Selasa, 19 Januari 2016
Whatsapp kini percuma, selamanya!!
Ini merupakan satu kejutan yang baik, Whatsapp telah membuang yuran tahunan mereka sebanyak $0.99 (dalam RM3 dahulu, kalau diikutkan nilai tukaran wang sekarang dalan RM4~5) dan menjadikannya percuma untuk semua versi-versi mereka.
Whatsapp menyatakan dalam blog mereka yang "Untuk beberapa tahun, kami telah meminta penguna membayar sejumlah yuran untuk menguna Whatsapp selepas tahun yang pertama. Semakin kami berkembang, kami mendapati bahawa tindakan ini tidak begitu menjadi" Salah satu daripada sebab kenapa ia tidak menjadi dikatakan disebabkan ramai orang yang tidak mempunyai kad kredit ataupun debit untuk membayar. Dan ada juga yang masih tidak percaya untuk mengunakan bayaran online.
Anda pasti berfikir, Tidak selepas ini pasti Whatsapp akan penuh dengan iklan-iklan yang menganggu Whatsapp saya kalau tidak bagaimana mereka akan menjana pendapatan? Bagi isu itu mereka menyebut bahawa mereka akan mengaji cara-cara untuk membolehkan kita mengunakan Whatsapp untuk berkomunikasi dengan bisnes dan organisasi yang kita ingin, sebagai contoh daripada bank-bank mengenai transaksi kita tidakpun daripada syarikat-syarikat penerbangan mengenai penerbangan kita. Whatsapp mungkin akan mengecas mereka untuk mengunakan Whatsapp daripada menghantar mesej mengunakan Whatsapp daripada SMS (ini saya rasa tindakan yang lebih murah).
Bagi mereka yang sudahpun membayar, tiada apa-apa yang dikatakan mengenai bayaran balik, tapi pada harga RM4-5 setahun, ia boleh dikirakan saya kos yang sangat murah berbanding SMS.
Perubahan ini bertepatan sekali kerana sekarang hampir satu bilion orang mengunakan Whatsapp, dan membuatkannya percuma hanya akan menambahkan jumlah pengunaannya disamping itu mengukukahkan posisinya sebagai pilihan pertama sistem mesej. (Mungkin satu hari menamatkan SMS selamanya).
Sumber: Whatsapp, TheVerge
Label:
Percuma,
Whatsapp,
Whatsapp Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan