Antara telefon pintar baharu pertama tahun ini merupakan tidak lain daripada Samsung Galaxy S7. Ramai tertanya-tanya bila ia akan dikeluarkan? Berterima kasih kepada pembocor utama informasi-informasi teknologi Evan Blass yang telah memuat naik kan (membocor?) gambar jemputan Samsung kepada acara SAMSUNG UNPACKED 2016 (dimana Samsung biasanya mengumumkan telefon Galaxy S mereka).
Sebagai imbasan semula, S7 dikatakan akan dikeluarkan dengan spesifikasi berikut.
- CPU: Exynos 8890/Snapdragon 820
- RAM: 4GB
- SKRIN: 5.1-inci (biasa), 5.5-inci (Lekuk)
- KAMERA: 12MP (teknologi BRITECELL)
- MEMORI SIMPANAN: 32GB, 64GB
- CIRI-CIRI LAIN: slot MicroSD, Kalis air, pengecasan tanpa wayar
Tambahan pula baru-baru ini, Evan Blass telah membocorkan juga gambar belakang S7.
Bagi saya, saya tidak sabar untuk menanti kehadiran S7. Samsung telah melakukan kerja yang baik dengan S6 dimana kita menyaksikan peningkatan dari banyak segi, terutama sekali kualiti binaan, kamera dan CPU. Berharap S7 akan mengagumkan kita semua (mungkin inilah telefon pintar yang akan membuat saya beralih kepada Android).
Sumber: Twitter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan