Sebelum ini ada beberapa khabar angin yang menyatakan bahawa Samsung akan mengeluarkan S6 Edge mereka dalam versi "Iron Man" dan dengan khabar angin itu muncul rekaan peminat-peminat.
Namun baru ini, Samsung telah mengeluarkan secara rasminya gambar-gambar S6 Edge "Iron Man" mereka. Bersama dengan gambar-gambar, mereka juga telah mengeluarkan satu video unboxing.
S6 Edge berkapasiti simpanan 64GB ini berwarna merah dan emas (seperti warna Iron Man) dan mempunyai design topeng Iron Man dibelakangnya.

Didalam kotaknya anda akan mendapat wireless charger telefon pintar dengan reka bentuk yang unik iaitu 'arc reactor', sumber tenaga bagi baju besi Iron Man.
Apa guna mempunyai telefon limited edition ini jika ia disembunyi dibelakang casing. Samsung juga akan menyertakan sekali satu clear cover supaya anda dapat memperagakan telefon ini sambil menjaganya.
Sayangnya, telefon ini hanya akan dilancar di Korea Selatan pada 27/05/2015. Cina dan Hong Kong akan mendapatnya pada bulan Jun. Tiada sebarang khabar samada telefon ini akan dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi jika ia dibawa masuk melalui grey market bersedialah untuk membayar premium yang tinggi baginya.
Seperti dinyatakan oleh Engadget, J.A.R.V.I.S tiada dan anda terpaksa berpuas hati dengan Google Now.

Gambar
Official Unboxing Video
Tiada ulasan:
Catat Ulasan