Jika anda diantara yang bertuah mendapat peluang untuk terus upgrade komputer anda, Tahniah! Namun bagi yang kurang bernasib baik (seperti salah satu daripada komputer riba saya) jangan resah kerana ada cara lain untuk memaksa muat turun Windows 10. Sebaiknya sebelum ini anda telah menempah/reserve Windows 10 dan mempunyai Windows Original, selesa dengan perkara-perkara asas komputer seperti melancarkan Command Prompt dan tahu serba sedikit tentang Partitions. Jika tidak, saya galakkan anda bersabar dan tunggu pilihan upgrade rasmi yang akan muncul di komputer anda secara automatik jika anda telah menempahnya sebelum ini.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Dengan 'Windows Explorer', masuk ke dalam partition Windows anda yang di-install Windows (kebiasaannya drive C, tapi mungkin berbeza G, H. Cari yang ada logo Windows) Contoh: “C:\Windows\SoftwareDistribution\Download”
- Delete semua fail yang ada didalam itu. Ini akan mengosongkan 'Windows Update'
- Di Windows 7, Klik butang windows/Start Menu di bucu bawah kiri anda dan taip 'Windows Update' dan lancarkannya.
Di Windows 8/8.1, tekan butang Windows di papan kekunci anda, dan taip 'Windows Update'. Lancarkan program itu
- Sekali lagi Search 'Command Prompt' pula, RIGHT-CLICK nya dan pilih 'Run as Administrator'
- Seterusnya didalam Command Prompt taip dan tekan 'Enter'
- Selepas beberapa minit beralih kepada Windows Update dan tekan 'Check for updates'.
- Jika semua berjaya anda akan dapati yang Windows Updates akan bertukar kepada 'Downloading Windows 10'
Berdasarkan komen-komen, ada juga beberapa penguna yang tidak berjaya dengan langkah diatas. Selain cara diatas, anda juga boleh memuat turun 'Media Creation Tool' untuk memuat turun Windows 10. Setelah dimuat turun, pastikan anda memilih 'Upgrade'
Namun dengan cara ini akan memakan lebih sedikit masa daripada melalui Windows Update dan anda perlu memastikan anda memilih bit OS yang betul samada 32 atau 64 bit.




