Ahad, 4 September 2016

Note 7 terbakar, Samsung menghentikan jualan dan membuat pertukaran percuma

Ini serius, selepas beberapa laporan diterima dan disiasat (35 secara rasmi), Samsung telahpun menghentikan jualan dan meminta pemilik-pemilik Note 7 untuk menukar peranti mereka.

Rupa-rupanya penyebabnya merupakan sekumpulan bateri yang akan meletup apabila panas tidakpun ketika dicas.

Berikut merupakan antara kes yang popular di internet sekarang.




Walaupun isu ini hanya dikatakan menjejas sedikit bilangan Note 7, dalam 24 unit setiap sejuta, ia masih merupakan satu prospek yang merbahaya apabila anda tahu yang telefon pintar anda mungkin boleh meletup tidakpun terbakar apabila masa sahaja.

Terdapat beberapa kes (bukan dengan Note 7) dimana telefon pintar meletup dan boleh memulakan kebakaran rumah.

Untuk melegakan fikiran anda, Samsung membuat pengumuman bahwa mereka akan menukar setiap Note 7 yang telah dijualkan, samada ia terjejas dengan masalah ini atau tidak, secara percuma. Mereka katakan bahwa ini tindakan berjaga-jaga mereka untuk melindungi penguna-penguna mereka.

Tahniah Samsung kerana sanggup membelanjakan lagi kos demi keselamatan semua.

Bagi negara kita, Samsung Malaysia Electronis telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka yang seperti berikut:

Samsung is committed to producing the highest quality products and we take every incident report from our valued customers very seriously. In response to recently reported cases of the new Galaxy Note7, we conducted a thorough investigation and found a battery cell issue.
To date (as of September 1) there have been 35 cases that have been reported globally and we are currently conducting a thorough inspection with our suppliers to identify possible affected batteries in the market. However, because our customers’ safety is an absolute priority at Samsung, we have stopped sales of the Galaxy Note7.
For customers who already have Galaxy Note7 devices, we will voluntarily replace their current device with a new one over the coming weeks. Customers may contact Samsung Malaysia Careline at 1-800-88-7799 for further enquiries of their current Galaxy Note 7 device before replacement takes place.
We acknowledge the inconvenience this may cause in the market but this is to ensure that Samsungcontinues to deliver the highest quality products to our customers. We will work to ensure the replacement experience is as convenient and efficient as possible.”
Jika anda telahpun membeli satu Note 7, pastikan anda menelefon perkhidmatan pelanggan mereka pada 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut dan langkah-langkah yang anda patut ambil. 

Buat sementara waktu, berhati-hati apabila mengunakan telefon pintar anda. Elakkan daripada mengecas terlalu penuh dan jauhkannya daripada apa-apa sumber kepanasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan