Ahad, 1 November 2015

Harga rasmi Xperia Z5 Compact, Z5 Dual, dan Z5 Premium.



Dengan pelancaran rasmi Sony Malaysia khamis lepas, tiga telefon bimbit yang akan dibawa masuk adalah: Xperia Z5 Compact, Z5 Dual dan Z5 Dual Premium.
Untuk lebih maklumat tentang setiap model, sila ke pautan pada setiap nama telefon itu sendiri.

Apa yang bezanya daripada telefon Sony yang diumumkan pada IFA 2015 September lepas hanyalah kita mendapat Z5 dan Z5 Premium berkebolehan memuatkan dua sim pada satu masa.

Sedikit rumusan tentang telefon-telefon. Mereka dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 810 versi baharu yang dikatakan telah membaiki isu kepanasan CPU itu pada awal tahun, kamera 23MP Sony Exmor yang buat pertama kalinya ditukar semenjak Z1, pengesan cap jari didalam butang kuasa, dan perlindungan air dan debu IP6/8.

Anda juga boleh mendapatkan skrin 4K pertama diatas telefon pintar pada Xperia Z5 Premium.

Xperia Z5 Compact dan Xperia Z5 Dual boleh didapatkan pada November 2015 dengan harga RM2299 dan RM2699. Bagi peminat Z5 Dual Premium anda boleh menunggu sebulan lagi kerana ia hanya akan memasuki pasaran kita pada akhir tahun ini. Dikatakan bahawa Sony akan memberi barang-barangan limited edition Spectre bernilai RM427 dengan setiap pembelian Xperia Z5 pada awal-awal jualan ini.



Sumber:lowyat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan