Khamis, 9 April 2015

iOS 8.3 KINI DIKELUARKAN




Kepada semua pengguna iOS, Apple akhirnya telah mengeluarkan iOS 8.3 mereka. Update baru ini menampilkan penambahbaikan seperti bahasa baharu bagi Siri, kebolehan membuat panggilan terus ke pembesar suara melalui Siri, papan kekunci emoji baharu dengan limitless scrolling dan emoji yang memaparkan lebih banyak kaum, kebolehan mengasingkan mesej daripada orang yang tidak dikenali, dan reka bentuk papan kekunci baru ketika membuat search.

Penambahbaikan lain yang terdapat didalam iOS 8.3  juga melibatkan penambahbaikan prestasi seperti:

  • Pelancaran apps dan respons
  • Mesej
  • Wi-Fi
  • Control Centre
  • Tab didalam Safari
  • Papan kekunci pihak ketiga
  • shortcut papan kekunci
  • Papan kekunci Chinese yang dipermudahkan
  • Penambahbaikan Orientasi dan rotasi
  • Penambahbaikan Family Sharing
  • CarPlay
  • Enterprise fixes
  • Accessibility fixes
Bagi iPhone 5S saya, saiz update ini yang perlu dimuat turunkan hanya sekadar 280~MB. Tetapi saya tidak pasti bagi peranti Apple lain dan bagi yang dari versi iOS lain (saya dari 8.2). Anda boleh mengemaskini peranti iOS anda melalui Over-the-air (OTA)  download yang akan memuat turunkan melalui Wi-fi atau mobile data anda. Jadi jikalan anda tidak mahu menghabiskan kuota internet anda, pastikan anda memuat turun menguna Wi-fi. Anda hanya perlu pergi ke Setting -> General -> Software Update

Selain daripada OTA dan jika anda tidak mempunyai cukup ruang diperanti anda (kes yang selalu terjadi terutama bagi yang mempunyai 16GB storage), anda juga boleh mengemaskini kan peranti iOS anda melalui iTunes dengan menyambungkan peranti kepada komputer yang mempunya iTunes.


Setakat ini saya tidak pasti mengenai prestasi versi iOS baharu ini memandangkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengujinya lagi. Jikalau ada apa-apa masalah besar akan saya nyatakan disini nanti.

*Tidak pasti juga jika peranti seperti iPhone 4S akan mempunyai prestasi yang lebih baik memandangkan iOS 8 lebih perlahan berbandingkan iOS 7 di 4S. Saya akan mengujinya sebaik saja saya dapat mengunakan 4S adik saya.

Sumber: http://bgr.com/2015/04/08/apple-ios-8-3-released-download/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan