Ahad, 18 Oktober 2015

Hadiri pelancaran Xperia Z5

Kita sudah pun mempunyai tarikh bagi Xperia Z5. Sony memilih untuk melancarkan Xperia terbaharu mereka, Z5 di Malaysia pada 29 Oktober. Walaupun Xperia Z5 diperkenalkan lebih awal kepada dunia, tahun ini iPhone telah sampai sebelum sampainya Z5. Berbalik kepada cerita asal. Xperia Z5 merupakan sambungan kepada siri Z telefon pintar utama Sony. Dengan kamera baharu 23 MP yang menduduki tempat pertama DxOMark sebagai kamera terbaik telefon pintar, bateri tahan lama (2 hari- STAMINA Mode) dan macam-macam lagi, banyak sebab untuk kita teruja dengan Xperia Z5 ini.

Selain daripada tarikh pelancarannya di Malaysia, Sony juga memberi jemputan kepada segelintir peminat-peminatnya untuk datang menyaksikan acara itu bersama. Cara untuk mendapatkan jemputan ini adalah dengan mendaftarkan minat anda di pautan ini. Sony menyatakan akan memberi hadiah saguhati bagi sapa yang datang dan juga akan memberi hadiah utama kepada yang bertuah (Saya tekalah Sony akan memberi telefon baharu mereka). Jika anda menghadiri acara ini anda tidak diwajibkan membeli Xperia Z5.
Tarikh penutupan pendaftaran minat adalah 19 Oktober, Isnin ini.


Sumber: lowyat.net, Sony

Tiada ulasan:

Catat Ulasan