Sebelum ini memang terdapat beberapa khabar angin tentang wujudnya Mi 4C ini dan Xiaomi akhirnya telah mengumumkan kewujudannya secara rasmi.
Secara ringkas, peranti Mi 4C baharu ini dikuasakan dengan Snapdragon 808 1.8Ghz 6 teras 64bit. Bersamanya adalah GPU Adreno 418. Skrin pada 4C berukuran 5-inci Full HD (1080p) dengan bezel yang nipis. Seperti 4i, 4C mempunyai teknologi Sunlight Display yang akan memudahkan anda untuk melihat skrin dibawah cahaya matahari. Teknologi baharu pada skrin ini ialah variable refresh rate yang akan dapat menjimatkan 10% tenaga berbanding teknologi sebelum ini.
Kamera belakang serupa dengan 4i iaitu lensa 13MP daripada Sony atau Samsung sementara kamera depan merupakan kamera 5MP lensa lebar + PDAF bersama dengan mode "Beautify" untuk selfie anda.Terdapat dua konfigurasi RAM dan simpanan dengan harga yang berbeza,
- 2GB RAM + 16GB simpanan, RMB1299 (RM875.84)
- 3GB RAM + 32GB simpanan, RMB 1499 (RM1010.69)
Bateri 4C menarik kerana ia berkapasiti tinggi sebanyak 3080 mAh. Terdapat juga kebolehan Quick Charge 2.0 bagi mengecas 4C dengan lebih pantas. Kali ini apa yang berbeza adalah 4C tidak mengunakan microUSB 2.0 sebagai slot pengecasan tetapi beralih kepada USB Type-C yang dikatakan lebih pantas untuk penghantaran data selain juga boleh dimasukkan dari dua-dua sisi (mirip Lightning Connector Apple). Telefon terkini yang juga mengunakan port baharu ini adalah OnePlus Two. Dengan adanya USB type-C ini, Xiaomi menyediakan 4C untuk bertahan lebih lama pada masa hadapan kerana USB type-C ini dijangka akan berada di banyak peranti lain juga.
Jika anda mempunyai banyak kabel microUSB tidak bermaksud anda perlu membuangnya semua kerana Xiaomi juga menjual adapter microUSB ke USB-C pada harga yang rendah.
Dari segi slot sim kad,4C dilengkapkan dengan kebolehan dwi-sim 4G. Ini bermaksud kedua-dua sim kad anda boleh digunakan untuk mengakses 4G, bukan hanya satu slot berbanding telefon dwi-sim lain.
Fungsi-fungsi baharu yang ada pada 4C adalah:
-Edge Tap: dimana sebagai contoh anda perlu hanya mengetuk sisi telefon anda sekali untuk menangkap selfie, dan dua kali untuk kembali.
-Double Tap to wake screen: fungsi yang sudah lama ada pada telefon-telefon lain seperti Asus, Meizu dan Oppo. Anda kini boleh membukakan skrin dengan hanya menekan dua kali secara pantas dan menutupnya dengan cara yang sama.
-Infrared remote control: dimana anda boleh menjadikan telefon anda sebagai penganti kepada alat kawalan jauh TV/Stereo.
Terdapat 4 warna yang anda boleh pilih bagi Xiaomi Mi 4C yang terdiri daripada warna putih, hitam, biru, merah jambu dan kuning.
Bagi sampel gambar yang ditangkap mengunakan Mi 4C sila ke pautan bawah.
Sumber: MIUI













Tiada ulasan:
Catat Ulasan