Ahad, 23 Ogos 2015

GALAXY NOTE 5 DIPERKENALKAN



Seperti yang anda semua ketahui, versi terkini Galaxy Note telah muncul. Ia adalah Galaxy Note and it kini mempunyai reka bentuk baharu mirip yang diperkenalkan Samsung pada awal tahun ini. Apa yang membuat siri Note ini berbeza daripada yang lain adalah S-Pen dan apa yang membuat ia popular adalah saiz skrinnya yang telah memulakan fenomena 'Phablet'.

Pandangan Ringkas spesifikasi Note 5:

  • Skrin 5.7-inci Quad HD Super AMOLED 
  • Exynos 7420, 8-core CPU
  • 16MP kamera belakang, 5MP lensa lebar kamera depan
  • LTE Cat. 6 dan 802.11ac Wi-Fi
  • 3000 mAh bateri tidak boleh di
  • 32/64 GB dengan 4GB LPDD4 RAM

Reka bentuk
Note 5 baharu kini dibina mengunakan besi dan gelas, sesuatu yang peminat Samsung sudah lama meminta. Dengan binaan baharu ini datang juga beberapa kekurangan seperti bateri yang tidak boleh ditanggalkan. Namun itu telah membolehkan Samsung untuk membuat bentuk belakang melengkung yang menawan dan membuatkan Note 5 lebih senang untuk dipegang (ergonomik). Note 5 memang mempunyai rupa yang sangat "premium" yang boleh menandingi iPhone dan lain-lain.

Skrin saiz dikekalkan pada 5.7-inci dam masih mempunyai paparan 2K (Quad HD) 2560x1440 Super AMOLED dengan 518 ppi, percayalah ia gambar-gambar kelihatan sangat lawa! Mengunakan Gorilla Glass 4, paparannya juga dikatakan yang terbaik didalam telefon pintar selepas diuji oleh DisplayMate (Note 5 has best smartphone display). Apa yang mengejutkan adalah dimensi keseluruhan Note 5 (153.2 x 76.1 x 7.6mm) lebih kecil berbanding Note 4 (153.5 x 78.6 x 8.5 mm) dan ringan sedikit lagi (171g vs 176g).

Sebelum ini ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa S-Pen baharu akan mempunyai sistem "auto-eject" yang akan mengeluarkan stylus dengan menekan satu butang, baguslah ia tidak menjadi kenyataan kerana bagi saya ia akan membebankan lagi penguna, Nasib baik, Samsung telah muncul dengan solusi yang lebih baik, mereka telah membina mekanisma pengeluaran S-Pen seperti 'click-pen'. Sekarang untuk mengeluarkan S-Pen anda perlu menekan hujung S-Pen sebelum anda boleh menariknya. Antara ciri baharu yang akan menyenangkan penguna adalah jika S-Pen didapati jauh daripada Note 5, satu mesej akan dipaparkan di skrin telefon bagi mengingatkan penguna.

Bagi masa-masa yang anda perlu cepat mencatat nota, anda boleh mengeluarkan S-Pen dan terus menulis diatas skrin walaupun ia ditutup. Ciri ini semestinya akan mencepatkan masa untuk mengambil sebarang nota-nota atau informasi ringkas dan menjadikan Note 5 lebih berguna. S-Pen kini juga boleh terus menyunting fail-fail PDF tanpa perlu memuat turun applikasi lain. Applikasi rasmi daripada Samsung ini dinamakan "Write on PDF". Anda juga sekarang boleh mengambil 'screen shot' seluruh muka surat sesuatu laman sesawang berbanding hanya menangkap apa yang dimuka skrin telefon pintar, fungsi ini dinamakan 'Scroll Capture'.



Dalaman
Yang bertindak menguasakan telefon pintar ini adalah CPU tersendiri daripada Samsung, Exynos 7420 yang didapati juga didalam S6/S6Edge, satu prosessor dengan 8 teras ((ARM Cortex A-57 & ARM Cortex-A53) 2.1Ghz & 1.5Ghz . Konfigurasi simpanan yang ada bagi Note 5 adalah  32GB dan 64GB. RAM juga telah dinaik taraf kan kepada 4GB RAM jenis LPDD4 yang lebih pantas.
Dengan rekaan yang nipis ini akan terdapat beberapa kompromi seperti bateri yang dikecilkan kepada 3000 mAh (berbanding 3200 mAh di Note 4). Menariknya PhoneArena menguji dan mendapati bahawa bateri Note 5 bertahan lebih lama daripada Note 4 (9 jam 11mins vs 8jam 43 mins) dan jika itu tidak mencukupi Samsung telah memasukkan "Ultra Power Saving Mode" sekali. Samsung juga menyatakan yang Note 5 hanya memerlukan 90 minit untuk mengecas sepenuhnya mengunakan wayar dan hanya pula memerlukan 120 minit secara tanya wayar (Fast Charge).
Satu telefon pintar tidak akan lengkap tanpa OSnya dan Note 5 mendapat versi terkini Android yang ada iaitu 5.1.1 Lollipop bersama TouchWiz yang diperkemaskan lagi. Saya jamin yang Note 5 akan menerima versi android yang akan tiba iaitu Android Marshmallow cuma saya tidak berani jaamin bila. Telefon pintar ini semstinya tidak akan lembab (lebih-lebih lagi dengan tambahan RAM, navigasi sepatutnya lebih lancar)


Kamera

Mengikuti jejak langkah S6, Note 5 mempunyai kamera 16 MP Sony IMX240 yang sama dengan 'Optical Image Stabilization (OIS)' sementara kamera hadapan adalah 5MP lensa lebar sesuai untuk keperluan selfie harian anda. Kedua-dua mempunyai aperture f/1.9.
Dua mod yang ada didalam applikasi kamera Samsung adalah auto dan manual "Pro" mode. Satu ciri yang serupa juga daripada S6 adalah 'Quick Launch' dimana anda boleh mengaktifkan kamera dengan hanya menekan pantas butang "Home" dua kali.
Kameranya juga mampu merakam video dengan resolusi 4K, namun saiznya semestinya besar gila. Apa lagi, bagi mereka yang merakam Youtube video, sekarang anda boleh merakam dan menaikkan video anda terus ke Youtube secara serentak. Video Digital Image Stabilsation (VDIS) juga akan membantu anda merakam video yang lebih berkualiti.


Jaringan
Dari segi jaringan telefon yang anda dapat di Note 5 adalah LTE, HSPA, HSUPA, UMTS, EDGE, dan GPRS. NFC juga boleh didapati disamping Wi-fi terkini iaitu 802.11ac dengan MIMO (2x2), GPS, GLONASS dan Bluetooth 4.2.



Ciri-ciri

Mungkin beritas sedih bagi peminat teknologi, Note 5 tidak mempunyai USB Type C yang baharu (tida seperti OnePlus Two). Dengannya akan menjadi sokongan masa hadapan bagi Note 5 lebih mampu tahan lama kerana USB Type C akan menjadi standard baharu. Tapi dengan microUSB 2.0, penguna akan lebih mudah mencari kabel buat waktu sekarang. Antara ciri-ciri yang menarik juga adalah pengecasan pantas (fast charge), pengecasan tanpa wayar (wireless charging), sensor degupan jantung, dan sensor cap jari dimana anda hanya perlu meletakkan jari dan bukan mengerak jari kebawah yang juga dikatakan oleh PhoneArena sebagai lebih pantas daripada apa yang ada di S6.

The keyboard cover that mimics Blackberry's, trying to revive something old.


Semua bagus, tiada yang tak bagus ke? Kekurangan Note 5 adalah pada bateri yang tidak boleh dikeluarkan (sesuatu yang kebanyakan penguna Samsung sukakan), tiadanya keupayaan untuk menambah simpanan melalui microSD dan IR blaster (yang membolehkan telefon anda bertindak menjadi alat kawalan jauh TV jika anda tak larat untuk mengambilnya).

Setakat ini tiada pengumuman rasmi tentang bila Note 5 akan tiba di Malaysia namun rasanya tidak lama kerana Samsung biasanya memasukkan peranti-peranti mereka awal kesini (tidak seperti 'Epal')
Anngaran: awal September

Warna-warna yang ada bagi model ini adalah: Gold Platinum, Black Sapphire, White Pearl dan Silver Titanium,

Video pengenalan rasmi Samsung Galaxy Note 5



Ulasan Note 5 daripada PhoneArena.



Sumber: PhoneArena, Samsung.com, Forbes,

Ahad, 16 Ogos 2015

SAMSUNG UNPACKED MENAMPILKAN NOTE 5 DAN S6 EDGE +



Lebih kurang 4 hari yang lepas Samsung telah mengadakan "Unpacked Event" mereka yang kedua, kali ini menampilkan dua telefon pintar yang tidak merupakan kejutan kerana gambar-gambar yang telah dibocorkan: Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge + (serius, pada pendapat saya Samsung tidak perlukan lagi telefon pintar berskrin besar selainkan Note 5 mereka). Selain daripada itu, mereka juga telah menampilkan sedutan tentang usaha terbaharu mereka untuk menandingi Apple Watch.



Tidak mengejutkan, Note 5 kini mempunyai reka bentuk belakang lengkung dan seperti S6 dan S6 Edge yang muncul pada awal tahun ini, Note 5 diperbuat daripada logam dan gelas. Melihat dari belakang, ia agak susah untuk membezakan S6/Edge daripada Note 5 dari jauh disebabkan posisi sama kamera, flash dan sensor heart beat. Sempena acara itu, Samsung juga melancarkan satu keyboard cover bagi Note 5, satu usaha untuk mengembalikan semula era papan kekunci fizikal yang dipopularkan oleh syarikat yang semakin merudum Blackberry (kenapa Samsung??)


Sementara itu, telefon pintar yang kedua iaitu S6 Edge Plus hanyalah S6 Edge yang diperbesarkan dengan spesifikasi yang sama. Satu yang baharu adalah tambahan warna Silver Titanium. Bagi saya, saya tak faham kenapa peranti ini dikeluarkan. Bukan ke ia akan mengambil sebahagian daripada market Note 5? Kenapa Samsung tidak terus mengeluarkan Note 5 Edge disamping Note 5? Tidak pun hanya mengeluarkan Note 5 dengan skrin yang berlengkung?
Memang strategi shotgun mereka dalam membina telefon-telefon pintar berjaya, namun ia semestinya memakan kos yang tinggi untuk diteruskan. Bukankah tiba masanya Samsung lebih teliti dalam mengeluarkan telefon-telefon pintar. Mereka sudah lama didalam bidang ini, tidakkah mereka percaya dalam produk-produk mereka.


Sebagai penutup, Samsung telah membuat satu kejutan (sebab Note 5 dan S6 Edge + langsung tidak mengejutkan) dengan mengumumkan satu lagi smartwatch, Galaxy Gear S2. Secara jujur saya tidak mampu mengikuti jumlah jam tangan pintar Samsung. Mereka ada banyak sangat. Kali ini ia mempunyai reka bentuk bulat seperti kebanyakan jam tangan biasa dan mirip Moto 360 namun lebih nipis. Boleh tahan. Kita hanya lihat dan tunggu ulasana-ulasan sebelum memberikan kata akhir kepada produk baharu ini.
Hmmmm, ikons mcm pernah nampaklah 

Saya akan cuba untuk menulis review bagi kedua-dua peranti secepat mungkin, terima kasih kerana membaca!

Video daripada engadget yang menyimpulkan seluruh acara dalam 6 minit.

Sumber: engadget.com, Samsung