Selasa, 23 Februari 2016

RASMI: PELANCARAN S7 DAN S7 EDGE


Beberapa jam yang lalu di Barcelona, Samsung telahpun menamatkan acara Unpacked mereka yang pertama bagi tahun ini dengan memperkenalkan tidak bukan tak lain lagi, S7 dan S7 Edge.

Dengan semua spesifikasi dibocorkan lebih awal, ia masih tidak mengurangkan keterujaan menanti setiap satu daripadanya disahkan (memandangkan saya sendiri amat berharap ia benar).

DJ Koh, Presiden Mobile Communication Services membuat langkah pertama keatas pentas, memberikan kita pendahuluan tentang apa yang mereka lakukan setakat ini.







Dia menyatakan bahwa mereka telah belajar untuk mendengar penguna-penguna mereka dan belajar membuat keputusan yang mencabar. Peranti-peranti baharu ini direka semula dengan permintaan penguna diminda.



Saya berani berkata yang mereka telah melakukan apa yang mereka janjikan kerana beberapa daripada ciri-ciri yang ada adalah antara yang utama didalam senarai kehendak saya.

Bermula dengan reka bentuk, secara amnya ia kelihatan seperti S6 melainkan beberapa perbezaan dan peningkatan kecil. Peranti baharu ini dikatakan oleh DJ Koh sebagai rasa lebih kecil dan nipis namun mempunyai skrin yang sama besar dan lebih menghayatkan.


Menguna S7 Ege dengan sebelah tangan juga dikatakan lebih senang dan lebih baik apatah lagi dengan kebolehan baharu seperti Quick Task dan Quick Apps. Tidak lupa juga yang ciri-ciri Edge sekarang memakan ruang skrin yang lebih besar, memberikan applikasi lain lebih kebebasan (serupa dengan apa yang Marshallow tambahan kepada S6 Edge).










Salah satu lagi aspek yang mereka tumpukan, dan juga telah beberapa kali dikecohkan, merupakan bonjolan kamera belakang yang kini kurang. Hampir separas dengan panel gelas belakang.








Selain daripada itu, Samsung juga telah mengumumkan satu ciri baharu, mengambl "inspirasi" daripada salah seorang daripada pesaing mereka (ehem, LG, ehem) adalah ciri Always On Display.

Ciri ini tidak seperti LG V10 dimana ia mengunakan skrin kedua, S7 mengunakan skrin utama untuk memaparkan informasi-informasi seperti notifikasi, masa dan tarikh. Mereka juga menjanjikan bahawa ciri ini tidak akan memakan bateri anda.





 Saiz skrin adalah seperti berikut, bagi S7 biasa ia mendapat skrin 5.1-inci QHD AMOLED sementara S7 Edge mempunyai skrin bersaiz 5.5-inci QHD AMOLED.







Satu lagi ciri utama S7 merupakan kalis air. Selepas ciri ini dilupakan tahun lepas disebabkan beberapa had-had reka bentuk, Samsung akhirnya telah menjumpai jawapan bagaimana untuk memasukkan ciri ini. Ia bukanlah kalis air biasa malah dengan rating tertinggi yang ada iaitu IP68, dimana anda boleh menyelamkannya sehingga kedalaman 1 meter selama 30 minit. Solusi mereka adalah untuk mengkaliskannya daripada dalam berbanding luar. Malah lubang USB mereka pun kalis air walaupun tiada penutup.










































Setakat ini tiada informasi rasmi tentang jumlah simpanan memori tetapi spesifikasi yang keluar dari Android Central mengatakan bahawa dua-duanya akan bermula dengan 32GB. Jangan risau, nampak sedikit namun ia boleh dipertingkatkan dengan menambah satu microSD. Ya ia kembali. Hadnya adalah sebesar 200GB.


Samsung juga tidak lupakan satu lagi aspek paling penting pada telefon pintar pada zaman ini, iaitu kamera.

Memberi penakanan tahun ini pada Prestasi Kurang Cahaya, peranti terkini Samsung mempunyai kamera dengan apertur yang besar iaitu F1.7.

Untuk ini mereka terpaksa mengecilkan saiz MP kepada 12MP.


Ini akan membolehkan lebih cahaya untuk ditangkap lalu menjadikan gambar-gambar malam lebih terang dan jelas.








Mereka juga telah menunjukkan satu gambar perbandingan diantara gambar yang diambil mengunakan iPhone 6S dan S7.









Untuk mencapai prestasi ini, mereka tidak hanya membesarkan lensa, malah turut menambahkan satu teknologi baharu yang dipanggil Dual Pixel. Diinspirasikan oleh mata kita, mereka telah dapati bahawa mata kita bertindak berasingan, mereka telah merekakan supaya setiap pixel mereka begitu.

Berbanding dengan iPhone yang mempunyai dual pixel kurang daripada 5%, pixel Samsung boleh dikatakan jauh lebih canggih.








Perkara lain yang ada merupakan OIS dan 1.4-micron pixel.








Satu mod dipanggil Active Panorama dikatakan memberi kehidupan kepada gambar anda.







Jika itu tidak mencukupi, anda boleh mendapatkan lens cover untuk sudut lensa yang lebih luas.

Kamera hadapan merupakan kamera 5MP.
(Front camera rumoured to be 5MP)






Beralih kepada prestasinya, Samsung seperti dijangkakan tidak menyentuh tentang CPU mana yang akan digunakan. Berdasarkan khabar angin ia diantara Snapdragon 820 atau Exynos 8890 (yang dikatakan sedikit lebih baik) yang dibina mereka sendiri. Yang mana satu dikatakan bergantung kepada pasaran.


Saya rasa peratusan yang diberi mereka mengambarkan peningkatan keseluruhan bagi kedua-dua CPU dimana prestasi meningkat sebanyak 30.4% sementara prestasi gaming pula meningkat sebanyak 63.9% berbanding peranti tahun lepas.

Walaupun tidak dinyatakan, S7 akan mendapat RAM sebanyak 4GB.



Seperti satu komputer mahal, Samsung telah meletakkan satu ciri yang radikal untuk menangani apa-apa masalah kepanasan. Terdapat satu tiub yang mempunyai cecair bagi mengalirkan haba. Senang cerita ia serupa dengan liquid cooling komputer.




 Satu aduan besar daripada penguna merupakan jangka hayat bateri yang lemah, terutamanya pada penghujung hari. Peranti baharu menerima peningkatan berbanding yang sebelumnya dimana S7 sekarang mempunyai bateri sebesar 3000mAh sementara S7 Edge dilengkapkan dengan bateri sebesar 3600 mAh. 

Dipromosikan oleh Samsung, anda dikatakan boleh menonton satu musim Game Of Thrones dengan satu cas penuh.

Pengecasan tanpa wayar  masih dikekalkan, dan juga Fast Charge.


 Selain itu, Samsung  juga mengumumkan Vulkan SDK yang dikatakan akan membolehkan permainan mudah alih untuk satu hari setanding permainan video konsole. 















Yang terbaik  adalah tawaran ini daripada Samsung yang akan memberikan satu GEAR VR PERCUMA untuk tempahan awal S7 dinegara-negara tertentu. Ya untuk percuma! Bagi saya ini sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian penguna untuk membeli S7 nanti. (Harap-harap tawaran ini sampai di Malaysia).





Beberapa lagi ciri yang tidak disebut ketika acara Unpacked adalah dari segi sambungan, standard Wifi yang akan ada pada S7 adalah 802.11ac bersama dengan Bluetooth 4.2. Dan malangnya lubang pengecasan hanyalah microUSB lama dan bukan USB-C seperti yang diharapkan oleh setengaah daripada kita.

Ini masih tidak merubahkan persepsi bahawa telefon pintar ini mungkin yang terbaik pada waktu ini.


 GALLERI:






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan