Selasa, 26 Mei 2015

PELANCARAN RASMI S6 EDGE EDISI "IRON MAN" (dan gambar-gambar)

Sebelum ini ada beberapa khabar angin yang menyatakan bahawa Samsung akan mengeluarkan S6 Edge mereka dalam versi "Iron Man" dan dengan khabar angin itu muncul rekaan peminat-peminat.

Namun baru ini, Samsung telah mengeluarkan secara rasminya gambar-gambar S6 Edge "Iron Man" mereka. Bersama dengan gambar-gambar, mereka juga telah mengeluarkan satu video unboxing.
S6 Edge berkapasiti simpanan 64GB ini berwarna merah dan emas (seperti warna Iron Man) dan mempunyai design topeng Iron Man dibelakangnya.

Didalam kotaknya anda akan mendapat wireless charger telefon pintar dengan reka bentuk yang unik iaitu 'arc reactor', sumber tenaga bagi baju besi Iron Man.

Apa guna mempunyai telefon limited edition ini jika ia disembunyi dibelakang casing. Samsung juga akan menyertakan sekali satu clear cover supaya anda dapat memperagakan telefon ini sambil menjaganya.

Sayangnya, telefon ini hanya akan dilancar di Korea Selatan pada 27/05/2015. Cina dan Hong Kong akan mendapatnya pada bulan Jun. Tiada sebarang khabar samada telefon ini akan dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi jika ia dibawa masuk melalui grey market bersedialah untuk membayar premium yang tinggi baginya.

Seperti dinyatakan oleh Engadget, J.A.R.V.I.S tiada dan anda terpaksa berpuas hati dengan Google Now.

Gambar






Official Unboxing Video 

Rabu, 20 Mei 2015

XIAOMI MI 4i, dan kenapa anda perlu beri perhatian.

Xiaomi semakin membesar...

Dilancarkan di India sebagai pelan peluasan luar dari Cina. Mi 4i merupakan satu kejutan. Ramai menyangkakan bahawa bagi telefon pintar global pertama mereka Xiaomi akan melancarkan satu flagship baharu setanding dengan Mi Note dan Mi Note Pro mereka (mungkin Mi 5) (Xiaomi masih memanggil telefon ini telefon utama/flagship mereka). Namun apa yang kita saksikan ini adalah satu penambah baikan kepada flagship sebelumnya (Mi 4) dengan tambahan lebih LTE band bagi membolehkan telefon ini mengunakan LTE didalam lebih banyak negara lain (Sebelum ini Mi 4 hanya boleh menerima LTE daripada telco-telco tertentu). Apa yang mereka keluarkan adalah satu telefon yang seperti 5C kepada 5S, hanya satu telefon untuk mengisi ruang kosong diantara flagship mereka ataupun untuk menarik golongan-golongan muda. Persepsi ini semua berubah apabila harga dan spesifikasi lain diumumkan. 





Menampilkan belakang yang berwarna-warni serupa 5C dan Meizu Note, telefon baharu ini bagi saya lebih cantik berbanding 5C, Meizu Note dan Mi 4 sekali. Mungkin anda tidak boleh nampak didalam gambar ini, tapi anda boleh lihat dengan lebih jelas didalam video yang disediakn dibawah. Telefon ini tidak nampak seperti telefon mainan. Warna seperti hitam memberi penampilan yang serius dan elegan.
Sumber:amanz.net

Sumber:amanz.net

Sumber:amanz.net

Sumber:amanz.net

Telefon ini juga merupakan telefon dwi-sim LTE, ia mempunyai skrin Full HD 5-inci (441 ppi) yang dibekalkan dari Sharp/JDI (dikuatkan lagi dengan teknologi Corning Concore OGS) dengan tambahan "Sunlight Display", inovasi daripada Xiaomi yang akan membuat skrin telefon ini lebih mudah dilihat ketika diluar dan dibawah sinaran matahari. Skrin ini juga mempunyai sudut tontonan yang luas iaitu 178⁰. Semua ini dimuatkan didalam saiz yang sedikit kecil daripada iPhone 6 tetapi dengan skrin yang lebih besar (iPhone 6 hanya ada 4.7 inci, 326ppi)



Bagi kamera pula, Mi 4i mempunyai kamera belakang 13MP f/2.0 Sony/Samsung dengan dual-flash, sesuatu yang menjadi kebiasan sekarang dan 5MP f/1.8 kamera hadapan. Apabila diuji, Mi 4i menghasilkan beberapa gambar macro dan HDR yang bagus berbanding kamera 13MP yang lain (Review camera video dibawah) Saya telah muatkan beberapa gambar contoh bagi anda.



Ia dikuasa dengan Octa-core Snapdragon 615 (Generasi ke-2) 64-bit processor (sesuatu yang jarang dengan harga ini) bersama dengan 2GB RAM (LPDDR3). OS telefon ini adalah Android 5.0 Lollipop dengan MIUI6. ROM/Internal Storage yang disediakan ada 16GB tanpa kebolehan menambahnya dengan microSD. Bateri telefon ini juga besar, iaitu 3,120 mAh yang disediakan oleh Sony atau Samsung and dinyatakan oleh Xiaomi sebagai bateri paling padat yang sedia ada dan sepatutnya bertahan lebih daripada pengunaan seharian.

Tambahan lagi, Xiaomi Mi 4i mempunyai Wi-fi 802.11AC dan dual-band! Standard terkini Wi-fi yang 3x lagi laju daripada Wi-fi sekarang. Percayalah, teknologi ini hanya ada pada telefon-telefon pintar utama/flagship. Bukan yang anda jangkakan daripada telefon dibawah harga RM1000.

Semua ini dikatakan akan dijual dibawah RM800. Menarikkan?! Inilah kebiasaan Xiaomi yang menjual telefon murah dengan spesifikasi tinggi. Didalam Malaysia, ini akan menjadi satu hit.

Harga rasmi telefon ini adalah RM749, lebih murah daripada yang dijangkakan!

Camera review daripada fonearena: 




Mi 4i Review daripada Clinton Jeff:



Update:  Xiaomi menghantar jemputan media bagi esok, Thursday, 21 May kebarangkalian bagi pelancaran rasmi telefon ini di Malaysia.

Rabu, 13 Mei 2015

TELEFON PINTAR KELAS TENGAH/MID-END (SEKITAR RM600-1500) [MEI 2015]

Dengan pilihan telefon pintar yang semakin meningkat, keputusan untuk memilih dan membeli satu semakin memeningkan. Kebanyakan orang akan mempertimbangkan samada membeli daripada Samsung atau Lenovo (sejak kebelakangan ini), tapi ini mungkin merugikan kerana 2-3 tahun yang lepas ini, banyak jenama daripada Cina yang datang menampilkan telefon-telefon pintar yang murah atau lebih murah dan lebih canggih. Hanya kerana jenamanya tidak terkenal seperti jenama-jenama besar lain tidak bermakna mereka tidak kualiti. Bagi memudahkan proses ini, saya akan kumpulkan beberapa spesifikasi telefon-telefon pintar yang berpatutan.

Dari masa ke semasa saya akan mengemaskinikan jadual ini.

PS: Harga dibawah semua termasuk dengan GST sekali. Harga adalah daripada beberapa laman-laman web  terkenal yang menjual elektronik di Malaysia dan mungkin akan berbeza daripada harga waktu jadual ini ditulis. Jika anda ada cadangan bagi apa-apa telefon pintar yang anda rasa berbaloi dimasukkan kedalam jadual ini silalah meninggalkan komen dibawah.