Dengan pilihan telefon pintar yang semakin meningkat, keputusan untuk memilih dan membeli satu semakin memeningkan. Kebanyakan orang akan mempertimbangkan samada membeli daripada Samsung atau Lenovo (sejak kebelakangan ini), tapi ini mungkin merugikan kerana 2-3 tahun yang lepas ini, banyak jenama daripada Cina yang datang menampilkan telefon-telefon pintar yang murah atau lebih murah dan lebih canggih. Hanya kerana jenamanya tidak terkenal seperti jenama-jenama besar lain tidak bermakna mereka tidak kualiti. Bagi memudahkan proses ini, saya akan kumpulkan beberapa spesifikasi telefon-telefon pintar yang berpatutan.
Dari masa ke semasa saya akan mengemaskinikan jadual ini.
PS: Harga dibawah semua termasuk dengan GST sekali. Harga adalah daripada beberapa laman-laman web terkenal yang menjual elektronik di Malaysia dan mungkin akan berbeza daripada harga waktu jadual ini ditulis. Jika anda ada cadangan bagi apa-apa telefon pintar yang anda rasa berbaloi dimasukkan kedalam jadual ini silalah meninggalkan komen dibawah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan