Rabu, 10 Jun 2015

iOS 9 diperkenalkan! (dan apa yang anda perlu tahu tentangnya)



Beberapa jam yang lepas, Apple telah mengumumkan versi iOS terbaru mereka iaitu, iOS 9. Berbanding dengan dua versi iOS sebelum ini, iOS 9 menampilkan penambah baikan dari segi prestatsi dan kestabilan disebalik reka bentuk yang sama.


Antara penambah baikan yang ada ialah peningkatan ketepatan dan kepantasan Siri sebanyak 40% dan mampu menerima lebih banyak arahan seperti mencarikan gambar ataupun video.


Spotlight kini memaparkan contacts, apps, atau tempat terkini. Anda hanya perlu swipe dari kiri ke kanan daripada homepage utama.

Selain daripada menyimpan kad kredit, Apple Pay kini mampu menyimpan kad keahlian kedai-kedai atau kad ganjaran. Anda juga hanya perlu membuka Apple Pay dan menyentuhkan iPhone kepada alat pengesan dan iPhone anda akan memilih kad yang berkenaan secara automatik. Memandangkan Passbook tidak hanya menyimpan kad kredit, debit dan tiket sahaja, ia telah dinamakan semula kepada Wallet.



Notes juga telah dperbaikkan dengan ciri-ciri seperti membuat senarai didalamnya, memasukkan gambar atau video dan juga membuat sebarang contengan mengunakan jari. Selain daripada itu, Notes yang baru membolehkan penguna memasukkan maklumat daripada applikasi lain seperti Safari sebagai contoh.



Apple Maps pula menampilkan ciri baharu seperti Transit View yang membolehkan penguna melihat dan merancang perjalanan mengunakan perkhidmatan awam seperti bas atau kereta api. Apple Maps juga akan dapat memberitahu penguna tentang waktu kehadiran perkhidmatan awam itu, namun belum semua bandar diliputinya. (Tiada lagi berita jika Kuala Lumpur atau Georgetown dimasukkan).

Jika anda pengemar Flipboard, Apple kini memperkenalkan applikasi baharu yang mirip dengannya iaitu 'News'. Reka bentuk yang serupa dengan Flipboard, News akan menampilkan berita yang sesuai dengan minat penguna lebih lama penguna mengunakan applikasi News itu. Jangan risau, apa yang anda baca tidak akan diketahui oleh pihak ketiga itu jaminan Apple.

Bagi yang mempunyai iPad Air 2, iOS 9 akan membolehkan anda membuka dua applikasi serentak, ciri ini dipanggil 'Split View'. Selain daripada itu, anda boleh 'Slide Over' akan membolehkan anda membuka applikasi kedua tanpa menutup applikasi yang pertama. 'Picture in Picture' pula membenarkan anda untuk mengecilkan video supaya anda boleh menontonnya sambil membuat perkara lain seperti membaca email.







  • Health kini merakam berapa banyak air yang anda minum selain daripada pergerakan anda.
  • HomeKit pula menambahkan lagi keserasian dan aksesori.
  • CarPlay semakin pintar dan kini bersambung tanpa wayar.


Akhir kata, ciri yang paling menarik adalah sekuriti dan masa hidup bateri yang dipertingkatkan. iOS dikatakan akan menambah sejam waktu penggunaan. Jika ia tidak mencukupi, iOS mempunyai 'Low Power Mode' yang akan menambah 3 jam waktu bateri lebih. Apple ID kini mempunyai Two-factor authentication.

iOS 9 pula akan mengambil ruang simpanan yang lebih kecil berbanding iOS 8.

Berikut adalah tarikh-tarikh versi iOS yang akan dilancarkan:
-Developer's Beta: 9 Jun 2015
-Public Beta (versi beta untuk umum): Julai 2015

-iOS 9 rasmi: ~September