Serius. Memang antara jenama berbaloi yang saya minati adalah Xiaomi. Ia mengagumkann bagaimana mereka mampu menghasilkan telefon berspesifikasi tinggi dengan harga yang murah. Menyambung trend, Xiaomi kini menjual (pada 11/11/2015) telefon terbaharu mereka REDMI NOTE 2.
Untuk saja-saja, saya akan memberitahu dahulu harganya sebelum menceritakan tentang spesifikasi. DI laman web Xiaomi, Redmi Note 2 dijual pada harga RM649.
Kebiasaaanya bagi harga ini, anda akan mendapat skrin HD sahaja, tapi Redmi Note 2 mempunyai skrin bersaiz 5.5-inci Full HD (1920 x 1080) IPS LCD dengan 400 ppi. Kalau ikutkan ppi ia sudah lama mengalahkan iPhone. Dimensi keseluruhannya adalah 152 x 76 x 8.25 mm dan hanya seringan 160g.
Kompromi biasanya dilakukan pada SoC/prosessor dimana mereka akan mengunakan prosessor sederhana. Namun pada Redmi Note anda akan mendapati prosessor terbaik daripada MediaTek iaitu Helio X10 dengan 8 teras (A53 pada kelajuan 2.0Ghz). Prestasinya boleh dikatakan hampir dengan Snapdragon 810 yang didapati pada HTC One M9, OnePlus Two, Nexus 6P dan Sony Xperia Z5.
Ada 2GB RAM untuk kegunaan anda dan 16GB memori simpanan yang boleh ditambah melalui MicroSD sehingga 32GB.
Redmi Note 2 juga akan mempunyai akses LTE (dual 4G, ia mempunyai slot bagi dua nanosim), Wi-fi 802.11ac (terkini), dan Bluetooth 4.0.
Redmi Note 2 juga akan dijual bersama Android 5.0 Lollipop bersama kulit MIUI 7. Belum lagi ada informasi jika ia akan menerima Android Marshmallow.
Sumber: lowyat, oppomart, Phonearena,



Tiada ulasan:
Catat Ulasan