Selasa, 19 Januari 2016
Whatsapp kini percuma, selamanya!!
Ini merupakan satu kejutan yang baik, Whatsapp telah membuang yuran tahunan mereka sebanyak $0.99 (dalam RM3 dahulu, kalau diikutkan nilai tukaran wang sekarang dalan RM4~5) dan menjadikannya percuma untuk semua versi-versi mereka.
Whatsapp menyatakan dalam blog mereka yang "Untuk beberapa tahun, kami telah meminta penguna membayar sejumlah yuran untuk menguna Whatsapp selepas tahun yang pertama. Semakin kami berkembang, kami mendapati bahawa tindakan ini tidak begitu menjadi" Salah satu daripada sebab kenapa ia tidak menjadi dikatakan disebabkan ramai orang yang tidak mempunyai kad kredit ataupun debit untuk membayar. Dan ada juga yang masih tidak percaya untuk mengunakan bayaran online.
Anda pasti berfikir, Tidak selepas ini pasti Whatsapp akan penuh dengan iklan-iklan yang menganggu Whatsapp saya kalau tidak bagaimana mereka akan menjana pendapatan? Bagi isu itu mereka menyebut bahawa mereka akan mengaji cara-cara untuk membolehkan kita mengunakan Whatsapp untuk berkomunikasi dengan bisnes dan organisasi yang kita ingin, sebagai contoh daripada bank-bank mengenai transaksi kita tidakpun daripada syarikat-syarikat penerbangan mengenai penerbangan kita. Whatsapp mungkin akan mengecas mereka untuk mengunakan Whatsapp daripada menghantar mesej mengunakan Whatsapp daripada SMS (ini saya rasa tindakan yang lebih murah).
Bagi mereka yang sudahpun membayar, tiada apa-apa yang dikatakan mengenai bayaran balik, tapi pada harga RM4-5 setahun, ia boleh dikirakan saya kos yang sangat murah berbanding SMS.
Perubahan ini bertepatan sekali kerana sekarang hampir satu bilion orang mengunakan Whatsapp, dan membuatkannya percuma hanya akan menambahkan jumlah pengunaannya disamping itu mengukukahkan posisinya sebagai pilihan pertama sistem mesej. (Mungkin satu hari menamatkan SMS selamanya).
Sumber: Whatsapp, TheVerge
Sabtu, 16 Januari 2016
iPhone 7 : telefon pintar Apple selanjutnya
Khabar angin tentang iPhone sememangnya sentiasa hangat, lagi-lagi selepas iPhone 6S dilancarkan. Memandangkan tahun lepas merupakan giliran iPhone "S", tahun inilah yang menarik, yang akan menyaksikan perubahan dari segi dalaman dan juga luaran.
Baca selanjutnya untuk lebih mengetahui tentang iPhone seterusnya. Artikel ini akan dikemas kini kan dari masa ke semasa
Nama
Isu ini mungkin bukanlah satu misteri sangat. Mengikutkan sejarah Apple dalam menamakan iPhone-iPhone mereka, edisi tahun ini kebarangkalian besarnya akan dipanggil iPhone 7.
Tarikh lancar
Apple biasanya mempunyai rutin untuk mengeluarkan iPhone baru sekitar waktu yang sama setiap tahun, iaitu pada mulanya suku ke-3 tahun dalam bulan September~Oktober.
Menyambung legasi, nama CPU seterusnya kebarangkalian besar adalah A10.

Reka bentuk
Tahun iPhone "S" merupakan tahun lepas jadi tahun ini peminat-peminat Apple akan lebih teruja kerana semestinya akan terdapat perubahan dari segi reka bentuk iPhone. Ada yang dikatakan iPhone baharu akan mengunakan sejenis bahan baharu untuk badannya.
Tapi khabar angin yang paling hangat sekarang merupakan samada Apple akan membuang atau mengekalkan 3.5mm headphone/earphone jack pada iPhone tahun ini. Jika ya untuk apa? Pendapat popular mengatakan ini demi membolehkan mereka mengecilkan lagi iPhone yang bagi saya sendiri sudah cukup nipis.
Jika mereka ingin mengunakan ruangan itu untuk ciri-ciri tambahan seperti teknologi skrin baharu tidakpun bateri yang lebih biasa (permintaan no1 penguna-penguna telefon pintar berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan). Kalau begini saya fahamlah tindakan mereka.
Sumber: Apple membuang headphone jack, Stuff

KAMERA
Dengan berita yang melaporkan bahawa Apple menugaskan sehingga 800 orang untuk meningkatkan prestasi kamera iPhone, tidak mengejutkanlah kalau kualiti kamera mereka diletakkan sebagai antara yang terbaik.
Diruangan ini terdapat beberapa khabar angin. Antaranya merupakan Apple mengunakan teknologi dwi-lensa yang dikatakan mampu memberi prestasi sehebat DSLR. Samada ia sempat tiba untuk iPhone 7 belum lagi boleh dipastikan.
Teknologi menarik pada kamera iPhone 7: Dwi-lensa
Sumber: BGR,

CPU
Menyambung legasi, nama CPU seterusnya kebarangkalian besar adalah A10.
BATERI
Dikatakan akan dipertingkatkan sebanyak 12.5% berbanding yang sebelumnya.
Sumber: Independent,
SIMPANAN
Akan terdapat juga pilihan memori simpanan sehingga 256GB.
Sumber: Independent,
CIRI-CIRI LAIN
1) Headphone jack/lubang audio 3.5mm
Isu yang paling hangat bagi iPhone baharu merupakan Apple yang dikatakan akan membuang headphone jack pada iPhone seterusnya. Untuk apa masih tidak pasti. Jika ia untuk menipiskan lagi iPhone, itu tindakan yang tidak diperlukan tetapi jika ia untuk menambah komponen atau ciri-ciri baharu tidakpun meletak bateri yang lebih besar, tindakan ini masih lagi boleh diterima akal.
Info selanjutnya disini.
2) Pengecasan tanpa wayar
Laporan menunjukkan Apple sudah lama berfikir untuk meletakkan teknologi ini sejak iPhone 5S lagi namun tidak diketahui kenapa ia ditangguhkan. Kali ini, ia kembali semula namun dikatakan teknologi pengecasan tanpa wayar Apple akan lebih canggih dari segi ia boleh dicas lebih jauh berbanding peranti-peranti lain.
3) Kalis air
Kalau ini menjadi realiti pada tahun ini, memang iPhone yang baharu akan menjadi iPhone terbaik yang pernah ada. Khabar angin ini selari dengan berita lubang audio akan dibuang, ia akan menyenangkan kerja untuk membuat iPhone 7 lebih kalis air. Nilai kali air dikatakan akan setanding setengah peranti-peranti Android iaitu pada IP68.
Sumber: BGR

Selasa, 12 Januari 2016
Audeze, headphone pertama dengan kabel Lightning
Apa yang saya maksud dengan premium ialah harganya iaitu $799.95 (sekitar RM3,500). Buatan Audeze, nama penuhnya adalah Audeze EL-8 Titanium Closed-Back Headphones. Untuk harga itu anda akan mendapat:
- Headphone dunia pertama dengan kabel lightning yang di-integrasikan sepenuhnya (yippy #sarcastic)
- amplifier dan konverter 24-bit DAC converter direka dalam kabelnya
- Prestasi muzik dan panggilan yang unggul (mikrofon juga dibina didalam kabel)
Jika Apple berfikir yang mereka sedang memberi pembeli-pembeli mereka satu pilihan jika mereka satu hari membuang headphone jack, ini bukanlah satu pilihan yang murah.
Selamat tinggal earphone jack? #iPhone7
Apple memang terkenal untuk mengambil langkah-langkah yang berani. Contohnya mereka merupakan antara yang pertama untuk membuang slot CD pada Macbook mereka dan sekarang hampir kesemua komputer riba lain pun mengetepikan slot CD. Selain daripada itu mereka juga merupakan antara yang pertama mengeluarkan telefon pintar sepenuhnya dengan skrin, diwaktu Blackberry berada diatas dengan papan kekunci fizikal mereka.
Tetapi langkah yang dikhabarkan ini merupakan sesuatu yang akan menimbulkan satu kontroversi lagi, kali ini saya tidak nampak apapun sebab untuk menyokongnya.
Pada pendapat saya sendiri, saya tidak setuju dengan cadangan Apple yang ingin membuang lubang earphone daripada iPhone yang seterusnya. Bagi Apple lubang 3.5mm ini merupakan halangan untuk, pada pendapat saya sendirilah, menipiskan lagi iPhone yang sememangnya sekarang sudahpun nipis. Pesanan bagi Apple, kami tidak perlulan iPhone yang lebih nipis!!
Slot CD perlahan-perlahan diganti dengan pengenalan USB pendrives/thumbdrives, tetapi lubang earphone belum lagi diganti dengan headphones/earphones tanpa wayar. Tambahan pula masih terdapat banyak lagi headphones/earphones yang masih mengunakan wayar. Dan anda tidak perlu mengecasnya juga.
Antara solusinya saya rasa adalah Apple akan mengeluarkan satu adaptor 3.5mm jack - Lightning, tetapi seperti aksesori-aksesori asli Apple yang lain ia pasti akan diletakkan dengan harga yang tinggi.
Jadi apa pendapat anda tentang ini? Anda setuju atau tidak? Beritahulah saya diruang komen.
Sumber: TheVerge
Sabtu, 2 Januari 2016
Kamera BLACKBERRY PRIV mengejutkan
Dengan kamera telefon pintar yang semakin lama semakin baik, Blackberry harus memastikan yang mereka tidak ketinggalan. Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah tahu bahawa mereka tidak berkompromi pada kamera mereka. Dijual pada harga RM3599 di Malaysia, Blackberry Priv dijangka mampu bertanding seiring telefon-telefon pintar utama lain selain daripada aspek sekuriti dan pengalaman Android sahaja.
Syukurlah, DxoMark iaitu laman web terkenal dengan ujian rapi kamera-kamera telefon pintar telah pun mengeluarkan keputusan mereka tentang kamera Blackberry Priv dan ia merupakan berita yang baik. Dengan 18MP lensa Schneider-Kreuznach harapan tinggi telah diletakkan kepada kamera ini dan Priv tidak mengecewakan. Ia berjaya mendapat markah keseluruhan sebanyak 82 mata, meletakkannya pada kedudukan kelima seiring dengan iPhone 6S, 6 dan 6 Plus dan juga Xperia Z3+ (ya, betul apa yang anda baca ini).
Satu langkah yang sangat baik dilakukan oleh Blackberry yang setelah sekian lama baru saja meningkatkan prestasi kamera mereka. Tahniah Blackberry!
Anda boleh membaca keputusan penuh DxOMark tentang kamera PRIV pada pautan dibawah.
Ringkasan spesifikasi Blackberry's Priv:
- Snapdragon 808 64-bit dengan 3GB RAM
- skrin 5.4-inci QHD (2560x1440) AMOLED
- 18MP kamera belakang, 2MP kamera hadapan
- 3,410 mAh bateri yang tidak boleh ditanggak
- Android 5.1.1 Lollipop
Sumber: DxoMark, Android Headlines
TELEFON PINTAR DENGAN BATERI GERGASI! #LENOVO P1 & P1M
Kalau nak diikutkan telefon-telefon ini sudah lama dikeluarkan tetapi ia baru saja mendapat perhatian saya. Pada tahun lepas (19/11/2015) Lenovo telah memperkenalkan dua telefonpintar Vibe dengan bateri yang sangat besar! Mereka dipanggil Vibe P1 dan Vibe P1M yang dilengkapi dengan bateri 5,000 mAh dan 4,000mAh masing-masing (terkejut tak? :D)
Sementara pengeluar-pengeluar telefon lain
mengejar untuk menipiskan lagi telefon pintar mereka Lenovo mendengar kehendak
utama penguna telefon pintar iaitu jangka hayat bateri yang lebih lama. Apa
gunanya ada telefon pintar kalau tiap masa kehabisan baterikan. Kekurangan
telefon ini mungkin pada spesifikasi yang dikatakan sederhana.
Bateri gergasi 5,000mAh ini juga mempunyai sokongan
pengecasan pantas Qualcomm dan dikata akan mengambil masa hanya 2 jam untuk
dicas daripada kosong ke penuh.
Pilihan kedua yang lebih murah merupakan
Lenovo Vibe P1M. Baterinya kurang 1,000mAh namun masih dianggap besar iaitu
pada 4,000mAh. Kebanyakan telefon-telefon utama sekarang pun hanya mempunyai
bateri sekitar 3,000mAh. Ia juga dilengkapkan dengan teknologi pengecasan
pantas.
Ia mempunyai 5.0-inci lebih kecil,
dikuasakan dengan prosesor MediaTek MT6735P 1.0Ghz 64-bit 4-teras bersama
dengan 2GB RAM. Dari segi memori simpanan ia hanya mempunyai 16GB namun boleh
dipertingkatkan mengunakan microSD sebesar 32GB.
Kamera belakang juga kurang sedikit
berbanding kamera di P1, anda hanya mendapati kamera 8MP bersama dengan kamera
hadapan 5MP. Terdapat juga fungsi dwi-sim 4G pada P1M ini.
Warna yang terdapat bagi P1 adalah Platinum
dan Graphite Grey sementara Pearl White dan Onyx Black adalah warna-warna bagi
P1M. Harga P1 adalah sekitar RM1,199 dan P1M pula dalam RM649.
Kedua-dua ini memang telefon pintar yang
berbaloi bagi penguna-penguna tegar telefon pintar.
Sumber: Malaysian Wireless, Soyacincau
Langgan:
Ulasan (Atom)