Khamis, 10 September 2015

iPHONE 6S dan iPHONE 6S PLUS! "Satu-satunya perkara yang berubah adalah segalanya"



Seperti yang dinanti-nantikan Apple Event berlalu pada pukul 1 pagi tadi. Apakah yang telah dikeluarkan Apple kali ini? Dengan motto baharu mereka

 "Satu-satunya perkara yang berubah adalah segalanya".

Seperti yang dijangkakan pada tahun ini adalah giliran peningkatan iPhone ‘S' bermaksud iPhone tahun ini serupa dengan iPhone tahun lepas. Jadi pada pagi tadi Apple telah mengeluarkan iPhone 6S bagi iPhone 6, iPhone 6S Plus bagi iPhone 6 Plus. Tambahan kepada 3 warna biasa bagi iPhone, anda sekarang ada pilihan ke-4 iaitu, ROSE GOLD (Rasanya kaum wanita yang lebih minat ni kan?)










Khabar angin yang menyatakan bahawa Apple akan mengunakan teknologi Force Touch mereka kedalam iPhone menjadi kenyataan namun ia dipanggil dengan nama lain iaitu 3D Touch. Satu teknologi baharu Apple yang mula diperkenalkan pada Apple Watch dan baru ini dimasukkan kedalam Macbook Air, yang menambahkan satu lagi cara navigasi dengan mengesan perbezaan dari segi daya tekanan. Dengan menekan ikon, anda akan menimbulkan sejenis menu ringkas daripada applikasi itu. Contohnya jika anda menekan ikon kamera anda akan mendapat menu seperti 'Take a selfie', 'Record a video', 'Record a slo-mo', dan 'Take a photo'. Applikasi yang juga mempunyai fungsi ini adalah Mail, Maps, Messages, Facebook, Instagram, Dropbox dan Wechat (banyak lagi yang akan ditambah).








Sebelum ini terdapat isu-isu iPhone 6 dan 6 Plus dapat dibengkokkan dengan mengunakan tangan sahaja. Untuk mengatasi masalah ini Apple telah mengunakan aluminium siri 7000 (sama pada Apple Watch Sport) yang dikatakan lebih kuat dan mampu menahan daya tekanan yang lebih tinggi. (Unbox therapy telahpun melakukan ujian bengkok ke atas rangka baharu iPhone 6S, anda boleh lihatnya disini)

Dari segi saiz skrin iPhone 6S masih berada pada ukuran 4.7-inci sementara iPhone 6S Plus masih juga mengekalkan skrin 5.5-incinya. Kedua-dua skrin lebih kuat dengan bahan binaan ion baharu. 



Beralih kepada komponen dalaman, iPhone 6S mendapat prosesor baru A9 yang dikhabarkan masih dibina oleh Samsung dan TSMC. Prosesor 64-bit A9 generasi ketiga ini dikatakan lebih pantas dan berkuasa ini memberikan peningkatan sebanyak 70% dari segi kuasa dan 90% dari segi grafik berbandingkan A8. Prosesor sampingan baharu M9 juga diperkenalkan yang kini akan sentiasa hidup bagi merakam data kesihatan, kecergasan, pergerakan dan lain-lain. 


























Touch ID sekarang juga telah dinaik tarafkan kepada generasi kedua yang dikatakan 2x lebih pantas.

Yang paling menarik sekali, saya rasa ramai menunggu bahagian ini, adalah kamera yang telah akhirnya telah dipertingkatkan. Kamera sebelum ini memang sangat bagus tetapi kebelakangan ini ramai pengeluar lain telah menandingi malah melebih iPhone dari sudut ini. Samsung dengan S6/Edge dan Note 5 mempunyai kamera yang menangkap gambar lebih bagus daripada iPhone (telah diuji oleh PhoneArena ) dan LG G4 pula boleh menandinginya. Belum lagi kamera baharu Xperia Z5 yang mengunakan teknologi Sony Exmor (Kamera Apple dibina oleh Sony) yang belum diuji. Jadi memang tiba masanya untuk Apple menaik tarafkan kameranya.








Setelah hampir 4 tahun mengunakan kamera iSight 8MPnya, Apple kini mengunakan kamera iPhone baharu mereka  iSight  12MP. Apple mengatakan yang mereka hanya ingin meningkatnya apabila mereka tahu mereka tidak akan terpaksa mengurangkan kualiti gambar. Antara kelebihan kamera baharu ini adalah 50% pixel lebih banyak ditangkap dan autofokus yang lebih laju dan yang paling penting sekali gambar yang lebih lawa. (Contoh gambar dibawah)

Gambar pula akan berasa lebih 'hidup' dengan fungsi baharu Live Photo yang mengambil gambar setengah saat sebelum dan selepas butang kamera ditekan. Ia menjadi seperti satu video bagi mengembalikan memori saat gambar itu ditangkap bersama dengan bunyinya sekali. Anda boleh menghidup atau mematikan fungsi ini dengan menekan butang bulat diatas tengah applikasi kamera iPhone. Cara untuk mengambil Live Photo selepas itu sama dengan cara mengambil gambar biasa. 







Kamera baharu ini mampu menangkap Panorama sebesar 63MP. Ia juga berkemampuan untuk merakam video 4K! Kamera hadapan juga dipertingkatkan kepada 5MP Facetime HD untuk gambar selfie yang lebih cantik dan terang. Jika kamera belakang ada True Tone flash, kamera depan pula kana mengunakan skrin sebagai flash. Retina Flash ini akan memiripkan True Tone flash tetapi dengan meningkatkan cahaya skrin sehingga 3x ganda dari biasa. 



Pilihan memori simpanan yang ada bagi iPhone terbaharu kali ini adalah   16GB, 64GB dan 128GB. Pendapat  saya sendiri 16GB memang tidak mencukupi bagi kebanyakan penguna, dengan resolusi video yang dan gambar yang semakin meningkat, applikasi yang memerlukan lebih ratusan MB, 16GB akan sekejap dipenuhkan.

Wi-fi di iPhone baharu juga dipertingkatkan sebanyak 2x  lebih pantas sementara sokongan LTE Advance juga ada. 






Seperti yang dijangkakan, iOS 9 yang telah diumumkan sebelum ini hadir bersama dengan iPhone baharu. Untuk lebih maklumat tentang iOS 9 sila ke pautan ini. Tarikh jangka ia dikeluarkan bagi umum tidak lama lagi iaitu pada 16 September minggu depan. Yeay!

Apple juga telah melancarkan applikasi Move to iOS  di Google Play Store bagi memudahkan penguna Android beralih kepada iPhone.


iPhone baharu akan dibuka untuk tempahan pada 12 September dan jualan akan bermula pada 25 September. (Singapura ada diantara negara pertama, Malaysia memang taklah)




Sumber: Apple.com


GALERI

Gambar-gambar yang ditangkap mengunakan iSight 12MP/iPhone 6S/Plus














Aksesori









Tiada ulasan:

Catat Ulasan