Rabu, 28 Oktober 2015
Video baharu BB PRIV bersama dengan harganya
Secara rasminya Blackberry telah membuka tempahan awal bagi telefon pintar Android pertama mereka di laman sesawangnya. Setakat ini tempahan ini terbuka bagi penduduk Amerika Syarikat dan Kanada.
Dengan munculnya ini, terjawab juga persoalan tentang spesifikasinya dan juga harganya yang boleh dikatakan tinggi. Seperti dijangkakan BB Priv akan dikeluarkan dengan skrin 5.4-inci berlekuk (seperti S6 Edge), bateri besar 3410 mAh (dikatakan boleh bertahan selama 22.5 jam), kamera 18MP yang diiktiraf Schneider-Kreuznach®, LTE, DTEK iaitu perinci tambahan Blackberry untuk menjadikan Android lebih selamat, simpanan memori sebanyak 32GB bersama dengan slot bagi microSD sehingga 2TB. Sememangnya ciri-ciri sebuah telefon pintar canggih. Tidak mengejutkan juga yang harganya adalah $699 (lebih kurang RM2991), setanding juga dengan iPhone dan Samsung. Tidak pula boleh dikatakan samada ini akan menolong atau menyusahkan Blackberry yang kini terdesak untuk mencari keuntungan (CEO mereka telah menyatakan bahawa jika mereka tidak mendapat keuntungan sebaik suku pertama tahun hadapan mereka akan terpaksa memberhenti daripada membuat telefon pintar). Mungkin dengan PRIV mereka lebih mengharap kepada pasaran eksekutif-eksekutif, namun apa-apapun dengan spesifikasi yang ada pun bagi saya sudah mencukupi untuk menjelaskan harga yang tinggi (bergantung juga kepada prestasi dunia sebenarnya nanti sekali).
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Blackberry Priv sila ke sini.
Sumber: Blackberry, BGR
Ahad, 18 Oktober 2015
Hadiri pelancaran Xperia Z5
Kita sudah pun mempunyai tarikh bagi Xperia
Z5. Sony memilih untuk melancarkan Xperia terbaharu mereka, Z5 di Malaysia pada
29 Oktober. Walaupun Xperia Z5 diperkenalkan lebih awal kepada dunia, tahun ini
iPhone telah sampai sebelum sampainya Z5. Berbalik kepada cerita asal. Xperia
Z5 merupakan sambungan kepada siri Z telefon pintar utama Sony. Dengan kamera
baharu 23 MP yang menduduki tempat pertama DxOMark sebagai kamera terbaik
telefon pintar, bateri tahan lama (2 hari- STAMINA Mode) dan macam-macam lagi,
banyak sebab untuk kita teruja dengan Xperia Z5 ini.
Selain daripada tarikh pelancarannya di
Malaysia, Sony juga memberi jemputan kepada segelintir peminat-peminatnya untuk
datang menyaksikan acara itu bersama. Cara untuk mendapatkan jemputan ini adalah dengan mendaftarkan
minat anda di pautan ini. Sony menyatakan akan memberi hadiah saguhati bagi
sapa yang datang dan juga akan memberi hadiah utama kepada yang bertuah (Saya
tekalah Sony akan memberi telefon baharu mereka). Jika anda menghadiri acara
ini anda tidak diwajibkan membeli Xperia Z5.
Tarikh penutupan pendaftaran minat adalah
19 Oktober, Isnin ini.
Sumber: lowyat.net, Sony
Ahad, 11 Oktober 2015
Peranti Nexus Baharu : Nexus 6P dan Nexus 5X
Setiap tahun antara telefon pintar yang
dinantikan oleh peminat tegar Android adalah peranti-peranti Nexus. Bagi yang tidak
mengenali, Nexus merupakan telefon keluaran Google sendiri dan biasanya Google
akan memilih pengeluar berbeza setiap tahun. Apa yang menarik adalah peranti
Nexus biasanya akan dilengkapkan dengan spesifikasi tinggi namun pada harga
yang bersesuaian dan boleh dikatakan murah.
| Nexus 5X dan pilihan warna yang ada |
Pada tahun ini Google mengeluarkan dua
peranti berbanding satu pada tahun-tahun sebelum ini. Satu adalah Nexus 5X dan
satu lagi adalah Nexus 6P. Google menyatakan bahawa X melambangkan ‘Nexus’
sementara P melambangkan ‘Premium’. Kali ini, LG yang membina Nexus 5X
sementara Huawei (buat pertama kalinya bagi pengeluar Cina) membina Nexus 6P.
LG Nexus 5X mempunyai skrin berdimensi 5.2-inci
Full HD (1920x1080p) dengan 424ppi serta dikuatkan dengan Corning Gorilla Glass
3. CPU nya merupakan Qualcomm Snapdragon 808 6-teras bersama dengan 2GB RAM.
Bagi pilihan simpanan memori anda boleh memilih diantara 16 atau 32GB. Kamera
belakang merupakan lensa 12.3MP sementara kamera hadapan mempunyai 5MP. Bateri
pula bersaiz 2700mAh Li-Po dan tidak boleh ditanggalkan. Wi-fi ac terkini juga
disertakan sekali. Yang lain daripada yang lain ialah lubang pengecasannya yang
kini mengunakan USB Type-C! Sama seperti OnePlus 2 dan Xiaomi Mi 4C. Warna yang
terdapat adalah Carbon, Quartz dan Ice. (Nano sim)
Kedua-duanya akan dijual bersama Android
6.0 Marshmallow, sistem operasi terbaharu Android. Gerenti akan membuat telefon anda lebih pantas.
Sabtu, 3 Oktober 2015
LG V10, telefon premium LG.
Tidak dijangka, LG baru saja mengumumkan telefon pintar baharu mereka LG V10. Secara ringkasnya ia seperti LG G4 tetapi dengan luaran dan binaan yang lebih premium. Apa yang uniknya tentang telefon ini adalah ia mempunyai dua skrin, satu kecil diatas dan satu besar dibawah.
![]() |
| Gambar daripada AH |
Sumber: AndroidHeadlines, LG
Label:
dwi skrin,
LG MALAYSIA,
LG V10,
QHD,
Snapdragon 808,
V10
Blackberry beralih ke android; Blackberry PRIV
Setelah beberapa khabar angin yang
mengatakan bahawa Blackberry akan beralih kepada sistem Android dengan
kemunculan beberapa gambar yang menunjukkan sebuah peranti Blackberry dengan
Android didalamnya (ramai juga yang
tidak percayakan ini), CEO Blackberry
telah akhirnya mengakui tentangnya kewujudannya disamping menunjukkan
peranti itu.
Diberi panggilan Venice didalam
Blackberry, nama rasminya adalah Blackberry PRIV (Priv singkatan bagi privacy).
Kita sudah tahu bahawa peranti-peranti
Blackberry semua baik kecuali sistem operasinya, BB10 dan BB7, yang jika
dibandingkan dengan iOS atau Android banyak ketinggalan dari segi ciri-ciri,
kebolehan, dan paling penting sekali applikasi. Kelebihannya hanyalah dari segi
sekuriti yang mantap (Blackberry masih kekal hidup disebabkan sebahagian
penguna yang masih memerlukannya, cth President Obama, Pegawai Bisness, Pegawai
Keselamatan). Kebanyakan developer tidak
ingin merekakan applikasi mereka bagi Blackberry dengan bermacam-macam alasan.
Ungkapan daripada CEO Blackberry John Chen: "Privasi adalah satu hak yang semakin hilang pada era dunia sekarang.Begitu juga bagi produktiviti. Diantara itu, kebanyakan telefon pintar berubah daripada satu alat ke satu permainan, dengan penjual mementingkan keseronokan daripada kerja. Dengan peningkatan perisian PRIV, keyboard fizikal, and skrin besar, semua ini dibolehkan dengan 'slide form factor', kami membawakan privasi, produktiviti dan oh ya, seksi, kembali."
Apa yang menarik adalah Blackberry
menyatakan bahawa PRIV akan dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang canggih,
bukan seperti peranti-peranti mereka sebelum ini yang mengunakan spesifikasi
sederhana. Yay!!
Khabarnya PRIV akan dikuasakan oleh CPU
berprestasi tinggi Snapdragon 808, 3GB RAM, bateri skrin 3000mAh, 5.5-inci QHD 1440x2560 dengan 537ppi yang dikatakan dual-curved, kamera belakang 18MP disertakan sekali dengan Fokus pantas, OIS, rakaman video 4K, sementara kamera hadapan merupakan kamera 5MP HD.
Apa-apapun pendapat saya PRIV akan
menaikkan jualan peranti Blackberry. Ramai masih suka dan ingat Blackberry dulu
pada waktu kegemilangannya. Siapa tahu mungkin PRIV mampu mengembalikan
Blackberry semula sebagai pilihan telefon utama.
Sumber: Blackberry, androidpit, AndroidApps
Langgan:
Ulasan (Atom)





