Ahad, 16 Ogos 2015

SAMSUNG UNPACKED MENAMPILKAN NOTE 5 DAN S6 EDGE +



Lebih kurang 4 hari yang lepas Samsung telah mengadakan "Unpacked Event" mereka yang kedua, kali ini menampilkan dua telefon pintar yang tidak merupakan kejutan kerana gambar-gambar yang telah dibocorkan: Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge + (serius, pada pendapat saya Samsung tidak perlukan lagi telefon pintar berskrin besar selainkan Note 5 mereka). Selain daripada itu, mereka juga telah menampilkan sedutan tentang usaha terbaharu mereka untuk menandingi Apple Watch.



Tidak mengejutkan, Note 5 kini mempunyai reka bentuk belakang lengkung dan seperti S6 dan S6 Edge yang muncul pada awal tahun ini, Note 5 diperbuat daripada logam dan gelas. Melihat dari belakang, ia agak susah untuk membezakan S6/Edge daripada Note 5 dari jauh disebabkan posisi sama kamera, flash dan sensor heart beat. Sempena acara itu, Samsung juga melancarkan satu keyboard cover bagi Note 5, satu usaha untuk mengembalikan semula era papan kekunci fizikal yang dipopularkan oleh syarikat yang semakin merudum Blackberry (kenapa Samsung??)


Sementara itu, telefon pintar yang kedua iaitu S6 Edge Plus hanyalah S6 Edge yang diperbesarkan dengan spesifikasi yang sama. Satu yang baharu adalah tambahan warna Silver Titanium. Bagi saya, saya tak faham kenapa peranti ini dikeluarkan. Bukan ke ia akan mengambil sebahagian daripada market Note 5? Kenapa Samsung tidak terus mengeluarkan Note 5 Edge disamping Note 5? Tidak pun hanya mengeluarkan Note 5 dengan skrin yang berlengkung?
Memang strategi shotgun mereka dalam membina telefon-telefon pintar berjaya, namun ia semestinya memakan kos yang tinggi untuk diteruskan. Bukankah tiba masanya Samsung lebih teliti dalam mengeluarkan telefon-telefon pintar. Mereka sudah lama didalam bidang ini, tidakkah mereka percaya dalam produk-produk mereka.


Sebagai penutup, Samsung telah membuat satu kejutan (sebab Note 5 dan S6 Edge + langsung tidak mengejutkan) dengan mengumumkan satu lagi smartwatch, Galaxy Gear S2. Secara jujur saya tidak mampu mengikuti jumlah jam tangan pintar Samsung. Mereka ada banyak sangat. Kali ini ia mempunyai reka bentuk bulat seperti kebanyakan jam tangan biasa dan mirip Moto 360 namun lebih nipis. Boleh tahan. Kita hanya lihat dan tunggu ulasana-ulasan sebelum memberikan kata akhir kepada produk baharu ini.
Hmmmm, ikons mcm pernah nampaklah 

Saya akan cuba untuk menulis review bagi kedua-dua peranti secepat mungkin, terima kasih kerana membaca!

Video daripada engadget yang menyimpulkan seluruh acara dalam 6 minit.

Sumber: engadget.com, Samsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan