Ahad, 25 September 2016

Sertai Cabutan Bertuah PERCUMA BGR! iPhone 7, S7 Edge, One S, Oculus Rift/HTC Vive



BGR merupakan antara laman web teknologi yang dipandang tinggi. Pantas dan boleh dipercayai, BGR adalah antara rujukan utama saya.

Baru-baru ini mereka mengadakan satu 'Giveaway'/Cabutan Bertuah untuk beberapa peranti terkini sseperti iPhone 7, Samsung Galaxy S7 Edge, Xbox One S dan HTC Vive/Oculus Rift secara percuma!

Apa yang anda perlu buat adalah mudah. Anda boleh menekan pautan yang diberi dibawah setiap gambar (atau anda juga boleh terus menekan gambar itu) untuk dibawa terus ke muka surat Giveaway yang berkenaan dengan produk yang berkaitan. 

Langkah seterusnya adalah dengan mendaftar sebagai ahli BGR, anda apa pilihan samada untuk membuat akaun baru ataupun mengunakan akaun FB anda sendiri. Saya memilih FB kerana ia menjimatkan masa. Mudah saja kan! 

Jom sertai! 








Sumber: BGR

Jumaat, 16 September 2016

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus! Tiada lagi lubang audio




Seperti yang dijangka, Apple telah pun memperkenalkan kepada dunia telefon pintar terbaharu mereka, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (Nampaknya tiada iPhone 7 Pro)

Dengan kebanyakan daripada khabar angin yang tepat, tiada lagi lubang audio bagi earphone, rekaan bentuk yang sama dan juga kebolehan untuk kalis air, ayuh kita mengimbas keluaran terbaharu Apple ini.
iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mempunyai dimensi yang lebih kurang sama dengan iPhone yang sebelum mereka. Perbezaan ketara hanya ada pada garisan antena belakang dan saiz kamera.

Daripada menjalur lurus dibelakang telefon, garisan antena kali ini melekuk ke atas dan kebawah iPhone. Masih terlalu awal bagi saya untuk menyatakan samada rekabentuk ini lebih bagus atau lebih buruk.







Beralih kepada ciri yang ramai nanti-nantikan, terdapat kamera baharu yang kali ini amat berbeza pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Untul kali pertama juga dalam sejarah iPhone, kedua-dua kamera pada kedua-dua iPhone berbeza. iPhone 7 mendapat kamera 12MP iSight f/1.8 yang lebih besar deng sementara iPhone 7 Plus mendapat dua kamera 12MP dimana satu adalah kamera biasa lensa luas sementara lagi satu merupakan lensa telephoto.




Dengan ini, ia membolehkan iPhone 7 Plus untuk mempunyai 2X optical zoom, membolehkan anda untuk menangkap objek yang jauh sedikit dari biasa tanpa hilang kualiti. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan Bokeh effect pada gambar-gambar anda, sesuatu yang pada masa dahulu hanya boleh dilakukan dengan DSLR (namun sekarang anda boleh juga mengunakan apps untuk ini, cuma kualitinya kadang kali kurang semula jadi)


Untuk lagi menerangkan gambar-gambar anda, Apple telahpun meletakkan Quad-LED true tone flash baharu yang 50% lagi terang berbandind dahulu.

Dihadapan pula, anda akan mendapat kamera 7MP. Akhirnya satu peningkatan yang membolehkan anda untuk merakam/membual panggilan video Full HD. (Oh tak lupa juga, selfies yang lebih cantik semestinya.)

Beralih kepada pameran skrin, ia masih mengekalkan resolusi yang sama iaitu iPhone 7 hanya HD sementara iPhone 7 Plus adalah Full HD. Kali ini ia dikatakan mempunyai colour gamut yang lebih banyak dan 25% lebih terang.

Jika anda tertanya-tanya, ya Apple telahpun membuang lubang audio. Bermakna jika anda ingin mengunakan earphone/headphone lama anda yang mempunyai kepala audio 3.5mm, anda terpaksa mengunakan adapter yang akan disertakan percuma dengan setiap iPhone 7/Plus.

Anda juga akan mendapat earphone dengan kepala Lightning kerana semua sambungan wayar anda samada untuk mendengar muzik, mengalihkan data, mengecas akan dilakukan melalui lubang Lightning. Kekurang ini adalah, anda tidak boleh mendengar muzik dengan earphone anda sambil anda mengecasnya.




Antara satu lagi solusi adalah untuk anda membeli earphone tanpa wayar yang mengunkan Bluetooth. Apple ada juga memperkenalkan Airpods. Earphones tanpa wayar mereka. Namun ia dijangka mahal dan bagi saya dari segi reka bentuk, ia tidaklah begitu bagus.

Kita semua tahu yang prosesor iPhone yang baharu akan menjadi yang terbaik pada telefon pintar, untuk lagi mengukuhkan tanggapan ini Apple telahpun menamakan prosesor terbaharu iPhone mereka A10 Fusion. Ia dua kali lagi pantas berbanding dengan A8 pada iPhone 6, dan semestinya lebih laju daripada A9. Ia merupakan prosesor 64-bit 4-teras yang dikata akan memanjangkan bateri iPhone.


Ciri-ciri lain yang menarik:
  • Pembesar suara Stereo : dimana yang lagi satu berada diatas iPhone. 
  • Simpanan memori dalaman bermula pada 32GB, 128GB dan 256GB






Sedihnya tiada warna biru seperti beberapa khabar angin yang tersebar namun apa yang kita dapat adalah warna hitam Jet Black dan juga Matter Black. Dua warna hitam bagi model tahun ini dimana Jet Black merupakan yang lebih premium. Dan tidak silap saya, ia hanya dapat dibeli dengan konfigurasi paling tinggi.

Bila ia akan tiba di Malaysia? Rasanya anda perlu menunggu lama juga kerana Malaysia tiada dalam senarai pertama atau kedua negara yang Apple akan menjual iPhone 7/Plus.
Perkara ini dah lama juga membengangkan saya, kenapa Malaysia tidak dipilih. Adakah kita tidak semenarik dari segi ekonomi berbanding negara-negara lain? 



Harga bermula pada: 
iPhone 7 $649  dan iPhone 7 Plus $769

Lowyat.net telahpun membuat jangkaan harga iPhone ini apabila mereka akan tiba di Malaysia. Silalah mengkunjungi laman mereka di pautan di bawah. 

Setakat ini, beberapa laman jualan web seperti Lazada telahpun membuka tempahan awal.

Ahad, 11 September 2016

KHABAR ANGIN TECH: NEXUS 2016 di tukar kepada PIXEL - Semua khabar angin spesifikasi terkini

*Semua ini merupakan koleksi-koleksi khabar angin yang ada dilaman web. Masih ada kebarangkalian ia tidak keluar seperti apa yang dinyatakan dibawah. 

Nexus 6P dan 5X tahun lepas berjaya mengagumkan dunia teknologi. Dengan rekaan bentuk badan unik berserta kamera yang hebat (ketiga terbaik didunia apabila ia dilancarkan), ia berjaya menyerlah diantara kebanyakan telefon-telefon pintar mampu milik. Harganya sedikit mahal daripada Nexus sebelumnya namun masih murah untuk spesifikasi mereka. Nexus 6P yang lebih premium dan lebih berkuasa merupakan abang besar (skrin 5.5inci) yang semestinya lebih mahal sementara Nexus 5X memberi prestasi yang bagus untuk kategorinya.

Disebabkan ini ramai yang tidak sabar untuk menunggu peranti-peranti Nexus yang seterusnya. Semestinya pada pendapat saya ia akan menyambungkan legasi baik Nexus.

TARIKH PELANCARAN

Setakat ini, hanya satu sahaja tarikh yang diketahui iaitu 4 Oktober. Disamping telefon pintar, ada juga yang menyatakan bahwa akan ada juga Chromecast 4K baharu besertakan DayDream VR yang juga akan dilancarkan. 
Sumber: Tomsguide

REKABENTUK




Beberapa gambar juga telah tersebar di laman internet. Terdapat dua peranti, seperti tahun lepas namun kali ini nama Nexus akan dibuang dan digantikan dengan : Pixel dan Pixel XL. (Ini mungkin inspirasi daripada tablet-tablet mereka yang juga bernama Pixel.

Sumber: TalkAndroid

Daripada nama rasanya anda dapat meneka yang mana mempunyai saiz yang lebih besar. Pixel akan bersaiz 5-inci Full HD sementara Pixel XL pula akan mendapat skrin 5.5-inci Full HD.

Berbanding tahun lepas dimana Nexus 6P dihasilkan oleh Huawei sementara LG pula yang menghasilkan 5X , tahun ini dikatakan HTC yang dipertanggungjawabkan untuk kedua-dua peranti Pixel.



Sumber: BGR

Rekabentuk Pixel pula dikatakan akan mempunyai dua tona dengan warna-warna yang dijangka adalah gray/black, white dan mungkin juga warna yang banyak dikecohkan tahun ini, electric blue.

