari biasa tanpa hilang kualiti. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan Bokeh effect pada gambar-gambar anda, sesuatu yang pada masa dahulu hanya boleh dilakukan dengan DSLR (namun sekarang anda boleh juga mengunakan apps untuk ini, cuma kualitinya kadang kali kurang semula jadi)


Untuk lagi menerangkan gambar-gambar anda, Apple telahpun meletakkan Quad-LED true tone flash baharu yang 50% lagi terang berbandind dahulu.

Dihadapan pula, anda akan mendapat kamera 7MP. Akhirnya satu peningkatan yang membolehkan anda untuk merakam/membual panggilan video Full HD. (Oh tak lupa juga, selfies yang lebih cantik semestinya.)

Beralih kepada pameran skrin, ia masih mengekalkan resolusi yang sama iaitu iPhone 7 hanya HD sementara iPhone 7 Plus adalah Full HD. Kali ini ia dikatakan mempunyai colour gamut yang lebih banyak dan 25% lebih terang.

Jika anda tertanya-tanya, ya Apple telahpun membuang lubang audio. Bermakna jika anda ingin mengunakan earphone/headphone lama anda yang mempunyai kepala audio 3.5mm, anda terpaksa mengunakan adapter yang akan disertakan percuma dengan setiap iPhone 7/Plus.

Anda juga akan mendapat earphone dengan kepala Lightning kerana semua sambungan wayar anda samada untuk mendengar muzik, mengalihkan data, mengecas akan dilakukan melalui lubang Lightning. Kekurang ini adalah, anda tidak boleh mendengar muzik dengan earphone anda sambil anda mengecasnya.




Antara satu lagi solusi adalah untuk anda membeli earphone tanpa wayar yang mengunkan Bluetooth. Apple ada juga memperkenalkan Airpods. Earphones tanpa wayar mereka. Namun ia dijangka mahal dan bagi saya dari segi reka bentuk, ia tidaklah begitu bagus.

Kita semua tahu yang prosesor iPhone yang baharu akan menjadi yang terbaik pada telefon pintar, untuk lagi mengukuhkan tanggapan ini Apple telahpun menamakan prosesor terbaharu iPhone mereka A10 Fusion. Ia dua kali lagi pantas berbanding dengan A8 pada iPhone 6, dan semestinya lebih laju daripada A9. Ia merupakan prosesor 64-bit 4-teras yang dikata akan memanjangkan bateri iPhone.


Ciri-ciri lain yang menarik:
  • Pembesar suara Stereo : dimana yang lagi satu berada diatas iPhone. 
  • Simpanan memori dalaman bermula pada 32GB, 128GB dan 256GB






Sedihnya tiada warna biru seperti beberapa khabar angin yang tersebar namun apa yang kita dapat adalah warna hitam Jet Black dan juga Matter Black. Dua warna hitam bagi model tahun ini dimana Jet Black merupakan yang lebih premium. Dan tidak silap saya, ia hanya dapat dibeli dengan konfigurasi paling tinggi.

Bila ia akan tiba di Malaysia? Rasanya anda perlu menunggu lama juga kerana Malaysia tiada dalam senarai pertama atau kedua negara yang Apple akan menjual iPhone 7/Plus.
Perkara ini dah lama juga membengangkan saya, kenapa Malaysia tidak dipilih. Adakah kita tidak semenarik dari segi ekonomi berbanding negara-negara lain? 



Harga bermula pada: 
iPhone 7 $649  dan iPhone 7 Plus $769

Lowyat.net telahpun membuat jangkaan harga iPhone ini apabila mereka akan tiba di Malaysia. Silalah mengkunjungi laman mereka di pautan di bawah. 

Setakat ini, beberapa laman jualan web seperti Lazada telahpun membuka tempahan awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan