Dengan khabar angin yang menyatakan bahwa
Xiaomi akan akhirnya akan membawa masuk Mi 5 ke negara kita, tiba masa untuk kita
mengenali serba sedikit tentang telefon utama Xiaomi ini, iaitu Xiaomi MI 5. Tarikhnya kini dialihkan kepada 25 Jun.
Dilancarkan pada Mobile World Congress
(Barcelona) pada awal tahun ini. Mereka mengambil masa yang agak lama juga
untuk membawa peranti ini kesini.
Antara semua telefon pintar yang
dikeluarkan pada tahun ini, Mi 5 ini merupakan antara yang pertama hadir
dengan prosesor terkini Qualcomm iaitu
Snapdragon 820. Prosesor 4-teras yang berprestasi tinggi yang juga didapati
pada LG G6 dan S7/Edge. Penguna mempunyai pilihan RAM diantara 3GB ataupun 4GB,
dimana versi 3GB dikeluarkan dengan memori simpanan sebanyak 32 atau 64GB
sahaja manakala versi 4GB/Pro Edition mendapat simpanan memori 128GB.
Memori simpanannya mengunakan teknologi
baharu UFC 2.0 yang boleh dikatakan 2 kali ganda lagi pantas daripada eMMC 5.0.
Beberapa rekabentuk ini mungkin akan
mengingatkan anda kepada telefon pintar lain, contoh lekuk dibelakang serupa
seperti lekuk di Galaxy S7 manakala posisi kamera belakang pula sama seperti
posisi kamera iPhone. Namun, ia masih kelihatan sangat menawan.
Walaupun bukan yang terbaik, kamera Mi 5 telah mendapat markah yang baik di DxoMark (79/100)
Tenaga bagi peranti ini disediakan oleh
bateri Li-Polymer yang besar, 3,000mAh
Lagi satu, telefon pintar ini hanya seberat
129 gram!!
Harga sudah diketahui iaitu pada RM 1549
Sumber: Xiaomi India, TNW, Lowyat.net, Xiaomi Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan