Khamis, 12 November 2015

Naga baharu tiba, Snapdragon 820!



Selepas kemunculan Snapdragon 810 yang “panas”, kini tiba pula pengantinya yang lebih sejuk, cekap dan berkuasa. Baru saja diperkenalkan semalam, Snapdragon 820 mempunyai beberapa perbezaan dan peningkatan daripada Snapdragon 810.

Dari segi bentuk rekaan, Snapdragon 820 mempunyai 4-teras (dipanggil Kyro CPU) berbanding 8 di Snapdragon 810. Alasannya mudah, mereka mendapati bahawa lebihan teras tidak menjaminkan lebih kuasa dan kecekapan (seperti yang terbukti dengan isu kepanasan mereka hadapi, namun ada juga pengeluar seperti Samsung yang berjaya menghasilkan prosessor 8-teras yang tidak terlalu panas). Antara contoh yang boleh dipakai adalah Apple yang hanya mempunyai 2-teras namun mampu menandingi prosesor lain selain daripada memastikan kecekapan. Kini Qualcomm lebih fokus terhadap prestasi setiap teras berbanding prestasi gabungan semua.

Snapdragon 820 dilengkapkan dengan X12 LTE yang mampu memberi akses sambungan yang lebih laju sehinnga 600 Mbps bagi muat turun dan 150 Mbps bagi muat naik. Dari segi Wifi, ia mempunyai sokongan bagi piawaian terkini iaitu 802.11ad. Lebih baik dari itu, ia juga bakal mampu untuk mengabungkan 802.11ad dan 802.11ac 2x2 serentak (MIMO) dengan apa yang mereka panggilkan sebagai Advanced Wifi.

Bagi grafik ia mengunakan Adreno 530 GPU yang dikatakan akan mengurangkan pengunaan tenaga sebanyak 40% berbanding Adreno 430 disamping peningkatan prestasi. Ia juga direka bukan hanya untuk mengendali skrin 4K tetapi juga meningkatkan prestasi keseluruhan dari segi warna yang lebih realistik, kekurangan lag dan pencahayaan.

Snapdragon 820 juga mempunyai teknologi Qualcomm Spectra camera Image Signal Processor (ISP) yang menyokong kamera sehingga 25MP.  Hadir sekali adalah teknologi Snapdragon Low Light Vision (LLV) yang mengunakan ‘adaptive brightness’ dan ‘noise reduction’ untuk menghasilkan gambar lebih baik sewaktu kekurangan cahaya. Paling menarik sekali adalah Heterogenous Signal Processing yang akan menganalisis bahagian demi bahagian gambar untuk menghasilkan sesuatu seperti HDR tanpa mengabungkan dua gambar.


Snapdragon baharu ini juga mempunyai teknologi pengecasan pantas baharu Qualcomm, Quick Charge 3.0 yang 4X lebih pantas daripada pengecasan biasa dan 38% lebih cekap daripada Quick Charge 2.0. Smart Protect yang akan mengesan ancaman sebelum mereka mampu bertindak.
Secara puratanya Qualcomm mengatakan bahawa Snapdragon 820 akan memberikan penghayatan yang lebih dalam bagi pengalaman VR dengan peranti anda.


Sumber: Android Headlines, Appy Geek, Qualcomm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan