Ahad, 26 Jun 2016

iPhone SE: iPhone paling biasa/bosan setakat ini?





Ini tidaklah mengejutkan, Ia telah lama dikhabarkan bahwa Apple akan mengeluarkan versi baharu iPhone yang bersaiz 4-inci pada tahun ini, namun maklumat lebih tentangnya masih tidak diketahui. Terdapat banyak khabar angina tentang iPhone-iPhone tapi bagi saya ini adalah iPhone yang khabar anginnya paling tidak menarik. Memperkenalkan iPhone SE.
Apa yang anda lihat adalah, dan saya pun tak menipu anda. Inilah iPhone SE baharu. Ya, dari segi rupa semua ia serupa dengan iPhone 5/5S, dengan perbezaan tambahan warna Rose Gold dan tulisan kecil SE dibelakangnya.

Perkataan yang boleh digunakan untuk mengambarkan SE: Selamat, bosan. Perkataan untuk melambangkan Apple dalam hal ini: Malas? Ada yang tidak setuju menyatakan bahwa ini merupakan satu tindakan bisness  yang strategik dari Apple, mereka dapat menjimatkan kos R&D disamping mengurangkan stok lama mereka. Saya masih akan menyatakan yang mereka sedikit malas pada iPhone ini. Apa sebab saya? Dibawah ini saya letakkan gambar custom housing iPhone 5/5S yang boleh didapati dibeberapa kedai di Malaysia. Contoh kedai dibawah adalah ChamoGadget, silalah kunjungi mereka jika anda ada apa-apa masalah dengan iPhone/iPad anda, mereka juga menyediakan perkhidmatan baikpulih disamping menukar housing iPhone.












Nampak tak terdapat beberapa parti ketiga yang sudahpun Berjaya mengeluarkan housing iPhone 6 Mini untuk 5/5S. Kalau mereka boleh, takkanlah Apple tidak boleh kot. Sekurangnya daripada rekabentuk anda akan dapatlah satu kelainan berbanding dengan iPhone 5/5S dan ia juga tidak memerlukan Apple untuk mencari inspirasi yang jauh.

Cukuplah rintihan saya tentang reka bentuknya, sekarang kita beralih pula kepada spesifikasi! Memandangkan ia dilihat sebagai satu penambaik baikkan daripada iPhone 5S, saya akan melakukan perbandingan dengannya. Dari segi dalaman SE, ia lebih mirip kepada 6S. Dengan prosessor yang sama (A9) bersama dengan 2GB RAM (daripada 1GB di iPhone 5S) disamping dengan kamera baharu 12MP iSight. Namun hanya setakat situ sahaja persamaannya. Bateri didalam SE juga sedikit besar daripada 5S, 1642mAh berbanding 1560mAh.  
Skrin SE mempunyai resolusi yang sama dengan 5S dan Touch ID juga masih merupakan yang sama. Warna, seperti yang saya katakana sebelum ini, sama kecuali dengan penambahan warna baharu Rose Gold.

Secara kesuluruhannya ia merupakan peranti 4-inci yang bagus dengan kuasa pemprosesan yang antara terbaik didalam telefon pintar sekarang dan juga kamera yang sangat bagus tetapi satu perkara yang melarang saya untuk mengesyorkan telefon ini adalah harganya.

Walaupun Apple mengunakan rekabentuk yang lama, skrin yang sama dan dengan sebahagian besar komponen yang sama, harganya boleh dikatakan dekat dengan harga telefon-telefon pintar utama.
Bagi model 16GB, anda terpaksa mengeluarkan RM1,949 sementara untuk model 64GB (yang saya rasa anda patut pilih berbanding 16GB sebab memang 16GB tidak akan mencukupi)  berharga RM2,449. Oh, tidak ada pilihan simpanan memori 32GB, rasanya kerana Apple memang mahu anda membeli 64GB yang akan mendatangkan lebih banyak keuntungan dari segi komponen-komponen dalaman kepada mereka. Ia lebih mahal daripada beberapa telefon pintar utama seperti Huawei P9 dan Huawei Mate 8 dan hanya sedikit sahaja murah daripada telefon pintar yang terbaik sekarang, Galaxy S7.


Bagi saya, ia tidak berbaloi, Untuk harga ini anda boleh mendapatkan variasi Xiaomi Mi 5 yang tertinggi (ia baharu saja masuk semalam) yang mampu memberikan prestasi yang sama. Tetapi pilihan tetap ditangan anda, ia satu isu yang boleh dipertikaikan namun saya takkan mengesyorkan telefon ini walaupun Apple menyatakan bahwa ia merupakan “Telefon pintar 4-inci terbaik dunia”.
Mungkin satu hari nanti apabila harganya dikurangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan