*Semua ini hanyalah khabar angin yang dikumpulkan, mungkin Apple akan mengeluarkan telefon pintar seperti apa yang dikhabarkan, mungkin juga tidak.
TARIKH PELANCARAN
Dengan kehadiran iPhone 7, 7 Plus (dan mungkin 7 Pro?) yang dijangka pada 7 September ini, ayuh kita lihat beberapa berita dan khabar angin tentangnya.
Sumber: Apple,
REKA BENTUK
![]() |
| Image: BGR |
Kebiasaannya tahun ini merupakan tahun dimana Apple akan mengeluarkan reka bentuk baharu iPhone, namun kali ini khabar angin menunjukkan bahwa Apple akan meneruskan reka bentuk iPhone 6S/Plus cuma dengan beberapa perubahan kecil.
Antaranya merupakan garisan antena yang kini melekuk ke atas dan kebawah iPhone seperti didalam gambar.
Bonjolan kamera belakang masih ada hanya kali ini dikatakan saiz kamera iPhone 7 lebih besar daripada iPhone 6S sementara iPhone 7 Plus tidakpun Pro akan mendapat dwi-kamera (seperti Huawei P9).
Lubang earphone/headphone dikatakan telah dibuang pada iPhone tahun ini. Samada ini tindakan yang baik atau tidak bergantung kepada tafsiran anda. Artikel ini juga membincangkan isu ini (BGR).
Untuk mengurangkan impak kehilangan lubang audio ini, Apple dikhabarkan akan menyertakan sekali satu ‘adapter’ 3.5mm jack ke Lightning.
Sumber: BGR
Earpods kali ini juga semestinya berbeza. Hujungnya akan mengunakan Lightning head untuk ia digunakan dengan iPhone. Gambar-gambar lightning earpod sudahpun berkeliaran di Internet.
Sumber: BGR
"The biggest planned change in this year's phones is the removal of the headphone plug, which will make the phone thinner and improve its water resistance," according to the report. Going forward, you'll be able to use the phone's Lightning connector to not only juice up your phone, but also plug in headphones. All in all, the next iPhone should be 1mm thinner than current models, KGI Securities analyst Ming-Chi Kuo told the Journal.
Sumber: PCMag
Ruang kosong yang ditinggalkan oleh lubang earphone itu akan digantikan pula dengan speaker kedua.
Sumber: CNET
Saiz dan dimensinya dikatakan sama sahaja dengan generasi iPhone sebelumnya cuma akan sedikit nipis.
Tahun ini juga dikatakan akan menjadi tahun pertama Apple akan mengeluarkan tiga variasi iPhone sekali: iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 7 Pro. Tidakpun, iPhone 7 Plus akan dilancarkan sebagai iPhone 7 Pro, dimana ia akan bersaiz besar dan mempunyai teknologi-teknologi yang lebih terkini berbanding iPhone 7.
Dari segi warna pula, mungkin akan ada warna baharu iaitu “Deep Blue” disamping warna-warna biasa. Warna “Space Grey” pula mungkin ditukarkan ke versi hitam penuh. Perkara ini juga dikhabarkan oleh salah satu daripada telco China Unicom.
SKRIN
Saiz skrin dikhabarkan akan dikekalkan pada 4.7 dan 5.5 inci (Pro juga akan bersaiz 5.5 inci).
Sumber: BGR
CPU
Prosesor yang disasarkan pada tahun ini kebarangkalian besarnya adalah A10.
Jumlah RAM pula dikatakan berbeza mengikut variasi: iPhone 7 – 2GB, iPhone 7Plus/Pro – 3GB
KAMERA
Kita mungkin akan mendapat dua jenis kamera pada iPhone tahun ini. Satu, kamera 12MP yang lebih besar daripada sebelumnya pada iPhone 7 sementara yang kedua merupakan dwi-kamera 12MP yang dijangka akan ada pada iPhone 7 Plus/Pro.
Sumber: Tech Radar
Beberapa sumber lain pula menyatakan bahwa dwi-kamera ini telah dibatalkan memandangkan teknologi ini belum cukup matang untuk memberi apa-apa penambaikkan.
Sumber: BGR
BATERI
Setakat ini, ada yang menyatakan ia akan dibesarkan sedikit dengan ketiadaan lubang audio earphone, namun ada juga yang menyatakan bahwa ia akan dikecilkan kerana iPhone yang seterusnya akan menjadi lagi nipis daripada sebelumnya.
AUDIO
Ruang lubang audio kebarangkalinnya boleh ditukarkan menjadi speaker kedua.
CIRI-CIRI LAIN
- iPhone 7 Plus/Pro akan mendapat teknologi pengecasan tanpa wayar. Selain itu ia juga dikatakan akan mempunyai teknologi kalis air dengan taraf IP68.Sumber: TechRadar
- Saiz simpanan memori akan bermula dair 32GB, 128GB and 256GB.Sumber: Independent
SUMBER LAIN:
BGR, TechRadar, T3,






Tiada ulasan:
Catat Ulasan