Hai semua, sebenarnya artikel ini dah lama saya baca tapi baru sekarang teringat balik untuk dikongsikan bersama denga semua pembaca-pembaca blog ini (untuk membaca artikel asalnya, sila ke laman web ini).
Seperti dikatakan oleh penulisnya, bayangkan jika komputer riba anda dicuri. Bayangkan mereka dapat mengakses semua dokumen-dokumen anda, fail-fail, dan kes paling teruk sekali gambar-gambar peribadi anda.Secara asasnya artikel ini membincangkan beberapa perkara yang boleh dijadikan pengajaran bagi pemilik-pemilik komputer riba supaya apabila perkara ini berlaku, kesannya tidaklah sebegitu teruk. Perkara paling senang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan kata kunci pada komputer anda, tetapi terdapat juga beberapa lagi langkah mudah yang anda boleh cuba. Antaranya:
- Sembunyikan fail peribadi
Anda mungkin terkejut yang ada juga pencuri yang tidak tahu bagaiman untuk unhide satu fail. Dan langkah ini sangatlah digalakkan bagi fail-fail yang anda memang tidak boleh berikan kepada orang yang tidak dikenali. - Truecrypt
Terdapat satu perisi percuma di internet yang akan encrypt kan sebahagian ataupun kesemua hard disk anda. Dengan ini akan menyusahkan lagi pencuri daripada mengodam komputer riba untuk mendapatkan data anda. - Guna encrypted hard disk
Berbeza dengan diatas, encrypted hard disk sudah secara sendirinya disulitkan. Digelar Self Encryting Drives @ Full Encrypted Disks (FED - Seagate). Masalah utama bagi kebanyakan hard disk adalah walaupun kebanyakan mereka mempunyai kata kunci, namun apabila dicucukkan kepada komputer lain akan membolehkan pengodam untuk melihat semua fail-fail. Jika FED pula, pengodam hanya dapat melihat 256 AES data yang disulitkan yang mereka tidak boleh baca. FED ada dibahagian hard disk yang tidak dinyatakan dan kata kuncinya biasanya terletak di BIOS komputer asal. Komputer riba yang mempunyai hard disk jenis ini adalah sebagai contoh Lenovo ThinkPad. - Gunakan perisian Prey
Ia membantu untuk mengesan dan mencari semula komputer riba yang telah dicuri. Oh ia juga merupakan satu perisian percuma.
Sumber: lifehacker

Tiada ulasan:
Catat Ulasan