Ahad, 11 Oktober 2015

Peranti Nexus Baharu : Nexus 6P dan Nexus 5X






Setiap tahun antara telefon pintar yang dinantikan oleh peminat tegar Android adalah peranti-peranti Nexus. Bagi yang tidak mengenali, Nexus merupakan telefon keluaran Google sendiri dan biasanya Google akan memilih pengeluar berbeza setiap tahun. Apa yang menarik adalah peranti Nexus biasanya akan dilengkapkan dengan spesifikasi tinggi namun pada harga yang bersesuaian dan boleh dikatakan murah.

Nexus 5X dan pilihan warna yang ada
Pada tahun ini Google mengeluarkan dua peranti berbanding satu pada tahun-tahun sebelum ini. Satu adalah Nexus 5X dan satu lagi adalah Nexus 6P. Google menyatakan bahawa X melambangkan ‘Nexus’ sementara P melambangkan ‘Premium’. Kali ini, LG yang membina Nexus 5X sementara Huawei (buat pertama kalinya bagi pengeluar Cina) membina Nexus 6P.

5X seperti yang anda jangka merupakan telefon pintar Nexus 2015 versi kecil. Selain daripada saiz skrin yang nyata lebih kecil berbanding 6P, terdapat juga perbezaan dari segi komponen-komponen dalaman dimana 6P lebih baik berbanding 5X,

LG Nexus 5X mempunyai skrin berdimensi 5.2-inci Full HD (1920x1080p) dengan 424ppi serta dikuatkan dengan Corning Gorilla Glass 3. CPU nya merupakan Qualcomm Snapdragon 808 6-teras bersama dengan 2GB RAM. Bagi pilihan simpanan memori anda boleh memilih diantara 16 atau 32GB. Kamera belakang merupakan lensa 12.3MP sementara kamera hadapan mempunyai 5MP. Bateri pula bersaiz 2700mAh Li-Po dan tidak boleh ditanggalkan. Wi-fi ac terkini juga disertakan sekali. Yang lain daripada yang lain ialah lubang pengecasannya yang kini mengunakan USB Type-C! Sama seperti OnePlus 2 dan Xiaomi Mi 4C. Warna yang terdapat adalah Carbon, Quartz dan Ice. (Nano sim)

Huawei 6P mempunyai rekabentuk yang bagi saya sedikit pelik namun lama-lama mungkin saya akan biasa dengannya. Terdapat satu barisan hitam besar dibelakang telefon dimana terletaknya juga kameranya. Ditengah bawahnya terdapat sensor cap jari. Skrinnya bersaiz 5.7-inci AMOLED (2560x1440p) QHD dengan 518ppi dan dikuatkan lagi dengan Corning Gorilla Glass 4. CPU dalamnya merupakan Qualcomm Snapdragon 810 8-teras dengan 3GB RAM. Memori simpanan boleh dipilah samada 32, 64 atau 128GB. Kamera belakang serupa dengan 5X, iaitu kamera 12.3MP dengan kamera hadapan 8MP. Baru ini kamera di Nexus 6P telah mendapat tempat ketiga kamera terbaik diantara telefon-telefon pintar oleh DxOMark, sila ke pautan ini untuk lebih maklumat.Bateri di 6P besar pada 3450mAh Li-Po yang tidak boleh ditanggalkan juga. Wi-fi ac terkini juga disertakan sekali. Dan serupa dengan 5X, lubang pengecasan di 6P mengunakan USB Type-C. Warna yang terdapat adalah Alumium, Graphite dan Frost. (Nano sim)


Kedua-duanya akan dijual bersama Android 6.0 Marshmallow, sistem operasi terbaharu Android. Gerenti akan membuat telefon anda lebih pantas.  

Sumber: Gsmarena, Nexus


Tiada ulasan:

Catat Ulasan