Selasa, 8 September 2015

Si kecil, Sony Xperia Z5 Compact



Peranti terakhir yang dipersembahkan Sony pada IFA 2015 adalah yang paling kecil dari segi saiz namun bukan dari segi prestasi adalah Xperia Z5 Compact. Pengeluar sekarang sering membina versi kecil daripada telefon utama mereka namun kebanyakannya akan dikurangkan dari segi komponen dan prestasi. Apa yang suka tentang Sony adalah mereka tidak melakukan ini langsung. Anda mendapat telefon bersaiz kecil yang lebih mudah untuk diguna dengan satu tangan tanpa mengorbankan dari segi prestasi dan ciri-ciri

Dalaman Z5 Compact lebih kurang dengan Z5 melainkan 2-3 perbezaan yang saya akan fokuskan didalam post ini.


Sebagai permulaan, paparannya semestinya lebih kecil pada 4.6-inci dan hanya mempunyai resolusi HD (1280x720) semua didalam badan berdimensi 127 x 65 x 8.9 mm. Teknologi yang sama di Z5 juga ada di Z5 Compact iaitu Triluminos Display bagi paparan dengan lebih banyak warna asli, X-Reality yang mempertingkatkan kualiti gambar di skrin dan Dynamic Contrast Enhancer yang memberikan sudut pandangan skrin lebih besar.






Satu lagi aspek yang berbeza ditelefon ini adalah baterinya yang bersaiz 2700 mAh sahaja (masih besar berbanding yang lain) dan menjanjikan sehingga 2 hari pengunaan (STAMINA Mode). Sementara itu, dua model Xperia Z5 mempunyai RAM sebanyak 3GB, Z5 Compact hanya mendapat 2GB. Sepatutnya ini sudah mencukupi namun lebih lagi tidak salahkan.

Dari segi aspek lain, Xperia Z5 compact dibina dengan bahan serupa dengan Xperia Z5 iaitu gelas 'frosted' dibaluti dengan besi yang licin. Sensor cap jari ada didalam butang kuasa yang dibesarkan dan terdapat butang khas kamera disebelahnya.

Prosesor disini juga sama, versi yang baharu Snapdragon 810 8-teras yang berprestasi tinggi yang lebih sejuk bersama dengan Adreno 430 bagi permainan dan applikasi yang mengunakan grafik tinggi. peria Z5 mempunyai 32GB simpanan dengan kebolehan microSD sehingga 200GB.

Ia mempunyai kamera yang sama juga, kamera belakang yang diperbaharui 23MP Sony Exmor RS f/2.0 dengan lensa lebar G-lens (24mm), auto fokus laju Hybrid Autofocus (dalam 0.03 saat) dan SteadyShot. Kamera hadapan pula merupakan kamera 5MP Sony Exmor R dengan G-lens (25mm) yang mampu merakam video FHD.


Dan akhir sekali, Xperia Z5 Compact kalis air juga seperti Z5 lain.

Untuk lebih maklumat tentang teknologi yang terdapat di Z5 Compact, anda boleh membaca post saya berkenaan dengan Z5 kerana mereka hampir serupa.

Untuk telefon ini anda mempunyai 2 pilihan warna cerah, yellow ataupun coral, dan 2 warna biasa, White dan Black. Z5 Compact juga akan sampai dengan Android 5.1.1.





Walaupun tidak boleh dinafikan bahawa Z5 Compact akan menjadi telefon kecil yang berprestasi tinggi, ia masih menghampakan yang Sony tidak sekurang-kurangnya meletak skrin FHD daripada skrin HD. Dengan kandungan laman web dan laman sosial yang semakin disediakan dalam resolusi FHD, ia mengejutkan kenapa Sony tidak melakukan ini kerana saya yakin raamai orang mengingkan telefon yang boleh digunakan dengan satu tangan sahaja (saya salah seorang daripadanya). Harap-harap Sony akan mengeluarkan telefon bersaiz kecil tanpa kompromi selepas ini.

Terdapat berita bahawa Sony akan mengeluarkan Z5 Compact Premium yang akan mempunyai spesifikasi dahsyat! Lebih baik lagi daripada Z5. Saya akan cuba mendapatkan berita tentangnya secepat mungkin.

Spesifikasi Xperia Z5 Compact:
  • 4.6-inch HD (1280x720p) 323 ppi
  • Qualcomm Snapdragon 810 dengan Adreno 430 GPU 64-bit prosesor 8-teras
  • 32GB simpana dengan 2GB RAM 
  • microSD dengan kapasiti sehingga 200GB
  • 23MP Sony Exmor RS f/2.0 kamera belakang dengan 5MP kamera hadapan
  • Android Lollipop 5.1.1
  • 2700 mAh bateri yang tidak boleh ditanggal bersama STAMINA mode
  • Kalis air dan kedap debu (IP68)
  • LTE Cat 6
  • PS4 Remote Play
  • Satu NanoSim



Sumber: SonyXperiaBlog, AndroidAuthority, GSMArena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan