Selasa, 14 Jun 2016

HTC 10: Akhirnya satu telefon pintar bagus dari HTC






Selepas satu lagi suku tahunan dengan kerugian, saya dah mula ragu-ragu samada HTC akan masih bersaing dengan jenama-jenama utama lain dalam 2-3 tahun yang akan datang. Mereka telah menghasilkan telefon-telefon yang mengagumkan terutama sekali HTC One M7, namun mereka mula berlengah selepas itu.Satu perkara salah yang paling ketara sekali merupakan kamera Ultrapixel 4MP mereka yang menjanjikan gambar yang cantic namun kerap dilanda masalah kepanasan (isu tint ungu). Penggantinya, One M8, mempunyai dwi-kamera yang tidak mendapat banyak perhatian disamping mengekalkan reka bentuknya. M9 pula merupakan penaik tarafan sahaja dari segi spesifikasi namun bukan pada reka bentuk. Tidak ada yang salah tentang reka bentuk ini namun sedikit perubahan mungkin akan membantu.

Jadi, akah yang selepas ini akan menjadi penyelamat mereka? Sila beri tepukan bagi HTC 10.

Dari segi penampilannya ia mempunyai reka bentuk aluminum sama seperti Ones yang sebelum ini namun kali ini dengan bahagian lekuk disekeliling belakangnya. Tiada lagi kamera 20MP pada HTC One M9 ataupun dwi-kamera One M8, kini ia tampil kembali dengan teknologi Ultrapixel. Mereka belajar daripada kesilapan mereka sebelum ini dimana kali ini bilangan MP telah dinaikkan kepada 12MP berbanding 4MP apabila ia diperkenalkan di One M7. 

Terdapat juga OIS dan f/1.8 yang menjanjikan prestasi cemerlang kamera. Dengan beberapa ujian yang telah dilakukan, ternyata mereka menunaikan janji mereka. DxOMark telahpun memberikan HTC 10 kedudukan setaraf dengan S7/Edge yang kini terpaksa berkongsi tempat pertama. Kamera ini juga dilengkapkan dengan autofokus laser dan flash dwi-tona. Pelancaran kamera pula hanya memakan 0.6 saat, namun ia masih belum diuji.

Kamera ini mampu merakam video 4K sekali dengan 24-bit Hi-Res audio. Sesuai bagi persembahan secara langsung tidakpun konsert (dimana saya secara sendiri tidak galakkan).

Kamera hadapan juga boleh dikatakan sangat mengagumkan dimana terdapat kamera 5MP yang mempunyai teknologi yang biasanya hanya ada pada kamera belakang. Terdapat OIS, lensa sudut besar dan aperture f/1.8. Disamping itu ia juga mempunyai skrin flash seperti iPhone 6S dan S7/Edge,


Anda tidak akan jumpa dwi speaker Boomsound pada peranti tahun ini namun terdapat satu Boomsound Hi-Fi Edition speaker dibawahnya dimana mereka telah menambah amplifier dan Hi-Res audio processing yang akan tingkatkan kualiti audio anda kepada 24-bit. (Rasanya anda akan memerlukan Hi-Res ear/headphone untuk mengoptimumkan teknologi ini).
Satu lagi perkara baharu merupakan butang kembali hadapan yang dilengkapkan dengan pengesan cap jari, ia dikatakan mampu dibuka dalam masa 0.2 saat.

Skrin pamerannya pula merupakan skrin bersaiz 5.2-inci 2K (2560x1440) Super LCD yang dikatakan lebih 30% berwarna.


Beralih kepada satu lagi aspek penting iaitu prestasi. TIdak diragui bahawa telefon pintar ini mampu bertanding dengan telefon-telefon pintar utama lain memandangkan ia dilengkapkan dengan processor terbaharu dan terpantas Qualcomm Snapdragon 820.

Dari segi perisian, HTC Sense 8.0 boleh dikatakan Android skin paling ringan pada peranti android. Anda boleh mendapati Android 6.0.1 Marshmallow dengan bloatware yang kurang, hampir serupa dengan versi Android asli Google.

Baterinya boleh dikatakan besar juga, bersaiz 3,000 mAh yang sekali dengan PowerBotics system baharu mereka dikatakan akan membolehkan ia bertahan sehingga 2-hari dengan pengunaan biasa. Mengecasnya juga tidak akan memakan masa yang lama dengan adanya USB type-C dibawah yang membolehkan HTC 10 mengunakan teknologi Quick Charge 3.0, pengecasan selama 30 minit dikatakan akan memberi 50% bateri.

Peranti ini hanya seberat 161 gram dan juga dilengkapkan dengan Wifi AC, Bluetooth 4.2 dan NFC.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan