Sabtu, 27 Februari 2016

Rekaan radikal yang berani: LG G5


Sekarang mari beralih kepada telefon pintar pertama yang dilancarkan pada MWC 2016 kerana bagi saya ia tidak mendapat sambutan dikalangan kita yang sepatutnya, iaitu LG G5.

Acara pelancarannya ditemakan "Let's Play" untuk mempamerkan sema peranti-peranti terkini LG. 

Seperti gambar-gambar yang dibocorkan, telefon utama ini kelihatan menakjubkan. Ia sememangnya mempunyai sedikit persamaan dengan Nexus 6P tapi itu bukan perkara yang buruk memandangkan Nexus 6P mendapat banyak pujian. Mengikut wartawan daripada Lowyat.net, LG G5 rasa seperti Nexus 6Pp yang kecil. the G5 feels like a smaller Nexus 6P. Wartawan itu juga menambah bahawa saiz ini rasa lebih selesa.

Tiada lagi butang volume belakang untuk membolehkan mereka membina G5 dengan besi sepenuhnya. Namun masih lagi terdapat cap pengesan jejari dibelakang telefon, Apa yang berbeza berbanding pengesan cap jari pada telefon pintar lain adalah ia juga merupakan satu butang. Sedikit atas daripadanya pula anda boleh dapati bukan satu tetapi dua kamera. LG kali ini memilih untuk meletakkan dua kamera pada telefon pintar mereka yang terkini.

Salah satu merupakan kamera One is 16MP manakala yang lagi satu adalah 8MP dengan kanta lebar sehingga 135 darjah.Kebarangkaliannya untuk Panorama atau fish-eye. Terdapat pula satu kamera 8MP dibahagian hadapan G5.

Satu lagi aspek LG G5 yang sewajarnya diberi perhatian adalah bahagian bawahnya. Selain daripada membolehkan penguna untuk menukar bateri apabila perlu (satu ciri yang semakin lama semakin hilang daripada telefon pintar), ia sekarang boleh ditanggalkan dan dipasangkan dengan modul-modul lain. Contohnya dengan pemain audio Hi-FI daripada B&O atau pemegang ala kamera LG Cam Plus. Macam-macam lagi yang boleh direka dan hadnya adalah imaginasi LG.
Lebih mendalam lagi tentang dua modul yang telah diperkenalkan, selain daripada memberikan cengkaman yang lebih selesa LG Cam Plus juga mempunyai butang-butang fizikal bagi menangkap gambar, video dan juga bagi zoom. Ia juga menambahkan nyawa bateri sebanyak 1200 mAh. Pemain audio Hi-Fi B&O juga boleh digunakan secara berasingan untuk memainkan audio bagi komputer tidakpun telefon pintar lain.

Bersambung semula mengenai telefon ini, ciri Sentiasa Nyala "Always ON" yang ada akan memaparkan tarikh dan masa terkini walaupun telefon ini tidak dikejutkan. Ini dicapai dengan rekaan semula display driver IC memory dan Power management yang membolehkan G5 menyalakan hanya sebahagian daripada skrin. LG juga menyatakan bahawa ciri ini hanya akan memakan sebanyak 0.8% bateri sejam, 

Spesifikasi lain adalah prosesor Snapdragon 820 yang ternyata pantas, bateri 2800 mAh dengan sokongan Qualcomm QuickCharge 3, RAM 4GB, skrin 5.3-inci QHD (2560x1440p) IPS, memori simpanan sebanyak 32GB dan juga port pengecasan USB-C.

Tiada khabar lagi bila peranti ini akan tiba di Malaysia. Ia pasti menarik untuk melihat jikalau peranti ini dapat mengegarkan pasaran dan mana tau menarik perhatian pasaran Malaysia. 

Sumber: lowyat, LG



Tiada ulasan:

Catat Ulasan