Disamping pelancaran Z5, terdapat dua lagi telefon iaitu Z5 Premium dan Z5 Compact. Didalam post ini kita akan melihat pula Z5 Premium dan apa yang istimewa tentangnya. Antaranya adalah skrinnya yang merupakan paparan 4K pertama diatas satu telefon pintar.
Skrin 5.5-inci 4K/UHD 3840x2160p, IPS Triluminos Display (yang mempamerkan lebih banyak warna asli) mempunyai 4 kali ganda lebih banyak resolusi berbanding Full HD (di atas Xperia Z5). Tapi apa gunanya jika kebanyakan laman web dan laman sosial hanya mempamerkan FHD? Untuk ini Xperia Z5 Premium mempunyai teknologi yang akan meningkat kandungan dipaparan ke resolusi 4K.
Selain daripada paparan, kebanyakan komponennya sama dengan komponen di Xperia Z5. Dari segi kualiti binaan, it dibina dengan gelas 'frosted' untuk mengurangkan cap jari serta dibalut dengan besi yang memberikannya paras rupa yang licin. Ini semestinya membuatnya kelihatan premium.
Snapdragon 810 dan Adreno 430 juga menguasakannya dan dibantu dengan bateri kapasiti tinggi 3430 mAh yang Sony katakan mampu bertahan selama 2 hari, ini tidak mengejutkan kerana Sony Xperia memang terkenal dengan jangka hayat bateri yang panjang.
Xperia Z5 Premium juga mendapat kamera baharu Sony 23MP Exmor RS f/2.0 for mobile bersama dengan lensa lebar G-lens (24mm) yang mampu menangkap lebih banyak cahaya. Ia juga mampu memfokus dalam masa 0.03 saat dengan teknologi baharunya Hybrid AutoFocus (kombinasi pengesanan kontras bagi ketepatan dan pengesanan fasa bagi kelajuan). Selain daripada itu kameranya mempunyai Clear Image Zoom 5x dan Digital Zoom 8x.
Kamera hadapan adalah 5MP Sony Exmor R for mobile dengan lensa lebar G-lens (25mm) yang mampu merakam video FHD. SteadyShot juga terdapat dikamera hadapan.
Anda juga akan mendapat Hi-Res audio yang menjadikan muzik anda kedengaran lebih terang dan hampir dengan apa yang dirakam oleh artis kegemaran anda. Xperia Z5 Premium juga kalis air dengan taraf IP65/68. Ingat bahawa Sony mengesyorkan untuk tidak membawa telefon ini lebih dalam daripada 1.5m air tawar untuk tidak lama daripada 30 minit.
Warna yang terdapat bagi model ini adalah: Emas, Putih dan Hitam.
Spesifikasi Xperia Z5 Premium:
- 5.5-inch Ultra HD (3840x2160) 806 ppi
- Qualcomm Snapdragon 810 dengan Adreno 430 GPU 64-bit prosesor 8 teras
- 32GB simpanan dengan 3GB RAM
- microSD slot dengan kapasiti sehingga 200GB
- 23MP Sony Exmor RS f/2.0 rear kamera dengan 5MP kamera hadapan
- Android Lollipop 5.1
- 3430 mAh bateri tidak boleh ditanggal dengan STAMINA mode
- Kalis air dan kedap debu (IP68)
- LTE Cat 6
- PS4 Remote Play
- Satu NanoSim

Tiada ulasan:
Catat Ulasan