Samsung telah melancarkan Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge
secara rasmi di Malaysia pada 2/04/15.
Antara perkara yang disentuh oleh mereka
adalah tarikh telefon-telefon pintar baru Samsung ini akan hadir iaitu 17 April. Namun, tempahan boleh dilakukan pada hari ini jika anda ingin menjadi
antara yang pertama untuk mendapat telefon pintar ini kerana Samsung
menjangkakan stok tidak akan mencukupi.
Spesifikasi S6 dan S6 Edge secara ringkas:
- 5.1 QuadHD, 577 ppi, Super AMOLED
- CPU 8 Core (2.1Ghz + 1.5Ghz)
- Kamera 16 MP (belakang) 5 MP (depan)
- LTE Cat. 6, Wifi terkini (ac dan kebelakang), Bluetooth 4.1, NFC, IR
- RAM 3GB
- ROM 32GB/64GB/128GB
- Battery: S6-2550 mAh, S6 Edge - 2,600 mAh
Tiga syarikat telekomunikasi utama (Maxis, Celcom dan Digi)
telah mengumumkan (02/04/15 dan 03/04/15) bahawa mereka akan menjual telefon pintar ini.
Bagi S6 Edge pula, anda perlu mengambil pelan yang lebih mahal lagi dengan Maxis iaitu Maxis One + 1GB Internet. Pelan yang sama dengan diatas cuma dengan tambahan 1GB internet lebih. Harga S6 Edge pula akan menjadi RM1,999 dan advance payment yang perlu dibayar adalah RM512 juga.
1000 pelanggan pertama akan menerima Wireless Charging Pad dan Screen Protector bernilai RM282 secara percuma.
LINK:https://www.maxis.com.my/en/personal/devices/all-phones/samsung/samsung-galaxy-s6-s6edge.html?gclid=CjwKEAjw9PioBRDdpqy0-ofG3DgSJAACe5NEV-nzOC11xnlbkT6_lC0QtHd-Ha4kCgnlqeCj1N2JGhoCrI7w_wcB
Dengan Celcom, harga bagi S6 bermula daripada RM1,088 tetapi anda perlu membayar RM235 sebulan selama 2 tahun. Pelan ini adalah Pelan FIRST ELITE dimana anda akan mendapat 3GB Internet + 3GB Celcom Wifi + 200 min + 200 sms. Apa yang menarik tentang pelan-pelan baru Celcom adalah Optimiser mereka dimana bergantung kepada kadar pengunaan anda (samada Internet lebih atau call&SMS lebih) anda akan mendapat tambahan 2GB + 2GB WIFI atau 300 mins + 300 SMS. Advance payment yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,000 yang akan direbatkan semula selama 10 bulan pertama.
Selain FIRST ELITE, anda juga boleh memilih pelan FIRST bagi S6 dimana anda akan mendapat 2GB + 2GB WIFI + 100 mins + 100 sms. Optimiser bagi pelan ini pula akan menambahkan 2GB + 2GB WIFI atau 150 mins + 150 SMS kepada pelan anda (bagi mana yang dihabiskan dahulu). Advance payment sebanyak RM250 akan diperlukan (direbat selama 10 bulan pertama) dan harga bagi S6 adalah RM1,888.
*Jika anda berminat dengan warna Blue Topaz, hanya Celcom yang akan menjualnya buat sementara waktu ini.
Celcom juga akan menjual S6 Edge dengan pelan-pelan yang sama (FIRST ELITE, HARGA TELEFON: RM 1,488; FIRST, HARGA TELEFON: RM 2,288),
Celcom pula menawarkan kepada 600 pelanggan pertama Samsung Galaxy Tab 3V bernilai RM499 secara percuma. Menarik ini!
LINK:https://www.celcom.com.my/personal/promotion/S6-S6Edge?pid=1360826467841&gclid=CjwKEAjw9PioBRDdpqy0-ofG3DgSJAACe5NE-ue6FphcKPuk3nDgbSADNhv64siQfZmG_S587dFQtBoCixXw_wcB
Dengan Digi, anda ada lebih pilihan bagi pelan-pelan (sebanyak 3) iaitu SmartPlan 78, SmartPlan 108 dan SmartPlan 148 (dengan nombor-nombor dinama pelan melambangkan bayaran bulanan). Setiap pelan ini ada pilihan samada High Data atau High Voice.
Dengan SmartPlan 78, High Datai akan memberikan 3GB, 200 mins dan 200 SMS sementara High Voice hanya memberi anda 1GB internet namun dengan 800 mins dan 800 SMS. Dengan SmartPlan 108, High Data memberi 5GB Internet, 300 mins dan 300 SMS sementara High Voice memberi 1.5GB bersama masa berbual dan SMS TIDAK TERHAD, Dengan SmartPlan 148, High Data memberi 6GB, 400 mins dan 400 SMS sementara High Voice memberikan 3GB bersama dengan masa berbual dan SMS TIDAK TERHAD.
Bagi S6, Digi akan menjual dengan harga RM1,769 (SP78), RM1,529 (SP108) dan RM1,329 (SP148).
Bagi S6 Edge, Digi akan menjual dengan harga RM2,179 (SP78), RM1,939 (SP108) dan RM1,739(SP148)
Digi juga akan memberi Wireless Charging Pad jika anda membual tempah awal sebelum 12 April dan juga sementara stok masih ada.
LINK:http://new.digi.com.my/cs/Satellite/ecomm_C/services/default/samsung-s6-edge-preorder?gclid=CjwKEAjw9PioBRDdpqy0-ofG3DgSJAACe5NEyxmb-9e-oLlQpMcGtAwsn6f_Q246Xxr39_DjCAm76BoCZ4fw_wcB
Jika anda tidak berminat, anda juga boleh mendapatkan S6
atau S6 Edge melalui Samsung atau Senheng. Senheng menawarkan sekali dengan bayaran ansuran
dengan kadar 0% selama 36 bulan. Mereka juga akan menambahkan warranti sebanyak setahun.
Tempahan awal dengan Samsung akan memerlukan anda untuk membayar deposit sebanyak RM300 melalui PayPal sebelum mengutipnya di kedai-kedai Samsung. Samsung juga akan memberikan wireless charging pad percuma.
https://my.campaign.samsung.com/gs6preorder/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan