Sabtu, 18 Jun 2016

Huawei P9: Dwi-kamera dengan teknologi Leica!




Maklumat Terkini: Ia diletakkan pada RM2,099 yang bagi saya sendiri amat berpatutan

Selepas mengagumkan dunia telefon pintar dengan kualiti kamera Nexus 6P, Huawei akhirnya menerima pengiktirafan antarabangsa yang sepatutnya. Dari situ, Huawei telah pun mengeluarkan model baharu kepada siri utama “P” mereka sendiri, iaitu HUAWEI P9. Apa yang menarik tentang telefon pintar ini? Pendek kata adalah ia mempunyai 2 kamera! Tak cukup menarik lagi? Kamera mereka pula diiktirafkan dan direka bentuk sekali oleh Leica, jenama terkenal dalam dunia fotografi.


Sebelum kita menjerumus lebih dalam tentang kameranya, mari kita tinjau sementara bahagian lain yang "kurang" menarik. Ukuran telefon ini adalah 145 x 70.9 x 6.9 mm menjadikan ia boleh tahan nipis. Antara perkara yang menarik adalah mereka juga tidak mempunyai bonjolan kamera seperti telefon-telefon utama lain. Kamera-kamera dibelakang diletakkan didalam satu segi empat hitam. Dibawahnya anda boleh dapati pengesan cap jari juga. Mengikuti jejak langkah telefon lain, ia mempunyai badan aluminum yang menjadikan ia lebih cantik. Peranti ini juga ringan, dengan beratnya yang hanya 144 gram.

Skrinnya bersaiz 5.2-inci Full HD IPS yang mampu secerah 500 nits. Pameran Full HD juga dikatakan merupakan pilihan yang bijak memandangkan ia mampu menjimatkan bateri. Namun mereka tidak berkompromi dari segi ppi dimana ia mengeluarkan 423 ppi. Satu perkara yang bagus dipertengahkan merupakan tepian bezelnya yang sangat, sangat nipis. 

Yang membezakan Huawei ini daripada telefon pintar yang lain merupakan prosesor mereka tersendiri. Mereka mengunakan Kirin 955 dengan 8 teras (binaan 16nm FinFET) yang ditambah baikkan daripada Kirin 950. Dari segi prestasinya, Kirin 955 mampu menandingi prosesor-prosesor terbaik dunia. Terdapat bateri besar bersaiz 3,000mAh dilengkapkan dengan teknologi pengecasan pantas. Pengecasan ini dilakukan melalui USB Type-C, piawaian baharu industry telefon pintar.

Ia mengunakan versi Android Marshmallow terkini (6.0.1) dengan lapisan Huawei Emotion UI 4.1. Penguna Android yang lama mungkin akan terkejut sedikit kerana disini tidak terdapat app drawer, dimana applikasi disimpan diruangan berbeza. Kali ini ia mirip dengan iPhone dimana kebanyakan apps disimpan dimuka hadapan telefon. Selain itu anda juga boleh ada fungsi Knock To Open dan kebolehan untuk menukar posisi butang diatas skrin.

Sekarang beralih kepada minat utama penguna semua, dwi kamera leica. Dua-dua adalah sensor f/2.2 12MP 1.25-micron Sony IMX286 dengan perbezaannya adalah salah satu merupakan sensor monokrom. Secara asasnya, satu kamera dikhususkan untuk menangkap warna sementara lagi satu menangkap hitam dan putih (kontur).Kombinasi keduanya dikatakan akan memberi peningkatan sebanyak 200% penangkapan cahaya dan 50% lagi bagi kontras. Selain daripada itu, ia juga memiliki mod manual yang penuh seperti kebolehan menukar ISO, shutter speed dan exposure. Perkara yang saya boleh merungut adalah, ia tidak boleh merakam video 4K dan ia tidak mempunyai OIS.

Kamera hadapan pula merupakan kamera 8MP disertakan dengan mod Beautification yang biasa ada pada peranti-peranti Huawei.



Versi yang ada adalah 3GB RAM bersama 32GB simpanan atau 4GB RAM dengan 64GB simpanan. Ia juga mampu menyokong dwi-sim tidakpun anda boleh gunakan salah satu daripada ruang itu untuk microSD. Huawei P9 juga mempunyai Wifi piawaian AC, Bluetooth, GPS dan NFC.

 Sumber : Android Authority, Lowyat.net, Huawei,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan