Dengan kamera telefon pintar yang semakin lama semakin baik, Blackberry harus memastikan yang mereka tidak ketinggalan. Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah tahu bahawa mereka tidak berkompromi pada kamera mereka. Dijual pada harga RM3599 di Malaysia, Blackberry Priv dijangka mampu bertanding seiring telefon-telefon pintar utama lain selain daripada aspek sekuriti dan pengalaman Android sahaja.
Syukurlah, DxoMark iaitu laman web terkenal dengan ujian rapi kamera-kamera telefon pintar telah pun mengeluarkan keputusan mereka tentang kamera Blackberry Priv dan ia merupakan berita yang baik. Dengan 18MP lensa Schneider-Kreuznach harapan tinggi telah diletakkan kepada kamera ini dan Priv tidak mengecewakan. Ia berjaya mendapat markah keseluruhan sebanyak 82 mata, meletakkannya pada kedudukan kelima seiring dengan iPhone 6S, 6 dan 6 Plus dan juga Xperia Z3+ (ya, betul apa yang anda baca ini).
Satu langkah yang sangat baik dilakukan oleh Blackberry yang setelah sekian lama baru saja meningkatkan prestasi kamera mereka. Tahniah Blackberry!
Anda boleh membaca keputusan penuh DxOMark tentang kamera PRIV pada pautan dibawah.
Ringkasan spesifikasi Blackberry's Priv:
- Snapdragon 808 64-bit dengan 3GB RAM
- skrin 5.4-inci QHD (2560x1440) AMOLED
- 18MP kamera belakang, 2MP kamera hadapan
- 3,410 mAh bateri yang tidak boleh ditanggak
- Android 5.1.1 Lollipop
Sumber: DxoMark, Android Headlines
Tiada ulasan:
Catat Ulasan