Let Them Stare
Pada hari sama Samsung S6 dilancarkan, HTC juga mengeluarkan telefon pintar terbarunya, HTC ONE M9.
Berbeza dengan Samsung, HTC hanya melalukan sedikit perubahan dari segi reka bentuk telefon mereka. Inspirasi daripada telefon mereka yang sebelum ini, perubahan yang ketara diantara HTC ONE M7 dan M8 hanya pada bentuk kamera belakang (M7 - bulat, M8 - bulat, dua kamera, M9 - petak). HTC menyatakan bahawa mereka ingin mewujudkan satu reka bentuk yang sinonim dengan mereka.
Pada HTC ONE baharu, tiada lagi teknologi Ultrapixel. Teknologi yang diperkenalkan pada One M7 didapati kerap menimbulkan masalah seperti lensa bertukar warna apabile ia panas (Purple tint issue). Malangnya masalah ini juga berlaku kepada saya (boleh rujuk ke HTC service centre untuk penyelesaian). Tetapi saya yakin HTC telah menyelesaikan kebanyakan masalah Ultrapixel ini di telefon pintarnya yang lain.
Skrinnya bersaiz 5.0 Inci Full HD 1080p sesuatu yang lebih rendah berbanding skrin di Samsung S6, Mi Note Pro dan LG G3 tapi satu tindakan yang saya rasakan dapat memberikan lebih jangka masa pada bateri.
Kini, HTC ONE M9 dilengkapi kamera 20 MP (f2.2) daripada Sony yang sepatutnya dapat menangkap gambar sebaik iPhone dan Samsung, tidak pun hanya kurang sediki. Kamera ini dilindungi dengan Sapphire lens yang tahan calar. Kamera hadapan pula mempunyai Ultrapixel dan Wide lens yang membolehkannya untuk menangkap gambar dengan subjek yang lagi ramai dan terang.
Seperti One sebelumnya, One terbaharu mempunyai pembesar suara di hadapan telefon. Posisi yang saya rasa paling sesuai kerana ia membolehkan pengguna menghayati lagi media di atas telefon. Memandangkan HTC dan Beats Audio sudah berpecah, HTC sekarang bekerja sama dengan Dolby untuk mengeluarkan pembesar suara yang dilengkapi DOLBY AUDIO SURROUND.
Menguasakan HTC ONE M9 ini adalah CPU baharu daripada Qualcomm, Snapdragon 810 Octa Core 64bit (4 - 2.0 Ghz dan 4 - 1.5 Ghz) sama seperti Mi Note Pro. Samsung S6 juga dikatakan sepatutnya dijual dengan CPU ini namun disebabkan isu heat management pada Snapdragon 810 Samsung terpaksa mengunakan CPU mereka sendiri untuk mengelakkan daripada pelancaran telefon mereka tertangguh. Isu kepanasan ini wujud di HTC ONE M9 baharu apabila dilakukan ujian berbanding telefon pintar lain, namun HTC telah mengeluarkan software update yang telah menyelesaikan isu ini.
Telefon ini mempunyai simpanan memori sebanyak 32GB bersama pilihan untuk menambah memori melalui microSD, sesuatu yang S6 baharu tidak ada.

HTC ONE M9 mempunyai badan all metal dengan 3 pilihan warna: Gunmetal Grey, Silver with Gold, and all Gold.
Telefon ini sudah boleh didapati daripada penjual online seperti DirectD.
Berikut adalah kesimpulan spesifikasi bagi HTC ONE M9:
- Snapdragon 810 Octa Core 64bit
- 5.0 inch Full HD screen
- ROM: 32GB
- RAM: 3GB (with microSD slot)
- 157 grams
- Supports LTE, NFC, Bluetooth 4.1, dual-band wifi up to ac standard
- Nano SIM card
- 2840 mAh
Sumber: htc.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan