Sabtu, 2 Januari 2016

TELEFON PINTAR DENGAN BATERI GERGASI! #LENOVO P1 & P1M






 Kalau nak diikutkan telefon-telefon ini sudah lama dikeluarkan tetapi ia baru saja mendapat perhatian saya. Pada tahun lepas (19/11/2015) Lenovo telah memperkenalkan dua telefonpintar Vibe dengan bateri yang sangat besar! Mereka dipanggil Vibe P1 dan Vibe P1M yang dilengkapi dengan bateri 5,000 mAh dan 4,000mAh masing-masing (terkejut tak? :D)

Sementara pengeluar-pengeluar telefon lain mengejar untuk menipiskan lagi telefon pintar mereka Lenovo mendengar kehendak utama penguna telefon pintar iaitu jangka hayat bateri yang lebih lama. Apa gunanya ada telefon pintar kalau tiap masa kehabisan baterikan. Kekurangan telefon ini mungkin pada spesifikasi yang dikatakan sederhana.

Yang lebih canggih diantara kedua ini merupakan Lenovo Vibe P1. Ia mempunyai skrin 5.5-inci Full HD IPS (401 ppi) yang dikuasakan dengan Snapdragon 615 (1.5Ghz Octa-core) disamping 2GB RAM. Mempunyai memori simpanan sebanyak 32GB yang juga boleh ditingkatkan dengan microSD sebesar 128GB. Seperti kebanyakan telefon pintar didalam kategorinya, ia mempunyai dwi-sim 4G dan pengesan cap jari (yang boleh didapati dibutang hadapan).

Kamera belakangnya merupakan kamera 13MP dengan PDAF and LED flash dwi-ton, sementara selfies akan ditangkap mengunakan sensor 5MP (sekali dengan ciri-ciri Beautification).

Bateri gergasi 5,000mAh ini juga mempunyai sokongan pengecasan pantas Qualcomm dan dikata akan mengambil masa hanya 2 jam untuk dicas daripada kosong ke penuh.


Pilihan kedua yang lebih murah merupakan Lenovo Vibe P1M. Baterinya kurang 1,000mAh namun masih dianggap besar iaitu pada 4,000mAh. Kebanyakan telefon-telefon utama sekarang pun hanya mempunyai bateri sekitar 3,000mAh. Ia juga dilengkapkan dengan teknologi pengecasan pantas.

Ia mempunyai 5.0-inci lebih kecil, dikuasakan dengan prosesor MediaTek MT6735P 1.0Ghz 64-bit 4-teras bersama dengan 2GB RAM. Dari segi memori simpanan ia hanya mempunyai 16GB namun boleh dipertingkatkan mengunakan microSD sebesar 32GB.

Kamera belakang juga kurang sedikit berbanding kamera di P1, anda hanya mendapati kamera 8MP bersama dengan kamera hadapan 5MP. Terdapat juga fungsi dwi-sim 4G pada P1M ini.

Dari segi bateri, jika anda masih mendapati yang ia tidak mencukupi anda boleh mengunakan ciri Penjimatan Bateri yang ada. Selain daripada itu bateri gergasi mereka juga boleh digunakan untuk mengecas telefon/peranti elektronik lain dengan mengunakan kabel USB OTG seperti sebuah powerbank.
 
Warna yang terdapat bagi P1 adalah Platinum dan Graphite Grey sementara Pearl White dan Onyx Black adalah warna-warna bagi P1M. Harga P1 adalah sekitar RM1,199 dan P1M pula dalam RM649.


Kedua-dua ini memang telefon pintar yang berbaloi bagi penguna-penguna tegar telefon pintar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan