Serius. Memang antara jenama berbaloi yang saya minati adalah Xiaomi. Ia mengagumkann bagaimana mereka mampu menghasilkan telefon berspesifikasi tinggi dengan harga yang murah. Menyambung trend, Xiaomi kini menjual (pada 11/11/2015) telefon terbaharu mereka REDMI NOTE 2.
Untuk saja-saja, saya akan memberitahu dahulu harganya sebelum menceritakan tentang spesifikasi. DI laman web Xiaomi, Redmi Note 2 dijual pada harga RM649.
Kebiasaaanya bagi harga ini, anda akan mendapat skrin HD sahaja, tapi Redmi Note 2 mempunyai skrin bersaiz 5.5-inci Full HD (1920 x 1080) IPS LCD dengan 400 ppi. Kalau ikutkan ppi ia sudah lama mengalahkan iPhone. Dimensi keseluruhannya adalah 152 x 76 x 8.25 mm dan hanya seringan 160g.
Kompromi biasanya dilakukan pada SoC/prosessor dimana mereka akan mengunakan prosessor sederhana. Namun pada Redmi Note anda akan mendapati prosessor terbaik daripada MediaTek iaitu Helio X10 dengan 8 teras (A53 pada kelajuan 2.0Ghz). Prestasinya boleh dikatakan hampir dengan Snapdragon 810 yang didapati pada HTC One M9, OnePlus Two, Nexus 6P dan Sony Xperia Z5.
Ada 2GB RAM untuk kegunaan anda dan 16GB memori simpanan yang boleh ditambah melalui MicroSD sehingga 32GB.
Kamera belakang merupakan 13MP f/2.2 sementara kamera hadapan merupakan 5MP f/2.0. Setakat ini kualiti gambar dikatakan meningkat berbanding sebelumnya. Video ditangkap mengunakan kamera belakang boleh sehingga resolusi 1080p pada 30 fps, sementara 720p pula pada 120fps.
Redmi Note 2 juga akan mempunyai akses LTE (dual 4G, ia mempunyai slot bagi dua nanosim), Wi-fi 802.11ac (terkini), dan Bluetooth 4.0.
Bagi penguna tegar telefon pintar, Redmi Note 2 mempunyai bateri bersaiz besar 3060 mAh yang boleh ditanggalkan. Selain itu ia juga mempunyai sokongan bagi pengecasan laju.
Redmi Note 2 juga akan dijual bersama Android 5.0 Lollipop bersama kulit MIUI 7. Belum lagi ada informasi jika ia akan menerima Android Marshmallow.
Setakat ini anda hanya ada dua pilihan warna iaitu White dan Dark Grey. Untuk warna lain anda perlu menunggu lebih lama.
Selepas kemunculan Snapdragon 810 yang
“panas”, kini tiba pula pengantinya yang lebih sejuk, cekap dan berkuasa. Baru
saja diperkenalkan semalam, Snapdragon 820 mempunyai beberapa perbezaan dan
peningkatan daripada Snapdragon 810.
Dari segi bentuk rekaan, Snapdragon 820
mempunyai 4-teras (dipanggil Kyro CPU) berbanding 8 di Snapdragon 810. Alasannya
mudah, mereka mendapati bahawa lebihan teras tidak menjaminkan lebih kuasa dan
kecekapan (seperti yang terbukti dengan isu kepanasan mereka hadapi, namun ada
juga pengeluar seperti Samsung yang berjaya menghasilkan prosessor 8-teras yang
tidak terlalu panas). Antara contoh yang boleh dipakai adalah Apple yang hanya
mempunyai 2-teras namun mampu menandingi prosesor lain selain daripada
memastikan kecekapan. Kini Qualcomm lebih fokus terhadap prestasi setiap teras
berbanding prestasi gabungan semua.
Snapdragon 820 dilengkapkan dengan X12 LTE
yang mampu memberi akses sambungan yang lebih laju sehinnga 600 Mbps bagi muat
turun dan 150 Mbps bagi muat naik. Dari segi Wifi, ia mempunyai sokongan bagi
piawaian terkini iaitu 802.11ad. Lebih baik dari itu, ia juga bakal mampu untuk
mengabungkan 802.11ad dan 802.11ac 2x2 serentak (MIMO) dengan apa yang mereka
panggilkan sebagai Advanced Wifi.
Bagi grafik ia mengunakan Adreno 530 GPU
yang dikatakan akan mengurangkan pengunaan tenaga sebanyak 40% berbanding
Adreno 430 disamping peningkatan prestasi. Ia juga direka bukan hanya untuk
mengendali skrin 4K tetapi juga meningkatkan prestasi keseluruhan dari segi
warna yang lebih realistik, kekurangan lag dan pencahayaan.
Snapdragon 820 juga mempunyai teknologi
Qualcomm Spectra camera Image Signal Processor (ISP) yang menyokong kamera
sehingga 25MP. Hadir sekali adalah
teknologi Snapdragon Low Light Vision (LLV) yang mengunakan ‘adaptive
brightness’ dan ‘noise reduction’ untuk menghasilkan gambar lebih baik sewaktu
kekurangan cahaya. Paling menarik sekali adalah Heterogenous Signal Processing
yang akan menganalisis bahagian demi bahagian gambar untuk menghasilkan sesuatu
seperti HDR tanpa mengabungkan dua gambar.
Snapdragon baharu ini juga mempunyai
teknologi pengecasan pantas baharu Qualcomm, Quick Charge 3.0 yang 4X lebih
pantas daripada pengecasan biasa dan 38% lebih cekap daripada Quick Charge 2.0.
Smart Protect yang akan mengesan ancaman sebelum mereka mampu bertindak.
Secara puratanya Qualcomm mengatakan bahawa
Snapdragon 820 akan memberikan penghayatan yang lebih dalam bagi pengalaman VR
dengan peranti anda.
For the English version of the article, please follow this link.
Sebagai post pertama dibawah muka surat #KhabarAnginTech telefon apa lagi yang akan menjadi perbualan ramai peminat-peminat teknologi pada awal tahun depan kalau bukan Galaxy S7. Adakah ia akan menyambung reka bentuk S6? Dari masa ke semasa hinggalah ke pelancaran rasminya saya akan memuat naik maklumat dan khabar angin terkini tentangnya, reka bentuk, spesifikasi dan sebagainya. Jadi pastikan anda kembali ke muka surat ini jika anda tidak sabar menanti telefon baharu daripada Samsung :)
Semakin kita menghampiri pengakhir tahun 2015, semakin banyak juga khabar angin dan gosip-gosip tentang telefon pintar seterusnya daripada Samsung. Pengeluar daripada Korea ini mengalami penurunan dari segi penjualan pada sepanjang tahun ini disebabkan tekanan dari segmen premium yang masih didominasi oleh Apple dan tekanan daripada bawah oleh pengeluar-pengeluar daripada China, Xiaomi dan Huawei. Namun pada tahun ini, Samsung telah melakukan beberapa perubahan terutama sekali dari segi bahan binaan telefon mereka (besi daripada plastik). Jadi mungkin tahun depan akan merupakan tahun dimana mereka lompat kembali kehadapan?
Tarikh pelancaran
Berdasarkan beberapa laporan, ramai mengatakan bahawa Samsung akan mengeluarkan S7 lebih awal daripada biasa (Mac) iaitu pada bulan Januari. Ini dikatakan sebagai strategi untuk mengurangkan kesan kehadiran 6S dan 6S Plus menghakis jualan telefon mereka.
Tarikh pengumumannya adalah pada 21 Februari 2016 (pada jam 2:00 pagi Malaysia)
Sumber: Twitter
Seperti kebiasaannya dari Samsung, S7 dijangka akan mula dijualkan dengan agak cepat. Informasi terkini menyatakan bahawa penjualan S7 di Europa akan bermula pada 11 Mac 2016
Salah satu slide Samsung yg dibocorkan. Sumber: Phonearena
Reka bentuk
Buat S7, dikhabarkan bahawa Samsung tidak
akan mengeluarkan edisi biasa iaitu tanpa “Edge”. Dan dikhabarkan juga yang S7
Edge Plus akan dikeluarkan sekali dengan S7 Edge. Satu langkah yang bijak kerana sekarang
Samsung tidak perlu memeningkan diri mereka sendiri untuk memilih yang man
mereka perlu hasilkan lebih, biasa atau “edge’. Khabar angin terkini mengatakan bahawa Samsung akan mengunakan taktik Apple dimana reka bentuk S7 akan mirip dengan S6 dan hanya akan ada beberapa modifikasi kecil. Tak salah kerana reka bentuk S6 pun sudah cukup menarik.
Dalam gambar pertama anda boleh lihat 3 warna berbeza bagi Samsung S7 Edge (Silver, Black, dan Gold)
Sementara dalam gambar kedua pula merupakan telefon S7 biasa tanpa lekuk (dan jikalau khabar angin betul bersaiz kecil).
Daripada Evan Blass dan TalkAndroid
Tambahan lagi, ya ada lagi nampak tak begitu banyak sekali gambar yang dibocorkan, seorang penguna Weibo menunjukkan gambar dimana terdapat satu S7 Edge yang sedang dihidupkan (walaupun sedikit kabur)
Ini boleh dilihat didalam gambar dibawah dimana terdapat dua slot kosong pada papan sim, satu bagi nano-sim sementara lagi satu adalah bagi microSD. Yahoo!
Yang sedih hanyalah laporan bahawa tiadanya port USB-C.
Daripada video ini, anda dapat melihat sisipan OS bersama dengan skin TouchWiz mereka yang nampaknya lebih ringan. Berbanding sebelum ini, tiada sangat applikasi yang tidak berguna diletakkan keadalam telefon.
Selain daripada itu, terdapat juga satu gambar yang sudah lama keluar. Kali ini ia merupakan gambar daripada PCMag (daripada Pisapapekes sebenarnya) yang menunjukkan depan belakang S7 emas,
Kamera
Disini ada 3 khabar angin yang popular
tentang kemungkinan arah tuju Samsung untuk S7.
-Samsung meningkatkan MP kamera
mereka daripada 16MP sekarang ke 20MP. Sensornya akan dibina sendiri oleh
Samsung mengunakan teknoogi ISOCELL mereka
-Samsung akan menurunkan MP
kamera daripada 16MP kepada 12MP (memandagkan kamera iPhone 6S/Plus mampu
menghasilkan gambar yang cantic mengunakan bilangan MP ini). Dengan pengurangan
MP ini, Samsung mampu memuatkan sensor-sensor individu yang lebih besar yang
boleh menangkap lebih banyak cahaya
-Samsung akan mengunakan sensor
kamera terbaharu Sony iaitu Exmor MX300 (dinobatkan kamera telefon pintar
terbaik oleh DxOMark) yang terdapat pada Xperia Z5. Tapi adakah Sony akan
menjual kamera mereka kepada Samsung.
Khabar angin terkini yang semakin lama semakin popular adalah kameranya akan dikurangkan kepada 12.2 MP, namun akan memberikan prestasi fotografi low light yang lebih hebat (dengan teknologi baharu BRITECELL mereka).
Bonjolan kamera yang terdapat pada galaxy S tahun lepas merupakan antara satu kelemahan telefon utama Samsung, namun bonjolan kamera telefon Galaxy S tahun ini dikatakan akan dikurangkan daripada 1.7mm kepada 0.8mm.
Source: @Onleaks, AndroidHeadlines
CPU
Samsung terpaksa mengunakan CPU ciptaan
mereka sendiri pada S6 kerana masalah kehangatan melampau pada Qualcomm
Snapdragon 810 awal tahun ini, tapi ia bukanlah perkara yang buruk dimana CPU
yang mereka guna, Exynos 7420, muncul sebagai CPU terpantas dan terbaik pada
waktu pelancarannya.
Jadi persoalannya adakah mereka akan terus
mengunakan CPU buatan mereka sendiri (Exynos 8890) ataupun menyambung semula
dengan CPU Qualcomm (820, lebih pantas dan lebih cekap).
Khabar angin terkini adalah Samsung akan
mengunakan Exynos 8890 pada setengah daripada S7 dan setengah lagi akan
mengunakan Snapdragon 820. Perbezaaanya diantara keduanya adalah Exynos 8890
mempunyai 8 teras sementara Snapdragon 820 mempunyai 4. Namun itu bukanlah
pengukur yang adil memandangkan iPhone hanya mempunyai 2 teras tetapi masih
mampu menandingi telefon pintar lain. Persamaannya adalah dari segi saiz binaan
iaitu 14nm. Qualcomm juga telah dikatakan berjaya untuk menyelesaikan masalah
kehangatan pada prosessor mereka.
Apa-apapun kedua-dua prosessor ini bagus
dan akan menawarkan prestasi lebih bagus daripada prosessor tahun ini.
Disamping itu ia juga akan dikuatkuasakan dengan 4GB RAM. Dikatakan bahagian Asia akan menerima variasi S7 dengan Exynos 8890 sementara Amerika dan unit GSM akan mendapat versi Snapdragon. Sumber: Sammobile BATERI
Bateri akan juga ditingatkan daripada 2550 mAh kepada 3000 mAh bagi versi skrin biasa dan daripada 2600 mAh kepada 3600 bagi versi Edge.
Satu lagi khabar angin yang gembira daripada Mobile Review (Eldzar Murtazin) menyatakan bahawa telefon S7 mampu bertahan selama memaikan video selama 17 jam pada kecerahan maksimum.
Selain itu dia pun telah mengkongsikan beberapa screenshots prestasi bateri S7 yang dia katakan mampu bertahan selama 2 hari dengan satu cas penuh pada kecerahan skrin 75%, LTE dihidupkan sepanjang masa dan dua sim berjalan serentak.
SISTEM OPERASI
Disini kemungkinannya Android Marshmallow 6.0
CIRI-CIRI LAIN
Dikatakan juga Samsung akan mengembirakan peminat-peminat tegarnya dengan menyertakan semula slot microSDsehingga 200GB dengan S7 baharu.
Paling menarik, dan bagi saya sendiri paling seronok ialah Samsung akan mengembalikan ciri water resistantbertaraf IP68. Ini bermakna ia boleh bertahan didalam air selama 30 minit sehingga dalaman semeter. Jadi anda bolehlah membawa S7 untuk bermandi manda ^_^
Pengecasan pantas masih jika ada dan dikatakan lebih pantas dimana S7 akan mengambil masa selama 2 jam untuk dicas penuh sementara S7 Edge akan mengambil 2.2 jam.
TERKINI: terdapat gambar yang telah dibocorkan menunjukkan nombor model-model S7 bagi pasaran-pasaran tertentu dan didapati bahawa bagi Amerika Syarikat dan telco-telco GSM akan mendapat model Snapdragon sementara pasaran-pasaran lain terutama sekali pasaran Asia akan menerima model Exynos.
Hai semua, sebenarnya artikel ini dah lama saya baca tapi baru sekarang teringat balik untuk dikongsikan bersama denga semua pembaca-pembaca blog ini (untuk membaca artikel asalnya, sila ke laman web ini).
Seperti dikatakan oleh penulisnya, bayangkan jika komputer riba anda dicuri. Bayangkan mereka dapat mengakses semua dokumen-dokumen anda, fail-fail, dan kes paling teruk sekali gambar-gambar peribadi anda.Secara asasnya artikel ini membincangkan beberapa perkara yang boleh dijadikan pengajaran bagi pemilik-pemilik komputer riba supaya apabila perkara ini berlaku, kesannya tidaklah sebegitu teruk. Perkara paling senang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan kata kunci pada komputer anda, tetapi terdapat juga beberapa lagi langkah mudah yang anda boleh cuba. Antaranya:
Sembunyikan fail peribadi
Anda mungkin terkejut yang ada juga pencuri yang tidak tahu bagaiman untuk unhide satu fail. Dan langkah ini sangatlah digalakkan bagi fail-fail yang anda memang tidak boleh berikan kepada orang yang tidak dikenali.
Terdapat satu perisi percuma di internet yang akan encrypt kan sebahagian ataupun kesemua hard disk anda. Dengan ini akan menyusahkan lagi pencuri daripada mengodam komputer riba untuk mendapatkan data anda.
Guna encrypted hard disk
Berbeza dengan diatas, encrypted hard disk sudah secara sendirinya disulitkan. Digelar Self Encryting Drives @ Full Encrypted Disks (FED - Seagate). Masalah utama bagi kebanyakan hard disk adalah walaupun kebanyakan mereka mempunyai kata kunci, namun apabila dicucukkan kepada komputer lain akan membolehkan pengodam untuk melihat semua fail-fail. Jika FED pula, pengodam hanya dapat melihat 256 AES data yang disulitkan yang mereka tidak boleh baca. FED ada dibahagian hard disk yang tidak dinyatakan dan kata kuncinya biasanya terletak di BIOS komputer asal. Komputer riba yang mempunyai hard disk jenis ini adalah sebagai contoh Lenovo ThinkPad.
Dengan pelancaran rasmi Sony Malaysia khamis lepas, tiga telefon bimbit yang akan dibawa masuk adalah: Xperia Z5 Compact, Z5 Dual dan Z5 Dual Premium. Untuk lebih maklumat tentang setiap model, sila ke pautan pada setiap nama telefon itu sendiri.
Apa yang bezanya daripada telefon Sony yang diumumkan pada IFA 2015 September lepas hanyalah kita mendapat Z5 dan Z5 Premium berkebolehan memuatkan dua sim pada satu masa.
Sedikit rumusan tentang telefon-telefon. Mereka dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 810 versi baharu yang dikatakan telah membaiki isu kepanasan CPU itu pada awal tahun, kamera 23MP Sony Exmor yang buat pertama kalinya ditukar semenjak Z1, pengesan cap jari didalam butang kuasa, dan perlindungan air dan debu IP6/8.
Anda juga boleh mendapatkan skrin 4K pertama diatas telefon pintar pada Xperia Z5 Premium.
Xperia Z5 Compact dan Xperia Z5 Dual boleh didapatkan pada November 2015 dengan harga RM2299 dan RM2699. Bagi peminat Z5 Dual Premium anda boleh menunggu sebulan lagi kerana ia hanya akan memasuki pasaran kita pada akhir tahun ini. Dikatakan bahawa Sony akan memberi barang-barangan limited edition Spectre bernilai RM427 dengan setiap pembelian Xperia Z5 pada awal-awal jualan ini.
Secara rasminya Blackberry telah membuka tempahan awal bagi telefon pintar Android pertama mereka di laman sesawangnya. Setakat ini tempahan ini terbuka bagi penduduk Amerika Syarikat dan Kanada.
Dengan munculnya ini, terjawab juga persoalan tentang spesifikasinya dan juga harganya yang boleh dikatakan tinggi. Seperti dijangkakan BB Priv akan dikeluarkan dengan skrin 5.4-inci berlekuk (seperti S6 Edge), bateri besar 3410 mAh (dikatakan boleh bertahan selama 22.5 jam), kamera 18MP yang diiktiraf Schneider-Kreuznach®, LTE, DTEK iaitu perinci tambahan Blackberry untuk menjadikan Android lebih selamat, simpanan memori sebanyak 32GB bersama dengan slot bagi microSD sehingga 2TB. Sememangnya ciri-ciri sebuah telefon pintar canggih. Tidak mengejutkan juga yang harganya adalah $699 (lebih kurang RM2991), setanding juga dengan iPhone dan Samsung. Tidak pula boleh dikatakan samada ini akan menolong atau menyusahkan Blackberry yang kini terdesak untuk mencari keuntungan (CEO mereka telah menyatakan bahawa jika mereka tidak mendapat keuntungan sebaik suku pertama tahun hadapan mereka akan terpaksa memberhenti daripada membuat telefon pintar). Mungkin dengan PRIV mereka lebih mengharap kepada pasaran eksekutif-eksekutif, namun apa-apapun dengan spesifikasi yang ada pun bagi saya sudah mencukupi untuk menjelaskan harga yang tinggi (bergantung juga kepada prestasi dunia sebenarnya nanti sekali).
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Blackberry Priv sila ke sini.
Kita sudah pun mempunyai tarikh bagi Xperia
Z5. Sony memilih untuk melancarkan Xperia terbaharu mereka, Z5 di Malaysia pada
29 Oktober. Walaupun Xperia Z5 diperkenalkan lebih awal kepada dunia, tahun ini
iPhone telah sampai sebelum sampainya Z5. Berbalik kepada cerita asal. Xperia
Z5 merupakan sambungan kepada siri Z telefon pintar utama Sony. Dengan kamera
baharu 23 MP yang menduduki tempat pertama DxOMark sebagai kamera terbaik
telefon pintar, bateri tahan lama (2 hari- STAMINA Mode) dan macam-macam lagi,
banyak sebab untuk kita teruja dengan Xperia Z5 ini.
Selain daripada tarikh pelancarannya di
Malaysia, Sony juga memberi jemputan kepada segelintir peminat-peminatnya untuk
datang menyaksikan acara itu bersama. Cara untuk mendapatkan jemputan ini adalah dengan mendaftarkan
minat anda di pautan ini. Sony menyatakan akan memberi hadiah saguhati bagi
sapa yang datang dan juga akan memberi hadiah utama kepada yang bertuah (Saya
tekalah Sony akan memberi telefon baharu mereka). Jika anda menghadiri acara
ini anda tidak diwajibkan membeli Xperia Z5.
Tarikh penutupan pendaftaran minat adalah
19 Oktober, Isnin ini.
Setiap tahun antara telefon pintar yang
dinantikan oleh peminat tegar Android adalah peranti-peranti Nexus. Bagi yang tidak
mengenali, Nexus merupakan telefon keluaran Google sendiri dan biasanya Google
akan memilih pengeluar berbeza setiap tahun. Apa yang menarik adalah peranti
Nexus biasanya akan dilengkapkan dengan spesifikasi tinggi namun pada harga
yang bersesuaian dan boleh dikatakan murah.
Nexus 5X dan pilihan warna yang ada
Pada tahun ini Google mengeluarkan dua
peranti berbanding satu pada tahun-tahun sebelum ini. Satu adalah Nexus 5X dan
satu lagi adalah Nexus 6P. Google menyatakan bahawa X melambangkan ‘Nexus’
sementara P melambangkan ‘Premium’. Kali ini, LG yang membina Nexus 5X
sementara Huawei (buat pertama kalinya bagi pengeluar Cina) membina Nexus 6P.
5X seperti yang anda jangka merupakan
telefon pintar Nexus 2015 versi kecil. Selain daripada saiz skrin yang nyata
lebih kecil berbanding 6P, terdapat juga perbezaan dari segi komponen-komponen
dalaman dimana 6P lebih baik berbanding 5X,
LG Nexus 5X mempunyai skrin berdimensi 5.2-inci
Full HD (1920x1080p) dengan 424ppi serta dikuatkan dengan Corning Gorilla Glass
3. CPU nya merupakan Qualcomm Snapdragon 808 6-teras bersama dengan 2GB RAM.
Bagi pilihan simpanan memori anda boleh memilih diantara 16 atau 32GB. Kamera
belakang merupakan lensa 12.3MP sementara kamera hadapan mempunyai 5MP. Bateri
pula bersaiz 2700mAh Li-Po dan tidak boleh ditanggalkan. Wi-fi ac terkini juga
disertakan sekali. Yang lain daripada yang lain ialah lubang pengecasannya yang
kini mengunakan USB Type-C! Sama seperti OnePlus 2 dan Xiaomi Mi 4C. Warna yang
terdapat adalah Carbon, Quartz dan Ice. (Nano sim)
Huawei 6P mempunyai rekabentuk yang bagi
saya sedikit pelik namun lama-lama mungkin saya akan biasa dengannya. Terdapat
satu barisan hitam besar dibelakang telefon dimana terletaknya juga kameranya.
Ditengah bawahnya terdapat sensor cap jari. Skrinnya bersaiz 5.7-inci AMOLED
(2560x1440p) QHD dengan 518ppi dan dikuatkan lagi dengan Corning Gorilla Glass
4. CPU dalamnya merupakan Qualcomm Snapdragon 810 8-teras dengan 3GB RAM.
Memori simpanan boleh dipilah samada 32, 64 atau 128GB. Kamera belakang serupa
dengan 5X, iaitu kamera 12.3MP dengan kamera hadapan 8MP. Baru ini kamera di Nexus 6P telah mendapat tempat ketiga kamera terbaik diantara telefon-telefon pintar oleh DxOMark, sila ke pautan ini untuk lebih maklumat.Bateri di 6P besar
pada 3450mAh Li-Po yang tidak boleh ditanggalkan juga. Wi-fi ac terkini juga
disertakan sekali. Dan serupa dengan 5X, lubang pengecasan di 6P mengunakan USB
Type-C. Warna yang terdapat adalah Alumium, Graphite dan Frost. (Nano sim)
Kedua-duanya akan dijual bersama Android
6.0 Marshmallow, sistem operasi terbaharu Android. Gerenti akan membuat telefon anda lebih pantas.
Tidak dijangka, LG baru saja mengumumkan telefon pintar baharu mereka LG V10. Secara ringkasnya ia seperti LG G4 tetapi dengan luaran dan binaan yang lebih premium. Apa yang uniknya tentang telefon ini adalah ia mempunyai dua skrin, satu kecil diatas dan satu besar dibawah.
Binaan LG V10 adalah daripada besi tahan karat dan kulit silikon. LG V10 mempunyai skrin besar 5.7-inci QHD 2560x1440 dengan 513 ppi dilengkapi dengan teknologi IPS Quantum Display mereka, bersama dengan skrin Quantum 'ticker' kedua bersaiz 160x1040. Skrin kedua ini boleh dibiarkan menyala setiap masa untuk mempamerkan informasi seperti cuaca, masa dan tarikh.
Dalamanya yang mirip LG G4 dilengkapkan dengan Qualcomm Snapdragon 808 64bit 6-teras, 4GB RAM jenis LPDDR4, memori simpanan sebanyak 64GB yang boleh ditambah melalui microSD sehingga 2TB. Kamera belakang mempunyai lensa 16MP f/1.8 OIS 2.0 sementara kamera hadapan adalah 5MP dwi-lensa, satu 80 degree dan satu 120 degree. Selain daripada itu bateri di LG V10 bersaiz besar 3000 mAh dan boleh juga dikeluarkan. Dari segi sambungan ia mempunyai LTE-A kategori 6 (kelajuan sehingga 300Mbps), Wi-fi ac, semua beroperasi dengan Android 5.1.1 Lollipop.
Gambar daripada AH
Terdapat juga teknologi Quick Charge 2.0 yang semakin didapati dikebanyakan telefon pintar ( daripada 0 ke 50% dalam masa 40 minit). LG V10 boleh didapati dalam warna Space Black, Luxe White, Modern Beige, Ocean Blue, dan Opal Blue.