Rabu, 10 Februari 2016

Uninstall applikasi facebook = lebih bateri


Secara jujurnya, applikasi mudah alih Facebook tidaklah begitu baik. Dia kadang-kadang lembab dan paling teruk sekali memakan banyak ruang. Kalau anda tidak percaya silalah lihat pada simpanan telefon anda dan lihat berapa banyak ruang ia ambil.

Ia bukan, 30MB atau 50MB. Pada telefon pintar peribadi saya ia memakan ruang sebanyak 600MB (dicampurkan saiz applikasi dan cache). Ya ia besar. Jika anda mengunakan iPhone 16GB anda pasti akan merasanya.


Dan ini bukan kes saya seorang sahaja. Ramai juga yang tertanya kenapa facebook memerlukan begitu banyak cache. Jadi ini pesanan yang sedang popular di laman web. Anda patut uninstall applikasi facebook anda. 

Melainkan anda sangat-sangat bergantung kepada applikasi facebook, anda tidak perlukan ia pada telefon pintar anda. Kalau camtu, macam mana nak akses facebook kan?? Jawapannya, browser telefon anda.

Saya agak terkejut juga yang versi mobile browser Facebook agak bagus (paling kurang pun lebih bagus berbanding beberapa tahun lepas). Antara kelebihannya anda tidak perlu memuat turun applikasi lain untuk Chat. Kebanyakan fungsi-fungsi popular ada. Tambahan lagi , ia tidak memberatkan telefon pintar anda. Tambahan lagi, anda mendapat ruangan simpanan memori lebih. Dan tambahan lagi, anda dikatakan akan mendapat sebanyak 15% lebih bateri.

Ya, 15% merupakan peratusan yang anda akan dapat jimatkan jika anda uninstall applikasi facebook. Sebelum ini memang terdapat beberapa applikasi bateri yang mengatakan applikasi Facebook memakan banyak bateri dan kajian baharu The Guardian mengukuhkan lagi kenyataan itu.

Nasihat ini bukan hanya bagi iOS tetapi juga bagi penguna-penguna Android. Android memang diketahui akan lag selepas berapa lama mengunakannya. Laporan dari BGR menyatakan terdapat peningkatan dari segi prestasi telefon pintar sekali.

Jadi apa yang anda tunggu lagi. Kalau telefon pintar anda perlahan dan kerap kehabisan bateri, pertimbangkanlah untuk uninstall facebook.

Sumber:  The GuardianBGR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan