Selasa, 8 September 2015

IFA 2015: XPERIA Z5 DENGAN LENSA BAHARU


Z5 Compact, Z5, Z5 Premium

Beberapa bulan yang lepas terdapat khabar angin bahawa Sony akan menamatkan unit telefon mereka seperti apa yang mereka lakukan dengan Sony Vaio, namun khabar angin ini dinafikan secara rasmi oleh Presiden Sony Mobile. Apa yang menambahkan kredibiliti kepada khabar angin ini adalah laporan yang menyatakan bahawa kebanyakan pengeluar telefon pintar tidak menjana keuntungan daripada penjualan telefon mereka, malah ada yang dikatakan rugi lagi (hanya Apple dan Samsung yang mampu mendapat keuntungan walaupun keuntungan Samsung hanya $33 setiap telefon pintar).

Beralih ke masa kini, telefon-telefon pintar Sony memang dikenali diantara telefon pintar yang premium. Tunggu masa saja mereka mengeluarkan telefon pintar yang mampu menarik perhatian ramai. Di IFA yang terkini, Sony telah memperkenalkan Xperia Z5 yang telah dipertingkatkan. Seiring dengan itu juga Sony memperkenalkan Z5 Compact dan Z5 Premium yang akan saya ceritakan di post lain.

Anda pasti tertanya, Xperia Z yang terakhir di Malaysia adalah Z3, bukan ke yang selepasnya sepatutnya Z4? Sebenarnya Z4 telah dikeluarkan pada awal tahun ini tapi hanya di Jepun. Sebab-sebab ia tidak dihebohkan ataupun dijual meluas adalah kerana ia merupakan peningkatan yang sedikit sahaja berbandingkan Xperia Z3. Z4 ini ada dijual di sebilangan kecil negara selain Jepun namun Sony menamakannya Z3+ dan bukan Z4 di negara-negara itu. Menunjukkan berapa kecil peningkatannya.

Sebelum saya mula, ini beberapa spesifikasi Xperia Z5 secara ringkas:

  • 5.2-inci Full HD (1920x1080) 428 ppi
  • Qualcomm Snapdragon 810 dengan Adreno 430 GPU 64-bit Octa-core pemproses 
  • 32GB simpanan dengan 3GB RAM 
  • microSD slot dengan kemampuan sehingga 200GB
  • 23MP Sony Exmor RS f/2.0 kamera belakang dengan 5MP kamera hadapan 
  • Anroid Lollipop 5.1
  • 2900 mAh bateri yang tidak boleh ditanggalkan bersama STAMINA mode
  • Kalis air dan kedap debu (IP68)
  • LTE Cat 6
  • PS4 Remote Play
  • satu NanoSim

Dilengkap gelas dan segi empat yang tajam, memang tidak dinafikan bahawa Xperia merupakan antara telefon pintar yang dibina dengan kualiti yang tinggi. Seperti ramai ketahui. gelas mudah dipenuhi dengan cap jari oleh itu Sony telah mengunakan sejenis gelas 'frosted' yang dapat mengatasi masalah ini. Sekelilingnya anda akan dapati besi yang memberikan Z5 rekabentuk yang licin berbanding Z siri yang lain.

Di tepi, anda akan dapati butang kuasa yang lebih besar daripada biasa kerana ia kini dilengkapi dengan sensor jari didalamnya. Ia satu idea yang baharu berbanding pengeluar lain yang akan meletakkan sensor jari didepan atau dibelakang telefon (satu lokasi yang bagi saya pelik sedikit). Disebelahnya terdapat butang khas kamera yang akan memudahkan anda mengambil gambar seolah-olah anda mengunakan kamera.


Dimensinya berukuran 146mm x 72mm x 7.3mm, serupa dengan Z3. Skrin 5.2-inci Full HD 1080p memakan sebanyak 70.9% daripada keseluruhan telefon. Teknologi yang terdapat didalamnya adalah Triluminos Display untuk mobile (serupa seperti TV Bravia mereka). Menurut Sony, ini akan membolehkan peranti mereka untuk mempamerkan lebih banyak jenis warna yang mirip warna asli. Selain daripada itu, Sony juha memasukkan X-Reality for mobile mereka yang dikatakan mencantikkan lagi gambar. Xperia Z5 juga mempunyai sudut melihat yang lebih besar dengan pertolongan Dynamic Contrast Enhancer.



Hanya Full HD? Kenapa tak 2K/QHD? Bagi sayalah ini merupakan pilihan yang bijak daripada Sony kerana dengan skrin sekecil 5.2-inci anda tidak akan nampak perbezaan ketara diantaranya. Selain itu, skrin QHD akan memakan bateri lebih cepat. Dengan FHD, Xperia Z5 mampu bertahan selama 2 hari. Ya anda tak salah baca, saya tulis 2 hari (standby). Sony telah memuatkan bateri 2900 mAh (besar tetapi bukan yang paling besar) dan kita semua tahu bahawa Xperia Z series memang terkena dengan jangka hayat bateri yang lama (terima kasih juga kepada STAMINA mode mereka) jadi tidak mengejutlah jika Sony mengatakan yang Z5 juga mampu. Standard terkini setiap telefon pintar dilengkapi dengan pengecasan pantas, bagi Xperia Z5 ia adalah Qualcomm Quick Charge 2.0 yang Sony katakan mampu memberi tenaga untuk Z5 bertahan seharian dengan hanya pengecasan selama 45 minit.

Walaupun Snapdragon 810 telah menerima banyak tomahan kerana menjadi penjana haba, versi terbaharu merupakan satu kes yang berbeza. Versi yang dimuatkan kedalam Z5 merupakan prosessor 8 teras 64-bit bersama 3GB yang patut memberi pengalaman lancar kepada penguna. Dengan pemprosesan grafik Adreno 430, permainan terkini tidak akan menjadi halangan.


Beralih kepada komponen yang paling penting didalam telefon pintar sekarang adalah kamera, Lebih tepat lagi kamera belakang. Sony Xperia Z5 mendapat kamera terkini Sony yang paling banyak dinaik tarafkan (Z1 dan Z4 tidak berubah). Kamera baharu ini mempunyai 23MP f/2.0 Sony Exmor RS bagi mobile dengan G lens yang lebar (24mm) bagi membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap.




Satu lagi aspek yang Sony pertingkatkan dikameranya adalah kepantasan autofokus mereka yang kini hanya memakan 0.03 saat. Sony melakukan ini dengan teknologi baharu Hybrid Autofocus mereka yang mengabungkan pengesanan kontras bagi ketepatan dan pengesanan fasa bagi kelajuan. Selain daripada tu kamera ini mempunyai 5X Clear Image zoom dan 8X Digital Zoom.


Ia mampu menangkap gambar dengan ISO setinggi 12 800. Sony juga menajanjikan gambar dikawasan kurang cahaya yang lebih baik dengan teknologi Exmor RS CMOS censors mereka. Anda juga akan mampu merakam video dengan resolusi 4K dan untuk mencantikkan lagi video anda ialah teknologu SteadyShot yang akan menambahkan kestabilan.

Kamera depan pula adalah kamera 5MP Sony Exmor R for mobile dengan lensa lebar (25mm) yang mampu menangkap video pada resolusi FHD juga berserta SteadyShoot.


Peminat audio bergembira! Z5 akan dilengkapai dengan Hi-Res audio dan digital noise cancelling. Ia akan membuatkan koleksi muzik anda kedengaran lebih terang dan lebih tepat dengan rakaman asalnya. Setakat mana perbezaannya masih lagi belum ditentukan tetapi sebagai penguna yang sering mendengar lagu ditelefon pintar saya ia bagi saya satu tambahan yang bagus,

Menyambung daripada adik beradiknya, Z5 juga kalis air dengan rating  IP68. Jadi tertumpah atau terjatuhkan telefon kedalam air tidak akan merosakkannya. Namun Sony memberi amaran bahawa penguna tidak patut membawa Z5 mereka ke dalaman air tawar lebih daripada 1.5m dan tidak lama daripada 30 minit. Sony menyatakan bahawa kegunaan telefon in dibenarkan didalam kolam renang berklorin namun telefon itu harus dibasuhkan dengan air tawar selepasnya. Berjaga-jaga daripada melanggar mana-mana syarat diatas kerana ia mungkin akan menamatkan waranti anda. 

Saya boleh kata sebagai penutup bahawa Xperia Z5 merupakan satu telefon yang hebat! Ia direka dengan baik, tampak dan rasa premium dan mahal, mempunyai kamera yang cemerlang, skrin yang menawan, prosesor yang laju, jangka hayat bateri yang panjang berbanding telefon pintar lain dan juga kalis air. Terdapat 4 warna yang anda boleh pilih: Putih, Grafit hitam, Emas dan Hijau. Apa lagi yang anda boleh minta daripada telefon flagship. Saya berharap penguna-penguna menyedari hakikat ini dan memberi Sony peluang. Kita perlukan lebih ramai pesaing untuk menandingi Samsung dan Apple.







Video ringkas daripada Sony menerangkan spesifikasi Xperia Z5.


Sumber: Sony, XperiaBlog, AndroidAuthority

Tiada ulasan:

Catat Ulasan