Rabu, 31 Ogos 2016

SAMSUNG GALAXY NOTE 7 kembali untuk takhta telefon pintar terbaik!



Saya tidak salah mengira. "The next big thing" dari Samsung dinamakan Galaxy Note 7. Anda mungkin tertanya kenapa Samsung memilih untuk tidak mengunakan Note 6? Ini kerana mereka ingin selaras nombor siri S dan siri Note mereka.

Beralih semula ke topik asal, Samsung Galaxy Note 7! Dilancar sempena Samsung Unpacked Event Ogos ini. Terdapat beberapa teknologi-teknologi baharu yang menarik! (Spoiler: Pengesan Iris XD)

Menyambung binaan premium Samsung, Galaxy Note 7 mengunakan gelas dan aluminum. Percayalah, ia sangat cantik. Selain itu, ia juga mengambil inspirasi daripada S7 Edge dengan skrinnya yang melengkung. 

Lengkungannya kurang sedikit jika dibandingkan dengan S7 Edge namun tetap memberi kesan yang sama. Menonton video akan menjadi satu pengalaman yang lebih menarik dan menghayatkan. Ia mengunakan pameran besar 5.7-inci Super AMOLED QHD (2560x1040) dengan ppi sebanyak 518 (sementara iPhone 6S Plus hanya mempunyai pameran720p)



Ia juga lagi kuat dengan pengunaan teknologi Corning Gorilla Glass 5 (antara telefon pintar yang pertama dengannya). Penambahbaikan daripada Gorilla Glass 4 adalah ia mampu menahan daripada retakan  80% daripada setiap kali, jatuhan dari 1.6 meter pula tidak dijangka akan meretakkannya. Bagus juga kerana saya kerap mendengar rintihan bahwa skrin lengkung agak mahal untuk diganti (S7 Edge - RM1100-1400)

Dari segi spesifikasi, prosessor didalamnya adalah samada Qualcomm Snapdragon 820 ataupun Exynos 8890 bergantung kepada daerah anda. Malaysia dijangka akan mendapat variasi Exynos 8890 seperti S7/Edge sini, yang mempunyai lebih banyak teras namun sedikit kurang prestasi berbanding Snapdragon 820 dari segi pengunaan dunia sebenar. RAM sebanyak 4GB yang disertakan akan membuat multitasking tidakpun heavy gaming perkara yang mudah.


Seperti siri Note yang lain, terdapat bateri besar bersaiz 3,500mAh (anda juga mendapat Pengecasan Pantas Tanpa Wayar dengan Note 7) yang kini tidak boleh ditanggalkan dan untuk sebab yang bagus. Anda mungkin telah menjangka ini
Ia kini mengunakan Type-C port dan sisamping itu Samsung juga memberikan
 adapter microUSB ke Type C
Note 7 kini mampu menahan air dan debu dengan pengiktirafan IP68. Dari kata lain, ia mampu berada didalam air sedalam 1.5m selama 30 minit). Ia bukan hanya pada telefonnya sahaja, S-Pen juga kini kalis air dengan pelindungan dari dalaman. Senang cerita anda boleh mengambil nota kita didalam air jika diperlukan, tapi setakat ini saya tidak boleh membayangkan bila saya akan mengunakan ciri ini. Namun, tambahan ciri-ciri sentiasa bagus :D 

S-Pen yang menjadikan siri Note unik dan terkenal kini lebih halus, hujungnya dikecilkan ke 0.7mm untuk membolehkan ia memberi inout yang lebih tepat. Screen-off memo pula membolehkan anda untuk meletakkan apa-apa nota sebagai mesej Always-On-Display anda. S-Pen juga kini mampu menjadi perterjemah perkataan anda, dengan hanya memilih perkataan itu anda akan diberi pilihan untuk menterjemahkan ia. Oh tidak lupa juga bahwa Note 7 kini mempunyai Smart Feature baru yang membolehkan anda mereka GIFs tersendiri!




Satu lagi perkara yang anda dapat jumpa yang anda tidak akan jumpa pada telefon pintar yang lain merupakan Pengesan Iris. Menambahkan lagi satu lapisan sekuriti pada telefon pintar anda, anda juga kini dapat membuka telefon anda dengan sekelip mata (he he he). Ia mengunakan kamera Iris dan IR iris untuk membolehkan teknologi ini. Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran dengan lebih selamat melalui Samsung Pay dan membuka Secret Folder anda. Secret Folder merupakan satu applikasi baharu daripada Samsung yang akan menjaga dokumen-dokument, gambar dan video rahsia anda. Anda juga boleh menyorokkan ia daripada dilihat oleh sesiapa. 

Dari segi kamera, anda mendapat kamera belakang 12MP yang sama seperti kamera S7/Edge. Ini bermakna anda mendapat kamera terbaik pada telefon pintar. Kamera hadapan pula merupakan kamera 5MP. 
Anda juga akan mendapat Wifi AC, Bluetooth 4.2 dan LTE. Note 7 akan bermula dengan simpanan memori 64GB dengan pilihan untuk menambahkan lagi melalui kad microSD sebesar 256GB. Untuk membolehkan ini, mereka telah menyertakan satu slot dwi-sim hybrid.

Warna yang ada: Black Onyx, Silver Titanium, Gold Platinum, dan yang baru Blue Coral. 

Tidak sabar untuk mendapatkannya? Beberapa syarikat telco telahpun mengeluarkan pelan-pelan mereka, jadi anda bolehlah mengimbas dan membandingkan diantara mereka. Harga RRP adalah RM3,199.
Dengan semua ciri-ciri dan teknologi yang menunjukkan kekuatan Android, saya berani katakan bahwa inilah telefon pintar yang terbaik sekarang.


Galleri Samsung's Unpacked event: 



































Selasa, 30 Ogos 2016

#KHABAR ANGINTECH: iPhone 7/Plus/Pro

*Semua ini hanyalah khabar angin yang dikumpulkan, mungkin Apple akan mengeluarkan telefon pintar seperti apa yang dikhabarkan, mungkin juga tidak. 


TARIKH PELANCARAN

Dengan kehadiran iPhone 7, 7 Plus (dan mungkin 7 Pro?) yang dijangka pada 7 September ini, ayuh kita lihat beberapa berita dan khabar angin tentangnya. 

Sumber: Apple,




REKA BENTUK


Image: BGR

Kebiasaannya tahun ini merupakan tahun dimana Apple akan mengeluarkan reka bentuk baharu iPhone, namun kali ini khabar angin menunjukkan bahwa Apple akan meneruskan reka bentuk iPhone 6S/Plus cuma dengan beberapa perubahan kecil. 

Antaranya merupakan garisan antena yang kini melekuk ke atas dan kebawah iPhone seperti didalam gambar.

Bonjolan kamera belakang masih ada hanya kali ini dikatakan saiz kamera iPhone 7 lebih besar daripada iPhone 6S sementara iPhone 7 Plus tidakpun Pro akan mendapat dwi-kamera (seperti Huawei P9).

Lubang earphone/headphone dikatakan telah dibuang pada iPhone tahun ini. Samada ini tindakan yang baik atau tidak bergantung kepada tafsiran anda. Artikel ini juga membincangkan isu ini (BGR).

Untuk mengurangkan impak kehilangan lubang audio ini, Apple dikhabarkan akan menyertakan sekali satu ‘adapter’ 3.5mm jack ke Lightning.
Sumber: BGR

Earpods kali ini juga semestinya berbeza. Hujungnya akan mengunakan Lightning head untuk ia digunakan dengan iPhone. Gambar-gambar lightning earpod sudahpun berkeliaran di Internet.
Sumber: BGR

"The biggest planned change in this year's phones is the removal of the headphone plug, which will make the phone thinner and improve its water resistance," according to the report. Going forward, you'll be able to use the phone's Lightning connector to not only juice up your phone, but also plug in headphones. All in all, the next iPhone should be 1mm thinner than current models, KGI Securities analyst Ming-Chi Kuo told the Journal.
Sumber: PCMag 

 
Ruang kosong yang ditinggalkan oleh lubang earphone itu akan digantikan pula dengan speaker kedua.
Sumber: CNET

Saiz dan dimensinya dikatakan sama sahaja dengan generasi iPhone sebelumnya cuma akan sedikit nipis.

Tahun ini juga dikatakan akan menjadi tahun pertama Apple akan mengeluarkan tiga variasi iPhone sekali: iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 7 Pro. Tidakpun, iPhone 7 Plus akan dilancarkan sebagai iPhone 7 Pro, dimana ia akan bersaiz besar dan mempunyai teknologi-teknologi  yang lebih terkini berbanding iPhone 7.





Sumber: BGR Techradar 

Dari segi warna pula, mungkin akan ada warna baharu iaitu “Deep Blue” disamping warna-warna biasa. Warna “Space Grey” pula mungkin ditukarkan ke versi hitam penuh. Perkara ini juga dikhabarkan oleh salah satu daripada telco China Unicom.
Sumber: BGRBGR 






SKRIN

Saiz skrin dikhabarkan akan dikekalkan pada 4.7 dan 5.5 inci (Pro juga akan bersaiz 5.5 inci).
 Kali ini, ia akan mengunakan teknologi AMOLED tahun ini.  -> Bagi iPhone 7S (2017).

Sumber: BGR

CPU

Prosesor yang disasarkan pada tahun ini kebarangkalian besarnya adalah A10.


Jumlah RAM pula dikatakan berbeza mengikut variasi: iPhone 7 – 2GB, iPhone 7Plus/Pro – 3GB


KAMERA

Kita mungkin akan mendapat dua jenis kamera pada iPhone tahun ini. Satu, kamera 12MP yang lebih besar daripada sebelumnya pada iPhone 7 sementara yang kedua merupakan dwi-kamera 12MP yang dijangka akan ada pada iPhone 7 Plus/Pro.
Sumber: Tech Radar




Beberapa  sumber lain pula menyatakan bahwa dwi-kamera ini telah dibatalkan memandangkan teknologi ini belum cukup matang untuk memberi apa-apa penambaikkan.

Sumber: BGR


BATERI

Setakat ini, ada yang menyatakan ia akan dibesarkan sedikit dengan ketiadaan lubang audio earphone, namun ada juga yang menyatakan bahwa ia akan dikecilkan kerana iPhone yang seterusnya akan menjadi lagi nipis daripada sebelumnya. 

AUDIO

Ruang lubang audio kebarangkalinnya boleh ditukarkan menjadi speaker kedua.

CIRI-CIRI LAIN


  1. iPhone 7 Plus/Pro akan mendapat teknologi pengecasan tanpa wayar. Selain itu ia juga dikatakan akan mempunyai teknologi kalis air dengan taraf IP68.
    Sumber: TechRadar
  2. Saiz simpanan memori akan bermula dair 32GB, 128GB and 256GB.
    Sumber: Independent 

SUMBER LAIN:
BGRTechRadarT3,