Satu lagi sumber juga menyatakan bahawa telefon-telefon pintar Pixel akan mempunyai bahagian belakang yang buruk dengan setengah daripadanya diperbuat daripada aluminium sementara sebelah lagi dengan kaca. Namun kecantikan bergantung kepada setiap individu, bagi saya sendiri saya okay dan mampu menerima rekaan bentuk belakang seperti dibawah. 



Sumber: BGR

Ada yang menyatakan pengesan cap jari akan diletakkan ditempat yang sama dengan tahun lepas. Bena lain yang menarik merupakan bonjolan kamera tidak akan lagi ada. Bahan yang diguna untuk membina Pixel merupakan aluminium, serupa HTC 10.


SKRIN

Seperti apa yang telah dinyatakan diatas, Pixel - 5-inci Full HD 
Pixel XL - 5.5-inci Full HD

Sumber: BGR

Terdapat juga khabar angin lain yang menyatakan:
Pixel XL - 5.5-inci skrin QHD/2K Amoled
Pixel - 5-inci Full HD Amoled 


CPU

Setakat ini apa yang pasti adalah ia akan mengunakan prosesor Snapdragon 4-teras (820/821/823) bagi kedua-dua telefon pintar Pixel. 

RAM yang akan ada juga pasti mencukupi iaitu pada 4GB


KAMERA

Khabar angin menyatakan bahwa telefon-telefon pintar Pixel akan mengunakan lensa Sony IMX378, penganti kepada kamera yang digunakan pada Nexus tahun lepas iaitu IMX278 yang sudahpun antara yang terbaik pada telefon pintar. Tidak ragu lagi jika ini betul kamera Pixel akan menjadi antara kamera terbaik.

Kamera hadapan pula kebarangkaliannya Sony IMX179 8MP.

Sumber: Android Headlines 


BATERI

Pixel XL dikatakan akan mendapat bateri bersaiz sederhana bagi telefon sebesar ini iaitu pada 3,450mAh.

Pixel  pula akan mendapat bateri 2,770mAh, sedikit besar bagi telefon pintar bersaiz 5-inci.

Serupa dengan Nexus sebelum ini, USB Type-C dijangka akan diteruskan pada telefon-telefon Pixel.

AUDIO


CIRI-CIRI LAIN
  1. Memori simpanan dalaman dijangka adalah: 32GB dan 128GB (bagi Pixel XL sahaja) 
  2. Mereka berdua dijangka akan dikeluarkan dengan Android 7.1 Nougat 
Sumber lain: Techradar, Android Headlines 


Ahad, 4 September 2016

Note 7 terbakar, Samsung menghentikan jualan dan membuat pertukaran percuma

Ini serius, selepas beberapa laporan diterima dan disiasat (35 secara rasmi), Samsung telahpun menghentikan jualan dan meminta pemilik-pemilik Note 7 untuk menukar peranti mereka.

Rupa-rupanya penyebabnya merupakan sekumpulan bateri yang akan meletup apabila panas tidakpun ketika dicas.

Berikut merupakan antara kes yang popular di internet sekarang.




Walaupun isu ini hanya dikatakan menjejas sedikit bilangan Note 7, dalam 24 unit setiap sejuta, ia masih merupakan satu prospek yang merbahaya apabila anda tahu yang telefon pintar anda mungkin boleh meletup tidakpun terbakar apabila masa sahaja.

Terdapat beberapa kes (bukan dengan Note 7) dimana telefon pintar meletup dan boleh memulakan kebakaran rumah.

Untuk melegakan fikiran anda, Samsung membuat pengumuman bahwa mereka akan menukar setiap Note 7 yang telah dijualkan, samada ia terjejas dengan masalah ini atau tidak, secara percuma. Mereka katakan bahwa ini tindakan berjaga-jaga mereka untuk melindungi penguna-penguna mereka.

Tahniah Samsung kerana sanggup membelanjakan lagi kos demi keselamatan semua.

Bagi negara kita, Samsung Malaysia Electronis telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka yang seperti berikut:

Samsung is committed to producing the highest quality products and we take every incident report from our valued customers very seriously. In response to recently reported cases of the new Galaxy Note7, we conducted a thorough investigation and found a battery cell issue.
To date (as of September 1) there have been 35 cases that have been reported globally and we are currently conducting a thorough inspection with our suppliers to identify possible affected batteries in the market. However, because our customers’ safety is an absolute priority at Samsung, we have stopped sales of the Galaxy Note7.
For customers who already have Galaxy Note7 devices, we will voluntarily replace their current device with a new one over the coming weeks. Customers may contact Samsung Malaysia Careline at 1-800-88-7799 for further enquiries of their current Galaxy Note 7 device before replacement takes place.
We acknowledge the inconvenience this may cause in the market but this is to ensure that Samsungcontinues to deliver the highest quality products to our customers. We will work to ensure the replacement experience is as convenient and efficient as possible.”
Jika anda telahpun membeli satu Note 7, pastikan anda menelefon perkhidmatan pelanggan mereka pada 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut dan langkah-langkah yang anda patut ambil. 

Buat sementara waktu, berhati-hati apabila mengunakan telefon pintar anda. Elakkan daripada mengecas terlalu penuh dan jauhkannya daripada apa-apa sumber kepanasan.

Khamis, 1 September 2016

KhabarAnginTech: Mi Note 2/Pro mensasar takhta juara phablet?

Bagi tahun ini Xioami sudah ketinggalan dari segi jumlah jualan berbanding dengan pesaing negaranya, Oppo, Vivo dan Huawei. Untuk mengatasi masalah ini, mereka telahpun mengalihkan focus mereka kepada membina dan menjual telefon pintar dengan kualiti binaan yang lebih premium memandangkan pembeli semua tidak begitu memilih untuk membeli telefon berharga sedikit jika ia berbaloi.


Harapan mereka sekarang ada pada telefon phablet seterus mereka, Mi Note 2 dan Mi Note 2 Pro, penganti Mi Note dan Mi Note Pro mereka tahun lalu. 

TARIKH PELANCARAN

Xiaomi sebenarnya merancang untuk mengeluarkan telefon pintar ini pada awal tahun 2016 namun seperti yang kita semua tahu ia tidak terjadi. Terdapat banyak khabar-khabar angin yang menunjukkan pelancarannya tidak lama lagi. 


REKABENTUK

  

Kebarangkalian besar kita akan melihat pameran lengkung kali ini namun mungkin hanya pada variasi Mi Note 2 yang termahal iaitu Mi Note 2 Pro.

Sumber: Android Headlines Android Headlines,



SKRIN

Terdapat dua saiz skrin yang dikhabarkan, 5.5-inci atau 5.7-inci QHD.

CPU

Daripada mengunakan Snapdragon 820, ia akan digantikan dengan versi yang telah dinaik tarafkan dengan Snapdragon 821 (4-teras, 64 bit). Ia juga akan disampingkan dengan 6GB RAM.  


KAMERA

Menyertai geng-geng dwi-kamera, khabar angin menyatakan bahwa akan terdapat dua 12MP kamera dibelakangnya. 

BATERI
Dengan adanya dimensi badan yang besar akan membolehkan mereka untuk meletakkan bateri berkapasiti tinggi, Mi Note 2 dijangka akan mendapat 4,000mAh bateri.


Untuk mengecasnya, Xiaomi akan mengunakan lubang pengecasan baharu USB Type-C. 

AUDIO


CIRI-CIRI LAIN: 


  1.       ..    Harga setakat ini dijangka dijual pada 3,499 Yuan ($526)
  2. Simpanan memori dalaman pula akan bermula pada 128GB    

SUMBER LAIN:

Rabu, 31 Ogos 2016

SAMSUNG GALAXY NOTE 7 kembali untuk takhta telefon pintar terbaik!



Saya tidak salah mengira. "The next big thing" dari Samsung dinamakan Galaxy Note 7. Anda mungkin tertanya kenapa Samsung memilih untuk tidak mengunakan Note 6? Ini kerana mereka ingin selaras nombor siri S dan siri Note mereka.

Beralih semula ke topik asal, Samsung Galaxy Note 7! Dilancar sempena Samsung Unpacked Event Ogos ini. Terdapat beberapa teknologi-teknologi baharu yang menarik! (Spoiler: Pengesan Iris XD)

Menyambung binaan premium Samsung, Galaxy Note 7 mengunakan gelas dan aluminum. Percayalah, ia sangat cantik. Selain itu, ia juga mengambil inspirasi daripada S7 Edge dengan skrinnya yang melengkung. 

Lengkungannya kurang sedikit jika dibandingkan dengan S7 Edge namun tetap memberi kesan yang sama. Menonton video akan menjadi satu pengalaman yang lebih menarik dan menghayatkan. Ia mengunakan pameran besar 5.7-inci Super AMOLED QHD (2560x1040) dengan ppi sebanyak 518 (sementara iPhone 6S Plus hanya mempunyai pameran720p)



Ia juga lagi kuat dengan pengunaan teknologi Corning Gorilla Glass 5 (antara telefon pintar yang pertama dengannya). Penambahbaikan daripada Gorilla Glass 4 adalah ia mampu menahan daripada retakan  80% daripada setiap kali, jatuhan dari 1.6 meter pula tidak dijangka akan meretakkannya. Bagus juga kerana saya kerap mendengar rintihan bahwa skrin lengkung agak mahal untuk diganti (S7 Edge - RM1100-1400)

Dari segi spesifikasi, prosessor didalamnya adalah samada Qualcomm Snapdragon 820 ataupun Exynos 8890 bergantung kepada daerah anda. Malaysia dijangka akan mendapat variasi Exynos 8890 seperti S7/Edge sini, yang mempunyai lebih banyak teras namun sedikit kurang prestasi berbanding Snapdragon 820 dari segi pengunaan dunia sebenar. RAM sebanyak 4GB yang disertakan akan membuat multitasking tidakpun heavy gaming perkara yang mudah.


Seperti siri Note yang lain, terdapat bateri besar bersaiz 3,500mAh (anda juga mendapat Pengecasan Pantas Tanpa Wayar dengan Note 7) yang kini tidak boleh ditanggalkan dan untuk sebab yang bagus. Anda mungkin telah menjangka ini
Ia kini mengunakan Type-C port dan sisamping itu Samsung juga memberikan
 adapter microUSB ke Type C
Note 7 kini mampu menahan air dan debu dengan pengiktirafan IP68. Dari kata lain, ia mampu berada didalam air sedalam 1.5m selama 30 minit). Ia bukan hanya pada telefonnya sahaja, S-Pen juga kini kalis air dengan pelindungan dari dalaman. Senang cerita anda boleh mengambil nota kita didalam air jika diperlukan, tapi setakat ini saya tidak boleh membayangkan bila saya akan mengunakan ciri ini. Namun, tambahan ciri-ciri sentiasa bagus :D 

S-Pen yang menjadikan siri Note unik dan terkenal kini lebih halus, hujungnya dikecilkan ke 0.7mm untuk membolehkan ia memberi inout yang lebih tepat. Screen-off memo pula membolehkan anda untuk meletakkan apa-apa nota sebagai mesej Always-On-Display anda. S-Pen juga kini mampu menjadi perterjemah perkataan anda, dengan hanya memilih perkataan itu anda akan diberi pilihan untuk menterjemahkan ia. Oh tidak lupa juga bahwa Note 7 kini mempunyai Smart Feature baru yang membolehkan anda mereka GIFs tersendiri!




Satu lagi perkara yang anda dapat jumpa yang anda tidak akan jumpa pada telefon pintar yang lain merupakan Pengesan Iris. Menambahkan lagi satu lapisan sekuriti pada telefon pintar anda, anda juga kini dapat membuka telefon anda dengan sekelip mata (he he he). Ia mengunakan kamera Iris dan IR iris untuk membolehkan teknologi ini. Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran dengan lebih selamat melalui Samsung Pay dan membuka Secret Folder anda. Secret Folder merupakan satu applikasi baharu daripada Samsung yang akan menjaga dokumen-dokument, gambar dan video rahsia anda. Anda juga boleh menyorokkan ia daripada dilihat oleh sesiapa. 

Dari segi kamera, anda mendapat kamera belakang 12MP yang sama seperti kamera S7/Edge. Ini bermakna anda mendapat kamera terbaik pada telefon pintar. Kamera hadapan pula merupakan kamera 5MP. 
Anda juga akan mendapat Wifi AC, Bluetooth 4.2 dan LTE. Note 7 akan bermula dengan simpanan memori 64GB dengan pilihan untuk menambahkan lagi melalui kad microSD sebesar 256GB. Untuk membolehkan ini, mereka telah menyertakan satu slot dwi-sim hybrid.

Warna yang ada: Black Onyx, Silver Titanium, Gold Platinum, dan yang baru Blue Coral. 

Tidak sabar untuk mendapatkannya? Beberapa syarikat telco telahpun mengeluarkan pelan-pelan mereka, jadi anda bolehlah mengimbas dan membandingkan diantara mereka. Harga RRP adalah RM3,199.
Dengan semua ciri-ciri dan teknologi yang menunjukkan kekuatan Android, saya berani katakan bahwa inilah telefon pintar yang terbaik sekarang.


Galleri Samsung's Unpacked event: