Isnin, 15 Februari 2016

Anda akan mendapat Gear VR percuma dengan menempah awal Galaxy S7, katanyalah.



Seolah-olah telefon pintar ini sendiri tidak cukup menarik, Samsung kini mengodakan lagi mereka yang bercadang untuk menempah awal Galaxy S7 yang akan tiba.

Dilaporkan oleh Android World, Samsung dikatakan akan menyertakan sekali satu Gear VR secara percuma dengan pra-tempahan telefon itu pada minggu-minggu awal pelancarannya.

Perkara ini juga disahkan oleh Evan Blass, seorang pembocor maklumat teknologi yang popular.

Virtual Reality (VR) semakin hari semakin popular. Apatah lagi dengan ramai pengeluar yang melabur didalam sector ini, ia bukanlah satu kejutan jikalau satu hari nanti ia menjadi satu benda yang besar dalam hidup kita.

Tempahan awal dijangka bermula pada 21 Februari 2016 iaitu hari pelancaran S7 sendiri.


Jika ini benar, ini mungkin jadi penentu kepada mereka yang sedang diatas pagar untuk membelinya atau tidak. Saya tahu, kerana saya merupakan salah seorang daripadanya.

Sumber: Stuff, @evleaks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan