Selasa, 22 September 2015

XIAOMI MI 4C, peningkatan daripada 4i



Sebelum ini memang terdapat beberapa khabar angin tentang wujudnya Mi 4C ini dan Xiaomi akhirnya telah mengumumkan kewujudannya secara rasmi.

Secara ringkas, peranti Mi 4C baharu ini dikuasakan dengan Snapdragon 808 1.8Ghz 6 teras 64bit. Bersamanya adalah GPU Adreno 418. Skrin pada 4C berukuran 5-inci Full HD (1080p) dengan bezel yang nipis. Seperti 4i, 4C mempunyai teknologi Sunlight Display yang akan memudahkan anda untuk melihat skrin dibawah cahaya matahari. Teknologi baharu pada skrin ini ialah variable refresh rate yang akan dapat menjimatkan 10% tenaga berbanding teknologi sebelum ini.

 Kamera belakang serupa dengan 4i iaitu lensa 13MP daripada Sony atau Samsung sementara kamera depan merupakan kamera 5MP lensa lebar + PDAF bersama dengan mode "Beautify" untuk selfie anda.






Terdapat dua konfigurasi RAM dan simpanan dengan harga yang berbeza,

  •  2GB RAM + 16GB simpanan, RMB1299 (RM875.84)
  • 3GB RAM + 32GB simpanan, RMB 1499 (RM1010.69)


Bateri 4C menarik kerana ia berkapasiti tinggi sebanyak 3080 mAh. Terdapat juga kebolehan Quick Charge 2.0 bagi mengecas 4C dengan lebih pantas. Kali ini apa yang berbeza adalah 4C tidak mengunakan microUSB 2.0 sebagai slot pengecasan tetapi beralih kepada USB Type-C yang dikatakan lebih pantas untuk penghantaran data selain juga boleh dimasukkan dari dua-dua sisi (mirip Lightning Connector Apple). Telefon terkini yang juga mengunakan port baharu ini adalah OnePlus Two. Dengan adanya USB type-C ini, Xiaomi menyediakan 4C untuk bertahan lebih lama pada masa hadapan kerana USB type-C ini dijangka akan berada di banyak peranti lain juga.


Jika anda mempunyai banyak kabel microUSB tidak bermaksud anda perlu membuangnya semua kerana Xiaomi juga menjual adapter microUSB ke USB-C pada harga yang rendah.

Dari segi slot sim kad,4C dilengkapkan dengan kebolehan dwi-sim 4G. Ini bermaksud kedua-dua sim kad anda boleh digunakan untuk mengakses 4G, bukan hanya satu slot berbanding telefon dwi-sim lain.

Fungsi-fungsi baharu yang ada pada 4C adalah:
-Edge Tap: dimana sebagai contoh anda perlu hanya mengetuk sisi telefon anda sekali untuk menangkap selfie, dan dua kali untuk kembali.


-Double Tap to wake screen: fungsi yang sudah lama ada pada telefon-telefon lain seperti Asus, Meizu dan Oppo. Anda kini boleh membukakan skrin dengan hanya menekan dua kali secara pantas dan menutupnya dengan cara yang sama.

-Infrared remote control: dimana anda boleh menjadikan telefon anda sebagai penganti kepada alat kawalan jauh TV/Stereo.


Terdapat 4 warna yang anda boleh pilih bagi Xiaomi Mi 4C yang terdiri daripada warna putih, hitam, biru, merah jambu dan kuning.





Bagi sampel gambar yang ditangkap mengunakan Mi 4C sila ke pautan bawah.


Sumber: MIUI


Khamis, 17 September 2015

iOS 9 SUDAH BOLEH DIMUAT TURUNKAN

KAWAN-KAWAN!
 iOS 9 kini sudah tiba! Yay!!!


Seperti yang Apple janjikan iOS terkini sememangnya lebih kecil daripada sebelum ini memandangkan iPhone saya hanya memerlukan muat turun sebanyak 1GB sahaja berbanding 3-4GB sebelum ini (sila nyatakan saiz muat turun anda pula bagi model-model lain di komen :) )

Senang cerita apa yang ada pada iOS baharu adalah:
  • Sekuriti yang ditambah baik (iOS 9 fix massive vulnerability)
  • Multi-task baharu
  • 'Spotlight' search baharu
  • Siri yang dinaiktarafkan untuk menjadi lebih proaktif
  • pelbagai pembaharuan pada iPad (Split View)
  • dan paling menarik sekali adalah jangka hayat bateri yang lebih panjang! (Apple menjanjikan sebanyak sejam lebih pengunaan bagi iPhone 6)
Peranti-peranti yang mengunakan iOS 8 boleh juga memuat turunkan iOS baharu ini, bermaksud peranti selewat iPhone 4S masih dapat menikmati iOS Apple terkini. Jangan risau kerana Apple telah menjanjikan yang iOS 9 kali ini lancar pada peranti-peranti lama.

Jika anda inginkan lebih infomasi tentang iOS 9, sila lawati post saya tentangnya disini


Anda boleh memuat turunkan secara Over-the-air/tanpa wayar/wi-fi dengan memasuki
Settings > General > Software Update
Disana anda akan menjumpa iOS anda yang sedia untuk dimuat turun. Pada waktu kini anda mungkin akan mengalami beberapa masalah untuk memulakan muat turun kerana server Apple yang mungkin penuh disebabkan ramai orang yang akan cuba untuk memuat turunkannya sekarang (termasuk saya sekali hehe) Anda boleh menunggu esok pagi atau beberapa hari jika anda malas menunggu ataupun anda boleh memulakan semula muat turun apabila ia gagal (saya berjaya memuat turunkan selepas cubaan yang ke 4, rezeki saya)
Cara kedua ialah dengan melalui iTunes, biasanya bagi sesiapa yang malas untuk membuang applikasi/gambar/video untuk membuat ruang bagi muat turun. Anda hanya perlu menyambungkan iPhone anda kepada komputer anda, membuka iTunes, menghala ke menu iPhone dan menekan Updates.


Selamat meng-update!

Sumber: BGR.


Gambar iOS terbaharu akan saya muat naik kan - sejurus selepas muat turun saya selesai

Informasi terperinci lagi tentang iOS 9:










Khamis, 10 September 2015

iPHONE 6S dan iPHONE 6S PLUS! "Satu-satunya perkara yang berubah adalah segalanya"



Seperti yang dinanti-nantikan Apple Event berlalu pada pukul 1 pagi tadi. Apakah yang telah dikeluarkan Apple kali ini? Dengan motto baharu mereka

 "Satu-satunya perkara yang berubah adalah segalanya".

Seperti yang dijangkakan pada tahun ini adalah giliran peningkatan iPhone ‘S' bermaksud iPhone tahun ini serupa dengan iPhone tahun lepas. Jadi pada pagi tadi Apple telah mengeluarkan iPhone 6S bagi iPhone 6, iPhone 6S Plus bagi iPhone 6 Plus. Tambahan kepada 3 warna biasa bagi iPhone, anda sekarang ada pilihan ke-4 iaitu, ROSE GOLD (Rasanya kaum wanita yang lebih minat ni kan?)










Khabar angin yang menyatakan bahawa Apple akan mengunakan teknologi Force Touch mereka kedalam iPhone menjadi kenyataan namun ia dipanggil dengan nama lain iaitu 3D Touch. Satu teknologi baharu Apple yang mula diperkenalkan pada Apple Watch dan baru ini dimasukkan kedalam Macbook Air, yang menambahkan satu lagi cara navigasi dengan mengesan perbezaan dari segi daya tekanan. Dengan menekan ikon, anda akan menimbulkan sejenis menu ringkas daripada applikasi itu. Contohnya jika anda menekan ikon kamera anda akan mendapat menu seperti 'Take a selfie', 'Record a video', 'Record a slo-mo', dan 'Take a photo'. Applikasi yang juga mempunyai fungsi ini adalah Mail, Maps, Messages, Facebook, Instagram, Dropbox dan Wechat (banyak lagi yang akan ditambah).








Sebelum ini terdapat isu-isu iPhone 6 dan 6 Plus dapat dibengkokkan dengan mengunakan tangan sahaja. Untuk mengatasi masalah ini Apple telah mengunakan aluminium siri 7000 (sama pada Apple Watch Sport) yang dikatakan lebih kuat dan mampu menahan daya tekanan yang lebih tinggi. (Unbox therapy telahpun melakukan ujian bengkok ke atas rangka baharu iPhone 6S, anda boleh lihatnya disini)

Dari segi saiz skrin iPhone 6S masih berada pada ukuran 4.7-inci sementara iPhone 6S Plus masih juga mengekalkan skrin 5.5-incinya. Kedua-dua skrin lebih kuat dengan bahan binaan ion baharu. 



