Ini tidaklah mengejutkan, Ia telah lama dikhabarkan bahwa
Apple akan mengeluarkan versi baharu iPhone yang bersaiz 4-inci pada tahun ini,
namun maklumat lebih tentangnya masih tidak diketahui. Terdapat banyak khabar angina
tentang iPhone-iPhone tapi bagi saya ini adalah iPhone yang khabar anginnya
paling tidak menarik. Memperkenalkan iPhone SE.
Apa yang anda lihat adalah, dan saya pun tak menipu anda.
Inilah iPhone SE baharu. Ya, dari segi rupa semua ia serupa dengan iPhone 5/5S,
dengan perbezaan tambahan warna Rose Gold dan tulisan kecil SE dibelakangnya.
Perkataan yang boleh digunakan untuk mengambarkan SE:
Selamat, bosan. Perkataan untuk melambangkan Apple dalam hal ini: Malas? Ada
yang tidak setuju menyatakan bahwa ini merupakan satu tindakan bisness yang strategik dari Apple, mereka dapat
menjimatkan kos R&D disamping mengurangkan stok lama mereka. Saya masih
akan menyatakan yang mereka sedikit malas pada iPhone ini. Apa sebab saya? Dibawah
ini saya letakkan gambar custom housing iPhone
5/5S yang boleh didapati dibeberapa kedai di Malaysia. Contoh kedai dibawah adalah ChamoGadget, silalah kunjungi mereka jika
anda ada apa-apa masalah dengan iPhone/iPad anda, mereka juga menyediakan
perkhidmatan baikpulih disamping menukar housing iPhone.
Cukuplah rintihan saya tentang reka bentuknya, sekarang kita
beralih pula kepada spesifikasi! Memandangkan ia dilihat sebagai satu penambaik
baikkan daripada iPhone 5S, saya akan melakukan perbandingan dengannya. Dari
segi dalaman SE, ia lebih mirip kepada 6S. Dengan prosessor yang sama (A9)
bersama dengan 2GB RAM (daripada 1GB di iPhone 5S) disamping dengan kamera
baharu 12MP iSight. Namun hanya setakat situ sahaja persamaannya. Bateri
didalam SE juga sedikit besar daripada 5S, 1642mAh berbanding 1560mAh.
Skrin SE mempunyai resolusi yang sama dengan 5S dan Touch ID
juga masih merupakan yang sama. Warna, seperti yang saya katakana sebelum ini,
sama kecuali dengan penambahan warna baharu Rose Gold.
Secara kesuluruhannya ia merupakan peranti 4-inci yang bagus
dengan kuasa pemprosesan yang antara terbaik didalam telefon pintar sekarang
dan juga kamera yang sangat bagus tetapi satu perkara yang melarang saya untuk
mengesyorkan telefon ini adalah harganya.
Walaupun Apple mengunakan rekabentuk yang lama, skrin yang
sama dan dengan sebahagian besar komponen yang sama, harganya boleh dikatakan
dekat dengan harga telefon-telefon pintar utama.
Bagi model 16GB, anda terpaksa mengeluarkan RM1,949
sementara untuk model 64GB (yang saya rasa anda patut pilih berbanding 16GB
sebab memang 16GB tidak akan mencukupi)
berharga RM2,449. Oh, tidak ada pilihan simpanan memori 32GB, rasanya
kerana Apple memang mahu anda membeli 64GB yang akan mendatangkan lebih banyak
keuntungan dari segi komponen-komponen dalaman kepada mereka. Ia lebih mahal
daripada beberapa telefon pintar utama seperti Huawei P9 dan Huawei Mate 8 dan
hanya sedikit sahaja murah daripada telefon pintar yang terbaik sekarang, Galaxy
S7.
Mungkin satu hari
nanti apabila harganya dikurangkan.


