Khamis, 9 April 2015

iOS 8.3 KINI DIKELUARKAN




Kepada semua pengguna iOS, Apple akhirnya telah mengeluarkan iOS 8.3 mereka. Update baru ini menampilkan penambahbaikan seperti bahasa baharu bagi Siri, kebolehan membuat panggilan terus ke pembesar suara melalui Siri, papan kekunci emoji baharu dengan limitless scrolling dan emoji yang memaparkan lebih banyak kaum, kebolehan mengasingkan mesej daripada orang yang tidak dikenali, dan reka bentuk papan kekunci baru ketika membuat search.

Penambahbaikan lain yang terdapat didalam iOS 8.3  juga melibatkan penambahbaikan prestasi seperti:

  • Pelancaran apps dan respons
  • Mesej
  • Wi-Fi
  • Control Centre
  • Tab didalam Safari
  • Papan kekunci pihak ketiga
  • shortcut papan kekunci
  • Papan kekunci Chinese yang dipermudahkan
  • Penambahbaikan Orientasi dan rotasi
  • Penambahbaikan Family Sharing
  • CarPlay
  • Enterprise fixes
  • Accessibility fixes
Bagi iPhone 5S saya, saiz update ini yang perlu dimuat turunkan hanya sekadar 280~MB. Tetapi saya tidak pasti bagi peranti Apple lain dan bagi yang dari versi iOS lain (saya dari 8.2). Anda boleh mengemaskini peranti iOS anda melalui Over-the-air (OTA)  download yang akan memuat turunkan melalui Wi-fi atau mobile data anda. Jadi jikalan anda tidak mahu menghabiskan kuota internet anda, pastikan anda memuat turun menguna Wi-fi. Anda hanya perlu pergi ke Setting -> General -> Software Update

Selain daripada OTA dan jika anda tidak mempunyai cukup ruang diperanti anda (kes yang selalu terjadi terutama bagi yang mempunyai 16GB storage), anda juga boleh mengemaskini kan peranti iOS anda melalui iTunes dengan menyambungkan peranti kepada komputer yang mempunya iTunes.


Setakat ini saya tidak pasti mengenai prestasi versi iOS baharu ini memandangkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengujinya lagi. Jikalau ada apa-apa masalah besar akan saya nyatakan disini nanti.

*Tidak pasti juga jika peranti seperti iPhone 4S akan mempunyai prestasi yang lebih baik memandangkan iOS 8 lebih perlahan berbandingkan iOS 7 di 4S. Saya akan mengujinya sebaik saja saya dapat mengunakan 4S adik saya.

Sumber: http://bgr.com/2015/04/08/apple-ios-8-3-released-download/

Isnin, 6 April 2015

PELANCARAN DAN TEMPAH AWAL S6 DAN S6 EDGE DI MALAYSIA

Samsung telah melancarkan Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge secara rasmi di Malaysia pada 2/04/15.

 Antara perkara yang disentuh oleh mereka adalah tarikh telefon-telefon pintar baru Samsung ini akan hadir iaitu 17 April. Namun, tempahan boleh dilakukan pada hari ini jika anda ingin menjadi antara yang pertama untuk mendapat telefon pintar ini kerana Samsung menjangkakan stok tidak akan mencukupi.

Spesifikasi S6 dan S6 Edge secara ringkas:
  • 5.1 QuadHD, 577 ppi, Super AMOLED
  • CPU 8 Core (2.1Ghz + 1.5Ghz)
  • Kamera 16 MP (belakang) 5 MP (depan)
  • LTE Cat. 6, Wifi terkini (ac dan kebelakang), Bluetooth 4.1, NFC, IR
  • RAM 3GB
  • ROM 32GB/64GB/128GB
  • Battery: S6-2550 mAh, S6 Edge - 2,600 mAh 



Tiga syarikat telekomunikasi utama (Maxis, Celcom dan Digi) telah mengumumkan (02/04/15 dan 03/04/15) bahawa mereka akan menjual telefon pintar ini.

Dengan Maxis, anda hanya boleh mendapatkan S6 bersama pelan Maxis One mereka sahaja (One Lite dan One Start masih belum ada buat waktu ini) dengan kadar bayaran sebanyak RM128 selama 2 tahun kontrak. Dalam pelan ini, anda akan mendapat sebanyak 2GB mobile internet, masa panggilan TIDAK TERHAD dan SMS TIDAK TERHAD ke semua rangkaian. Harga bagi S6 dengan pelan ini akan menjadi RM1,659, selain itu anda juga perlu membuat advance payment sebanyak RM512.

Bagi S6 Edge pula, anda perlu mengambil pelan yang lebih mahal lagi dengan Maxis iaitu Maxis One + 1GB Internet. Pelan yang sama dengan diatas cuma dengan tambahan 1GB internet lebih. Harga S6 Edge pula akan menjadi RM1,999 dan advance payment yang perlu dibayar adalah RM512 juga.

1000 pelanggan pertama akan menerima Wireless Charging Pad dan Screen Protector bernilai RM282 secara percuma.



LINK:https://www.maxis.com.my/en/personal/devices/all-phones/samsung/samsung-galaxy-s6-s6edge.html?gclid=CjwKEAjw9PioBRDdpqy0-ofG3DgSJAACe5NEV-nzOC11xnlbkT6_lC0QtHd-Ha4kCgnlqeCj1N2JGhoCrI7w_wcB

Dengan Celcom, harga bagi S6 bermula daripada RM1,088 tetapi anda perlu membayar RM235 sebulan selama 2 tahun. Pelan ini adalah Pelan FIRST ELITE dimana anda akan mendapat 3GB Internet + 3GB Celcom Wifi + 200 min + 200 sms. Apa yang menarik tentang pelan-pelan baru Celcom adalah Optimiser mereka dimana bergantung kepada kadar pengunaan anda (samada Internet lebih atau call&SMS lebih) anda akan mendapat tambahan 2GB + 2GB WIFI atau 300 mins + 300 SMS. Advance payment  yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,000 yang akan direbatkan semula selama 10 bulan pertama.


Selain FIRST ELITE, anda juga boleh memilih pelan FIRST bagi S6 dimana anda akan mendapat 2GB + 2GB WIFI + 100 mins + 100 sms. Optimiser bagi pelan ini pula akan menambahkan 2GB + 2GB WIFI atau 150 mins + 150 SMS kepada pelan anda (bagi mana yang dihabiskan dahulu).  Advance payment sebanyak RM250 akan diperlukan (direbat selama 10 bulan pertama) dan harga bagi S6 adalah RM1,888.

*Jika anda berminat dengan warna Blue Topaz, hanya Celcom yang akan menjualnya buat sementara waktu ini.



Celcom juga akan menjual S6 Edge dengan pelan-pelan yang sama (FIRST ELITE, HARGA TELEFON: RM 1,488; FIRST, HARGA TELEFON: RM 2,288),

Celcom pula menawarkan kepada 600 pelanggan pertama Samsung Galaxy Tab 3V bernilai RM499 secara percuma. Menarik ini!

LINK:https://www.celcom.com.my/personal/promotion/S6-S6Edge?pid=1360826467841&gclid=CjwKEAjw9PioBRDdpqy0-ofG3DgSJAACe5NE-ue6FphcKPuk3nDgbSADNhv64siQfZmG_S587dFQtBoCixXw_wcB



Dengan Digi, anda ada lebih pilihan bagi pelan-pelan (sebanyak 3) iaitu SmartPlan 78, SmartPlan 108 dan SmartPlan 148 (dengan nombor-nombor dinama pelan melambangkan bayaran bulanan). Setiap pelan ini ada pilihan samada High Data  atau High Voice.

Dengan SmartPlan 78, High Datai akan memberikan 3GB, 200 mins dan 200 SMS sementara High Voice hanya memberi anda 1GB internet namun dengan 800 mins dan 800 SMS. Dengan SmartPlan 108, High Data memberi 5GB Internet, 300 mins dan 300 SMS sementara High Voice memberi 1.5GB bersama masa berbual dan SMS  TIDAK TERHAD, Dengan SmartPlan 148, High Data  memberi 6GB, 400 mins dan 400 SMS sementara High Voice memberikan 3GB bersama dengan masa berbual dan SMS TIDAK TERHAD.

Bagi S6, Digi akan menjual dengan harga RM1,769 (SP78), RM1,529 (SP108) dan RM1,329 (SP148).




Bagi S6 Edge, Digi akan menjual dengan harga RM2,179 (SP78), RM1,939 (SP108) dan RM1,739(SP148)



Digi juga akan memberi Wireless Charging Pad jika anda membual tempah awal sebelum 12 April dan juga sementara stok masih ada.

LINK:http://new.digi.com.my/cs/Satellite/ecomm_C/services/default/samsung-s6-edge-preorder?gclid=CjwKEAjw9PioBRDdpqy0-ofG3DgSJAACe5NEyxmb-9e-oLlQpMcGtAwsn6f_Q246Xxr39_DjCAm76BoCZ4fw_wcB


Jika anda tidak berminat, anda juga boleh mendapatkan S6 atau S6 Edge melalui Samsung atau Senheng. Senheng menawarkan sekali dengan bayaran ansuran dengan kadar 0% selama 36 bulan. Mereka juga akan menambahkan warranti sebanyak setahun.
Tempahan awal dengan Samsung akan memerlukan anda untuk membayar deposit sebanyak RM300 melalui PayPal sebelum mengutipnya di kedai-kedai Samsung. Samsung juga akan memberikan wireless charging pad percuma. 


https://my.campaign.samsung.com/gs6preorder/


Rabu, 1 April 2015

HTC ONE M9 BAHARU





Let Them Stare

Pada hari sama Samsung S6 dilancarkan, HTC juga mengeluarkan telefon pintar terbarunya, HTC ONE M9. 

Berbeza dengan Samsung, HTC hanya melalukan sedikit perubahan dari segi reka bentuk telefon mereka. Inspirasi daripada telefon mereka yang sebelum ini, perubahan yang ketara diantara HTC  ONE M7 dan M8 hanya pada bentuk kamera belakang (M7 - bulat, M8 - bulat, dua kamera, M9 - petak). HTC menyatakan bahawa mereka ingin mewujudkan satu reka bentuk yang sinonim dengan mereka.
Pada HTC ONE baharu, tiada lagi teknologi Ultrapixel. Teknologi yang diperkenalkan pada One M7 didapati kerap menimbulkan masalah seperti lensa bertukar warna apabile ia panas (Purple tint issue). Malangnya masalah ini juga berlaku kepada saya (boleh rujuk ke HTC service centre untuk penyelesaian). Tetapi saya yakin HTC telah menyelesaikan kebanyakan masalah Ultrapixel ini di telefon pintarnya yang lain.

Kini, HTC ONE M9 dilengkapi kamera 20 MP (f2.2) daripada Sony yang sepatutnya dapat menangkap gambar sebaik iPhone dan Samsung, tidak pun hanya kurang sediki. Kamera ini dilindungi dengan Sapphire lens yang tahan calar. Kamera hadapan pula mempunyai Ultrapixel dan Wide lens yang membolehkannya untuk menangkap gambar dengan subjek yang lagi ramai dan terang.


Skrinnya bersaiz 5.0 Inci Full HD 1080p sesuatu yang lebih rendah berbanding skrin di Samsung S6, Mi Note Pro dan LG G3 tapi satu tindakan yang saya rasakan dapat memberikan lebih jangka masa pada bateri. 

Seperti One sebelumnya, One terbaharu mempunyai pembesar suara di hadapan telefon. Posisi yang saya rasa paling sesuai kerana ia membolehkan pengguna menghayati lagi media di atas telefon. Memandangkan HTC dan Beats Audio sudah berpecah, HTC sekarang bekerja sama dengan Dolby untuk mengeluarkan pembesar suara yang dilengkapi DOLBY AUDIO SURROUND.

Menguasakan HTC ONE M9 ini adalah CPU baharu daripada Qualcomm, Snapdragon 810 Octa Core 64bit (4 - 2.0 Ghz dan 4 - 1.5 Ghz) sama seperti Mi Note Pro. Samsung S6 juga dikatakan sepatutnya dijual dengan CPU ini namun disebabkan isu heat management pada Snapdragon 810 Samsung terpaksa mengunakan CPU mereka sendiri untuk mengelakkan daripada pelancaran telefon mereka tertangguh. Isu kepanasan ini wujud di HTC ONE M9 baharu apabila dilakukan ujian berbanding telefon pintar lain, namun HTC telah mengeluarkan software update yang telah menyelesaikan isu ini.

Telefon ini mempunyai simpanan memori sebanyak 32GB bersama pilihan untuk menambah memori melalui microSD, sesuatu yang S6 baharu tidak ada.

HTC ONE M9 mempunyai badan all metal dengan 3 pilihan warna: Gunmetal Grey, Silver with Gold, and all Gold.

Berikut adalah kesimpulan spesifikasi bagi HTC ONE M9: 

  • Snapdragon 810 Octa Core 64bit
  • 5.0 inch Full HD screen
  • ROM: 32GB
  • RAM: 3GB (with microSD slot)
  • 157 grams
  • Supports LTE, NFC, Bluetooth 4.1, dual-band wifi up to ac standard
  • Nano SIM card
  • 2840 mAh

 Telefon ini sudah boleh didapati daripada penjual online seperti DirectD.


Sumber: htc.com