Rabu, 28 Oktober 2015

Video baharu BB PRIV bersama dengan harganya



Secara rasminya Blackberry telah membuka tempahan awal bagi telefon pintar Android pertama mereka di laman sesawangnya. Setakat ini tempahan ini terbuka bagi penduduk Amerika Syarikat dan Kanada.



 Dengan munculnya ini, terjawab juga persoalan tentang spesifikasinya dan juga harganya yang boleh dikatakan tinggi. Seperti dijangkakan BB Priv akan dikeluarkan dengan skrin 5.4-inci berlekuk (seperti S6 Edge), bateri besar 3410 mAh (dikatakan boleh bertahan selama 22.5 jam), kamera 18MP yang diiktiraf Schneider-Kreuznach®, LTE, DTEK iaitu perinci tambahan Blackberry untuk menjadikan Android lebih selamat, simpanan memori sebanyak 32GB bersama dengan slot bagi microSD sehingga 2TB. Sememangnya ciri-ciri sebuah telefon pintar canggih. Tidak mengejutkan juga yang harganya adalah $699 (lebih kurang RM2991), setanding juga dengan iPhone dan Samsung. Tidak pula boleh dikatakan samada ini akan menolong atau menyusahkan Blackberry yang kini terdesak untuk mencari keuntungan (CEO mereka telah menyatakan bahawa jika mereka tidak mendapat keuntungan sebaik suku pertama tahun hadapan mereka akan terpaksa memberhenti daripada membuat telefon pintar). Mungkin dengan PRIV mereka lebih mengharap kepada pasaran eksekutif-eksekutif, namun apa-apapun dengan spesifikasi yang ada pun bagi saya sudah mencukupi untuk menjelaskan harga yang tinggi (bergantung juga kepada prestasi dunia sebenarnya nanti sekali).

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Blackberry Priv sila ke sini.

Sumber: Blackberry, BGR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan