*Semua ini merupakan koleksi-koleksi khabar angin yang ada dilaman web. Masih ada kebarangkalian ia tidak keluar seperti apa yang dinyatakan dibawah.
Nexus 6P dan 5X tahun lepas berjaya mengagumkan dunia teknologi. Dengan rekaan bentuk badan unik berserta kamera yang hebat (ketiga terbaik didunia apabila ia dilancarkan), ia berjaya menyerlah diantara kebanyakan telefon-telefon pintar mampu milik. Harganya sedikit mahal daripada Nexus sebelumnya namun masih murah untuk spesifikasi mereka. Nexus 6P yang lebih premium dan lebih berkuasa merupakan abang besar (skrin 5.5inci) yang semestinya lebih mahal sementara Nexus 5X memberi prestasi yang bagus untuk kategorinya.Disebabkan ini ramai yang tidak sabar untuk menunggu peranti-peranti Nexus yang seterusnya. Semestinya pada pendapat saya ia akan menyambungkan legasi baik Nexus.
TARIKH PELANCARAN
Setakat ini, hanya satu sahaja tarikh yang diketahui iaitu 4 Oktober. Disamping telefon pintar, ada juga yang menyatakan bahwa akan ada juga Chromecast 4K baharu besertakan DayDream VR yang juga akan dilancarkan.
Beberapa gambar juga telah tersebar di laman internet. Terdapat dua peranti, seperti tahun lepas namun kali ini nama Nexus akan dibuang dan digantikan dengan : Pixel dan Pixel XL. (Ini mungkin inspirasi daripada tablet-tablet mereka yang juga bernama Pixel.
Daripada nama rasanya anda dapat meneka yang mana mempunyai saiz yang lebih besar. Pixel akan bersaiz 5-inci Full HD sementara Pixel XL pula akan mendapat skrin 5.5-inci Full HD.
Berbanding tahun lepas dimana Nexus 6P dihasilkan oleh Huawei sementara LG pula yang menghasilkan 5X , tahun ini dikatakan HTC yang dipertanggungjawabkan untuk kedua-dua peranti Pixel.
Berbanding tahun lepas dimana Nexus 6P dihasilkan oleh Huawei sementara LG pula yang menghasilkan 5X , tahun ini dikatakan HTC yang dipertanggungjawabkan untuk kedua-dua peranti Pixel.
Rekabentuk Pixel pula dikatakan akan mempunyai dua tona dengan warna-warna yang dijangka adalah gray/black, white dan mungkin juga warna yang banyak dikecohkan tahun ini, electric blue.
Satu lagi sumber juga menyatakan bahawa telefon-telefon pintar Pixel akan mempunyai bahagian belakang yang buruk dengan setengah daripadanya diperbuat daripada aluminium sementara sebelah lagi dengan kaca. Namun kecantikan bergantung kepada setiap individu, bagi saya sendiri saya okay dan mampu menerima rekaan bentuk belakang seperti dibawah.
Sumber: BGR
Ada yang menyatakan pengesan cap jari akan diletakkan ditempat yang sama dengan tahun lepas. Bena lain yang menarik merupakan bonjolan kamera tidak akan lagi ada. Bahan yang diguna untuk membina Pixel merupakan aluminium, serupa HTC 10.
SKRIN
Seperti apa yang telah dinyatakan diatas, Pixel - 5-inci Full HD
Pixel XL - 5.5-inci Full HD
Sumber: BGR
Terdapat juga khabar angin lain yang menyatakan:
Pixel XL - 5.5-inci skrin QHD/2K Amoled
Pixel - 5-inci Full HD Amoled
CPU
Setakat ini apa yang pasti adalah ia akan mengunakan prosesor Snapdragon 4-teras (820/821/823) bagi kedua-dua telefon pintar Pixel.
RAM yang akan ada juga pasti mencukupi iaitu pada 4GB
RAM yang akan ada juga pasti mencukupi iaitu pada 4GB
KAMERA
Khabar angin menyatakan bahwa telefon-telefon pintar Pixel akan mengunakan lensa Sony IMX378, penganti kepada kamera yang digunakan pada Nexus tahun lepas iaitu IMX278 yang sudahpun antara yang terbaik pada telefon pintar. Tidak ragu lagi jika ini betul kamera Pixel akan menjadi antara kamera terbaik.
Kamera hadapan pula kebarangkaliannya Sony IMX179 8MP.
Sumber: Android Headlines
Kamera hadapan pula kebarangkaliannya Sony IMX179 8MP.
Sumber: Android Headlines
BATERI
Pixel XL dikatakan akan mendapat bateri bersaiz sederhana bagi telefon sebesar ini iaitu pada 3,450mAh.
Pixel pula akan mendapat bateri 2,770mAh, sedikit besar bagi telefon pintar bersaiz 5-inci.
Serupa dengan Nexus sebelum ini, USB Type-C dijangka akan diteruskan pada telefon-telefon Pixel.
Serupa dengan Nexus sebelum ini, USB Type-C dijangka akan diteruskan pada telefon-telefon Pixel.
AUDIO
CIRI-CIRI LAIN
- Memori simpanan dalaman dijangka adalah: 32GB dan 128GB (bagi Pixel XL sahaja)
- Mereka berdua dijangka akan dikeluarkan dengan Android 7.1 Nougat
Sumber lain: Techradar, Android Headlines



Tiada ulasan:
Catat Ulasan