Seperti yang kita tahu Microsoft telah menyatakan bahawa sistem peranti terkini mereka iaitu WINDOWS 10 akan dilancarkan kepada pihak umum pada 29/7/2015.
WINDOWS 10 ini merupakan upgrade percuma bagi mereka yang sebelum ini mengunakan Windows 7, 8, atau 8.1 selama setahun daripada tarikh semalam. Tidak pasti jika cracked version akan dapat upgrade percuma ini.
Antara faktor utama WINDOWS 10 merupakan upgrade percuma adalah keinginan Microsoft untuk menjadikan Windows sebagai satu servis dan bukan lagi produk yang dijual (Penguna Vista dan XP masih perlu membeli lesen baharu Windows 10) kerana selepas ini semua penambah baikan kepada peranti mereka adalah percuma. Ya percuma sepanjang pergunaan dan barangkali sampai bila-bila.
Microsoft kini akan memberi lebih fokus kepada perisian mereka (Microsoft Office) untuk menjana keuntungan. Jikalau anda perasan, Microsoft tidak lagi menjual Office secara sekali bayar untuk pengunaan sepanjang hayat tetapi telah berubah kepada sistem menjual office dengan mengenakan lesen dimana anda perlu membayar setiap tahun untuk menguna Office (ya, menyampah jugakn).
Namun itulah pengorbanan yang diperlukan untuk kita mendapat Windows percuma. Setakat ini Windows 10 dikatakan bagus dan akan memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada Windows 8 dimana sekarang Start Menu dikembalikan, dan grafik penguna lebih kembali kepada desktop tradisi dan bukan Charms Menu.
Setakat ini, hanya satu komputer riba saya yang sudah mendapat kebenaran untuk memuat turun Windows 10 dan saya masih menunggu untuk komputer riba yang saya kurang guna pula untuk mendapat kebenaran supaya saya dapat mencubanya Windows 10 terkini.
Kenapa saya beriya ingin memasang Windows 10 pada komputer riba yang saya kurang guna ada:
- Saya dapati yang ia merupakan 32-bit OS daripada 64-bit jadi 1GB RAM ekstra saya tidak digunakan :(
- Saya sanggup mengambil risiko pada komputer riba itu dulu
Saya akan kembali dengan pendapat dan ulasan sejurus setelah saya habis memasang Windows 10.
Setakat ini setahu saya anda ada dua pilihan untuk proses memasang Windows 10 pada komputer anda iaitu: upgrade atau clean install.
Bagi penguna biasa saya akan mensyorkan anda upgrade sahaja kerana ia lebih mudah dan sepatutnya tidak akan menganggu/membuang data anda didalam komputer (namun buatlah backup).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan