Apa yang saya maksud dengan premium ialah harganya iaitu $799.95 (sekitar RM3,500). Buatan Audeze, nama penuhnya adalah Audeze EL-8 Titanium Closed-Back Headphones. Untuk harga itu anda akan mendapat:
- Headphone dunia pertama dengan kabel lightning yang di-integrasikan sepenuhnya (yippy #sarcastic)
- amplifier dan konverter 24-bit DAC converter direka dalam kabelnya
- Prestasi muzik dan panggilan yang unggul (mikrofon juga dibina didalam kabel)
Jika Apple berfikir yang mereka sedang memberi pembeli-pembeli mereka satu pilihan jika mereka satu hari membuang headphone jack, ini bukanlah satu pilihan yang murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan