Sebagai post pertama dibawah muka surat #KhabarAnginTech telefon apa lagi yang akan menjadi perbualan ramai peminat-peminat teknologi pada awal tahun depan kalau bukan Galaxy S7. Adakah ia akan menyambung reka bentuk S6? Dari masa ke semasa hinggalah ke pelancaran rasminya saya akan memuat naik maklumat dan khabar angin terkini tentangnya, reka bentuk, spesifikasi dan sebagainya. Jadi pastikan anda kembali ke muka surat ini jika anda tidak sabar menanti telefon baharu daripada Samsung :)
Semakin kita menghampiri pengakhir tahun 2015, semakin banyak juga khabar angin dan gosip-gosip tentang telefon pintar seterusnya daripada Samsung. Pengeluar daripada Korea ini mengalami penurunan dari segi penjualan pada sepanjang tahun ini disebabkan tekanan dari segmen premium yang masih didominasi oleh Apple dan tekanan daripada bawah oleh pengeluar-pengeluar daripada China, Xiaomi dan Huawei. Namun pada tahun ini, Samsung telah melakukan beberapa perubahan terutama sekali dari segi bahan binaan telefon mereka (besi daripada plastik). Jadi mungkin tahun depan akan merupakan tahun dimana mereka lompat kembali kehadapan?
Tarikh pelancaran
Berdasarkan beberapa laporan, ramai mengatakan bahawa Samsung akan mengeluarkan S7 lebih awal daripada biasa (Mac) iaitu pada bulan Januari. Ini dikatakan sebagai strategi untuk mengurangkan kesan kehadiran 6S dan 6S Plus menghakis jualan telefon mereka.
Tarikh pengumumannya adalah pada 21 Februari 2016 (pada jam 2:00 pagi Malaysia)
Sumber: Twitter
Seperti kebiasaannya dari Samsung, S7 dijangka akan mula dijualkan dengan agak cepat. Informasi terkini menyatakan bahawa penjualan S7 di Europa akan bermula pada 11 Mac 2016
Sumber: BGR
![]() |
| Salah satu slide Samsung yg dibocorkan. Sumber: Phonearena |
Reka bentuk
Buat S7, dikhabarkan bahawa Samsung tidak
akan mengeluarkan edisi biasa iaitu tanpa “Edge”. Dan dikhabarkan juga yang S7
Edge Plus akan dikeluarkan sekali dengan S7 Edge. Satu langkah yang bijak kerana sekarang
Samsung tidak perlu memeningkan diri mereka sendiri untuk memilih yang man
mereka perlu hasilkan lebih, biasa atau “edge’.
Khabar angin terkini mengatakan bahawa Samsung akan mengunakan taktik Apple dimana reka bentuk S7 akan mirip dengan S6 dan hanya akan ada beberapa modifikasi kecil. Tak salah kerana reka bentuk S6 pun sudah cukup menarik.
Sumber: GSMArena

Dikhabarkan juga akan terdapat 4 versi S7 yang akan dikeluarkan dengan saiz-saiz berbeza.
- 5.1-inch, paparan "edge"
- 5.5-inch, paparan biasa
- 6-inch, paparan biasa
- 6-inch, paparan "edge"
Sumber: GSMArena
Akan ada dua saiz bagi S7
5.1 inci bagi skrin biasa dan
5.5 inci bagi skrin lekuk ("Edge")
Bahan binaan bagi S7 semestinya besi dan gelas premium.
Sumber: Evleaks,
Terkini : Gambar yang dibocorkan pada laman web ReviewDao dan Weibo
Gambar-gambar ini lagi mengesahkan yang S7 akan mempunyai sudut lekuk yang lebih berbanding S6.
Dalam gambar pertama anda boleh lihat 3 warna berbeza bagi Samsung S7 Edge (Silver, Black, dan Gold)
Tambahan lagi, ya ada lagi nampak tak begitu banyak sekali gambar yang dibocorkan, seorang penguna Weibo menunjukkan gambar dimana terdapat satu S7 Edge yang sedang dihidupkan (walaupun sedikit kabur)
Ini boleh dilihat didalam gambar dibawah dimana terdapat dua slot kosong pada papan sim, satu bagi nano-sim sementara lagi satu adalah bagi microSD. Yahoo!
Daripada video ini, anda dapat melihat sisipan OS bersama dengan skin TouchWiz mereka yang nampaknya lebih ringan. Berbanding sebelum ini, tiada sangat applikasi yang tidak berguna diletakkan keadalam telefon.
Selain daripada itu, terdapat juga satu gambar yang sudah lama keluar. Kali ini ia merupakan gambar daripada PCMag (daripada Pisapapekes sebenarnya) yang menunjukkan depan belakang S7 emas,

| Sumber: Android Headlines |
Dalam gambar pertama anda boleh lihat 3 warna berbeza bagi Samsung S7 Edge (Silver, Black, dan Gold)
Sementara dalam gambar kedua pula merupakan telefon S7 biasa tanpa lekuk (dan jikalau khabar angin betul bersaiz kecil).
![]() |
| Daripada Evan Blass dan TalkAndroid |
Tambahan lagi, ya ada lagi nampak tak begitu banyak sekali gambar yang dibocorkan, seorang penguna Weibo menunjukkan gambar dimana terdapat satu S7 Edge yang sedang dihidupkan (walaupun sedikit kabur)
Ini boleh dilihat didalam gambar dibawah dimana terdapat dua slot kosong pada papan sim, satu bagi nano-sim sementara lagi satu adalah bagi microSD. Yahoo!
Yang sedih hanyalah laporan bahawa tiadanya port USB-C.
Daripada video ini, anda dapat melihat sisipan OS bersama dengan skin TouchWiz mereka yang nampaknya lebih ringan. Berbanding sebelum ini, tiada sangat applikasi yang tidak berguna diletakkan keadalam telefon.
Selain daripada itu, terdapat juga satu gambar yang sudah lama keluar. Kali ini ia merupakan gambar daripada PCMag (daripada Pisapapekes sebenarnya) yang menunjukkan depan belakang S7 emas,
Kamera
Disini ada 3 khabar angin yang popular
tentang kemungkinan arah tuju Samsung untuk S7.
- - Samsung meningkatkan MP kamera mereka daripada 16MP sekarang ke 20MP. Sensornya akan dibina sendiri oleh Samsung mengunakan teknoogi ISOCELL mereka
- - Samsung akan menurunkan MP kamera daripada 16MP kepada 12MP (memandagkan kamera iPhone 6S/Plus mampu menghasilkan gambar yang cantic mengunakan bilangan MP ini). Dengan pengurangan MP ini, Samsung mampu memuatkan sensor-sensor individu yang lebih besar yang boleh menangkap lebih banyak cahaya
- - Samsung akan mengunakan sensor kamera terbaharu Sony iaitu Exmor MX300 (dinobatkan kamera telefon pintar terbaik oleh DxOMark) yang terdapat pada Xperia Z5. Tapi adakah Sony akan menjual kamera mereka kepada Samsung.
Khabar angin terkini yang semakin lama semakin popular adalah kameranya akan dikurangkan kepada 12.2 MP, namun akan memberikan prestasi fotografi low light yang lebih hebat (dengan teknologi baharu BRITECELL mereka).
Sumber: AndroidHeadlines, AndroidHeadlines 2,
Bonjolan kamera yang terdapat pada galaxy S tahun lepas merupakan antara satu kelemahan telefon utama Samsung, namun bonjolan kamera telefon Galaxy S tahun ini dikatakan akan dikurangkan daripada 1.7mm kepada 0.8mm.
![]() |
| Source: @Onleaks, AndroidHeadlines |
CPU
Samsung terpaksa mengunakan CPU ciptaan
mereka sendiri pada S6 kerana masalah kehangatan melampau pada Qualcomm
Snapdragon 810 awal tahun ini, tapi ia bukanlah perkara yang buruk dimana CPU
yang mereka guna, Exynos 7420, muncul sebagai CPU terpantas dan terbaik pada
waktu pelancarannya.
Jadi persoalannya adakah mereka akan terus
mengunakan CPU buatan mereka sendiri (Exynos 8890) ataupun menyambung semula
dengan CPU Qualcomm (820, lebih pantas dan lebih cekap).
Khabar angin terkini adalah Samsung akan
mengunakan Exynos 8890 pada setengah daripada S7 dan setengah lagi akan
mengunakan Snapdragon 820. Perbezaaanya diantara keduanya adalah Exynos 8890
mempunyai 8 teras sementara Snapdragon 820 mempunyai 4. Namun itu bukanlah
pengukur yang adil memandangkan iPhone hanya mempunyai 2 teras tetapi masih
mampu menandingi telefon pintar lain. Persamaannya adalah dari segi saiz binaan
iaitu 14nm. Qualcomm juga telah dikatakan berjaya untuk menyelesaikan masalah
kehangatan pada prosessor mereka.
Apa-apapun kedua-dua prosessor ini bagus
dan akan menawarkan prestasi lebih bagus daripada prosessor tahun ini.
Disamping itu ia juga akan dikuatkuasakan dengan 4GB RAM.
Dikatakan bahagian Asia akan menerima variasi S7 dengan Exynos 8890 sementara Amerika dan unit GSM akan mendapat versi Snapdragon.
Sumber: Sammobile
BATERI
Bateri akan juga ditingatkan daripada 2550 mAh kepada 3000 mAh bagi versi skrin biasa dan daripada 2600 mAh kepada 3600 bagi versi Edge.
Satu lagi khabar angin yang gembira daripada Mobile Review (Eldzar Murtazin) menyatakan bahawa telefon S7 mampu bertahan selama memaikan video selama 17 jam pada kecerahan maksimum.
Selain itu dia pun telah mengkongsikan beberapa screenshots prestasi bateri S7 yang dia katakan mampu bertahan selama 2 hari dengan satu cas penuh pada kecerahan skrin 75%, LTE dihidupkan sepanjang masa dan dua sim berjalan serentak.
Sumber: AndroidHeadlines

SISTEM OPERASI
Disini kemungkinannya Android Marshmallow 6.0
CIRI-CIRI LAIN
Dikatakan juga Samsung akan mengembirakan peminat-peminat tegarnya dengan menyertakan semula slot microSD sehingga 200GB dengan S7 baharu.
Paling menarik, dan bagi saya sendiri paling seronok ialah Samsung akan mengembalikan ciri water resistant bertaraf IP68. Ini bermakna ia boleh bertahan didalam air selama 30 minit sehingga dalaman semeter. Jadi anda bolehlah membawa S7 untuk bermandi manda ^_^
Sumber: Stuff
Pengecasan pantas masih jika ada dan dikatakan lebih pantas dimana S7 akan mengambil masa selama 2 jam untuk dicas penuh sementara S7 Edge akan mengambil 2.2 jam.
Sumber: Talkandroid, AndroidHeadlines

TERKINI: terdapat gambar yang telah dibocorkan menunjukkan nombor model-model S7 bagi pasaran-pasaran tertentu dan didapati bahawa bagi Amerika Syarikat dan telco-telco GSM akan mendapat model Snapdragon sementara pasaran-pasaran lain terutama sekali pasaran Asia akan menerima model Exynos.
Sumber: Sammobile

Tiada ulasan:
Catat Ulasan