Beralih kepada komponen dalaman, iPhone 6S mendapat prosesor baru A9 yang dikhabarkan masih dibina oleh Samsung dan TSMC. Prosesor 64-bit A9 generasi ketiga ini dikatakan lebih pantas dan berkuasa ini memberikan peningkatan sebanyak 70% dari segi kuasa dan 90% dari segi grafik berbandingkan A8. Prosesor sampingan baharu M9 juga diperkenalkan yang kini akan sentiasa hidup bagi merakam data kesihatan, kecergasan, pergerakan dan lain-lain. 


























Touch ID sekarang juga telah dinaik tarafkan kepada generasi kedua yang dikatakan 2x lebih pantas.

Yang paling menarik sekali, saya rasa ramai menunggu bahagian ini, adalah kamera yang telah akhirnya telah dipertingkatkan. Kamera sebelum ini memang sangat bagus tetapi kebelakangan ini ramai pengeluar lain telah menandingi malah melebih iPhone dari sudut ini. Samsung dengan S6/Edge dan Note 5 mempunyai kamera yang menangkap gambar lebih bagus daripada iPhone (telah diuji oleh PhoneArena ) dan LG G4 pula boleh menandinginya. Belum lagi kamera baharu Xperia Z5 yang mengunakan teknologi Sony Exmor (Kamera Apple dibina oleh Sony) yang belum diuji. Jadi memang tiba masanya untuk Apple menaik tarafkan kameranya.








Setelah hampir 4 tahun mengunakan kamera iSight 8MPnya, Apple kini mengunakan kamera iPhone baharu mereka  iSight  12MP. Apple mengatakan yang mereka hanya ingin meningkatnya apabila mereka tahu mereka tidak akan terpaksa mengurangkan kualiti gambar. Antara kelebihan kamera baharu ini adalah 50% pixel lebih banyak ditangkap dan autofokus yang lebih laju dan yang paling penting sekali gambar yang lebih lawa. (Contoh gambar dibawah)

Gambar pula akan berasa lebih 'hidup' dengan fungsi baharu Live Photo yang mengambil gambar setengah saat sebelum dan selepas butang kamera ditekan. Ia menjadi seperti satu video bagi mengembalikan memori saat gambar itu ditangkap bersama dengan bunyinya sekali. Anda boleh menghidup atau mematikan fungsi ini dengan menekan butang bulat diatas tengah applikasi kamera iPhone. Cara untuk mengambil Live Photo selepas itu sama dengan cara mengambil gambar biasa. 







Kamera baharu ini mampu menangkap Panorama sebesar 63MP. Ia juga berkemampuan untuk merakam video 4K! Kamera hadapan juga dipertingkatkan kepada 5MP Facetime HD untuk gambar selfie yang lebih cantik dan terang. Jika kamera belakang ada True Tone flash, kamera depan pula kana mengunakan skrin sebagai flash. Retina Flash ini akan memiripkan True Tone flash tetapi dengan meningkatkan cahaya skrin sehingga 3x ganda dari biasa. 



Pilihan memori simpanan yang ada bagi iPhone terbaharu kali ini adalah   16GB, 64GB dan 128GB. Pendapat  saya sendiri 16GB memang tidak mencukupi bagi kebanyakan penguna, dengan resolusi video yang dan gambar yang semakin meningkat, applikasi yang memerlukan lebih ratusan MB, 16GB akan sekejap dipenuhkan.

Wi-fi di iPhone baharu juga dipertingkatkan sebanyak 2x  lebih pantas sementara sokongan LTE Advance juga ada. 






Seperti yang dijangkakan, iOS 9 yang telah diumumkan sebelum ini hadir bersama dengan iPhone baharu. Untuk lebih maklumat tentang iOS 9 sila ke pautan ini. Tarikh jangka ia dikeluarkan bagi umum tidak lama lagi iaitu pada 16 September minggu depan. Yeay!

Apple juga telah melancarkan applikasi Move to iOS  di Google Play Store bagi memudahkan penguna Android beralih kepada iPhone.


iPhone baharu akan dibuka untuk tempahan pada 12 September dan jualan akan bermula pada 25 September. (Singapura ada diantara negara pertama, Malaysia memang taklah)




Sumber: Apple.com


GALERI

Gambar-gambar yang ditangkap mengunakan iSight 12MP/iPhone 6S/Plus














Aksesori