Rabu, 20 Mei 2015

XIAOMI MI 4i, dan kenapa anda perlu beri perhatian.

Xiaomi semakin membesar...

Dilancarkan di India sebagai pelan peluasan luar dari Cina. Mi 4i merupakan satu kejutan. Ramai menyangkakan bahawa bagi telefon pintar global pertama mereka Xiaomi akan melancarkan satu flagship baharu setanding dengan Mi Note dan Mi Note Pro mereka (mungkin Mi 5) (Xiaomi masih memanggil telefon ini telefon utama/flagship mereka). Namun apa yang kita saksikan ini adalah satu penambah baikan kepada flagship sebelumnya (Mi 4) dengan tambahan lebih LTE band bagi membolehkan telefon ini mengunakan LTE didalam lebih banyak negara lain (Sebelum ini Mi 4 hanya boleh menerima LTE daripada telco-telco tertentu). Apa yang mereka keluarkan adalah satu telefon yang seperti 5C kepada 5S, hanya satu telefon untuk mengisi ruang kosong diantara flagship mereka ataupun untuk menarik golongan-golongan muda. Persepsi ini semua berubah apabila harga dan spesifikasi lain diumumkan. 





Menampilkan belakang yang berwarna-warni serupa 5C dan Meizu Note, telefon baharu ini bagi saya lebih cantik berbanding 5C, Meizu Note dan Mi 4 sekali. Mungkin anda tidak boleh nampak didalam gambar ini, tapi anda boleh lihat dengan lebih jelas didalam video yang disediakn dibawah. Telefon ini tidak nampak seperti telefon mainan. Warna seperti hitam memberi penampilan yang serius dan elegan.
Sumber:amanz.net

Sumber:amanz.net

Sumber:amanz.net

Sumber:amanz.net

Telefon ini juga merupakan telefon dwi-sim LTE, ia mempunyai skrin Full HD 5-inci (441 ppi) yang dibekalkan dari Sharp/JDI (dikuatkan lagi dengan teknologi Corning Concore OGS) dengan tambahan "Sunlight Display", inovasi daripada Xiaomi yang akan membuat skrin telefon ini lebih mudah dilihat ketika diluar dan dibawah sinaran matahari. Skrin ini juga mempunyai sudut tontonan yang luas iaitu 178⁰. Semua ini dimuatkan didalam saiz yang sedikit kecil daripada iPhone 6 tetapi dengan skrin yang lebih besar (iPhone 6 hanya ada 4.7 inci, 326ppi)



Bagi kamera pula, Mi 4i mempunyai kamera belakang 13MP f/2.0 Sony/Samsung dengan dual-flash, sesuatu yang menjadi kebiasan sekarang dan 5MP f/1.8 kamera hadapan. Apabila diuji, Mi 4i menghasilkan beberapa gambar macro dan HDR yang bagus berbanding kamera 13MP yang lain (Review camera video dibawah) Saya telah muatkan beberapa gambar contoh bagi anda.



Ia dikuasa dengan Octa-core Snapdragon 615 (Generasi ke-2) 64-bit processor (sesuatu yang jarang dengan harga ini) bersama dengan 2GB RAM (LPDDR3). OS telefon ini adalah Android 5.0 Lollipop dengan MIUI6. ROM/Internal Storage yang disediakan ada 16GB tanpa kebolehan menambahnya dengan microSD. Bateri telefon ini juga besar, iaitu 3,120 mAh yang disediakan oleh Sony atau Samsung and dinyatakan oleh Xiaomi sebagai bateri paling padat yang sedia ada dan sepatutnya bertahan lebih daripada pengunaan seharian.

Tambahan lagi, Xiaomi Mi 4i mempunyai Wi-fi 802.11AC dan dual-band! Standard terkini Wi-fi yang 3x lagi laju daripada Wi-fi sekarang. Percayalah, teknologi ini hanya ada pada telefon-telefon pintar utama/flagship. Bukan yang anda jangkakan daripada telefon dibawah harga RM1000.

Semua ini dikatakan akan dijual dibawah RM800. Menarikkan?! Inilah kebiasaan Xiaomi yang menjual telefon murah dengan spesifikasi tinggi. Didalam Malaysia, ini akan menjadi satu hit.

Harga rasmi telefon ini adalah RM749, lebih murah daripada yang dijangkakan!

Camera review daripada fonearena: 




Mi 4i Review daripada Clinton Jeff:



Update:  Xiaomi menghantar jemputan media bagi esok, Thursday, 21 May kebarangkalian bagi pelancaran rasmi telefon ini di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan